Kenyataan Tun M & Ngeh Koo Ham, Man On The Run, JHR-SG SEZ, Akta Parlimen Berpenggal Tetap

preview_player
Показать описание
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 77 antaranya membincangkan tentang kenyataan Tun Mahathir dan Ngeh Koo Ham serta dokumentari Netflix: Man On The Run yang hangat diulas masyarakat sejak beberapa minggu lalu.

Selain itu, kami turut membicarakan tentang Zon Ekonomi Khas (SEZ) Johor-Singapura yang baru dimeterai memorandum persefahamannya, serta kepututusan firma Jepun yang menarik diri daripada projek HSR.

Keluar Sekejap juga berkesempatan mengulas tentang Akta Penggal Tetap Parlimen dan isu antarabangsa iaitu, tindakan AS & UK menyerang Houthi di Yaman serta Pilihan Raya Taiwan & Bangladesh.

Selain itu, temui dan tonton sendiri program audio siar (podcast) kegemaran anda secara langsung di Pesta Audio Siar Kuala Lumpur 24 (KL PodFest 24) pada 3 dan 4 Februari depan di PJPAC, One Utama!

Festival dua hari ini akan turut memberi peluang kepada para pengunjung mencuba sendiri pengalaman mengendalikan sesebuah audio siar melalui bengkel-bengkel serta aktiviti menarik lain yang disusun.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan persembahan utama oleh Keluar Sekejap pada Ahad, 4 Februari.

Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi

EP.77 Timestamps:
0:00 Intro
10:52 ISEAS Regional Outlook Forum 2024
16:15 Tengku Zafrul Calon PM Akan Datang?
22:55 Johor-Singapore SEZ
36:56 Firma Jepun Tarik Diri Projek HSR
40:36 Kenyataan Tun M Tentang Kaum India
48:14 Kenyataan Ngeh Koo Ham
59:39 Netflix: Man On The Run
1:07:12 Akta Parlimen Berpenggal Tetap
1:19:20 Serangan US & UK Ke Atas Houthi
1:30:58 Kes Genosid Di ICJ
1:32:52 Pilihan Raya Presiden Taiwan
1:39:59 Pilihan Raya Umum Bangladesh
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Terima kasih Shahril memetik khutbah terakhir Nabi SAW, tiada bangsa apa yg lebih mulia daripada siapa kecuali dgn taqwa. Saya Cina memeluk Islam tetapi ia tidak akan mengubah keturunan saya, selagi kita hidup di Malaysia yg majmuk, hati kita tetap cinta tanah ini. Ofcz, ada je sesetengah yg tidak tetapi kebanyakan rakyat cinta pada Malaysia.

wangwang
Автор

Saya peminat KS yg bukan berbangsa Melayu dan saya amat bersetuju penggunaan bahasa kebangsaan kita harus dipertingkatkan lagi khasnya dikalangan orang bukan Melayu. Tahniah kerana KS sememangnya banyak membantu dari segi peningkatan kemahiran berbahasa (Melayu) saya dan mungkin juga kepada bukan melayu yg lain diluar sana. Teruskan menggunakan BM standard sambil meminimakan penggunaaan bahasa rojak + Inggeris.

cywongs
Автор

Moyang saya berbangsa India sebelah bapak sebelah emak Melayu N9 saya generasi ke 4 di Tanah Melayu maksudnya saya generasi dah berada disini lebih kurang 200 tahun saya bangga sebagai Rakyat Malaysia....

mohdyunos
Автор

Saya ada sahabat warganegara Malaysia....berketurunan seberang..dri yg saya tahu dah generasi k3.. Ayat yg selalu di dengar dri bangsa Asal seberang ni.. "garuda tetap dihati" bila dengar ayat tu hati saya terguris.

pinkysha
Автор

Bagus.... Saya Orang Hindu Malaysia.... Tak Pernah Fikir Tingalkan Negara Ini.... Saya Setia Kepada Negara Saya Malaysia...

thalaivarperumei
Автор

Terima kasih KS! Saya bersetuju dengan pendapat KJ mengenai KS ini yang benar-benar membantu meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu, terutamanya bagi penonton bukan Melayu seperti saya. Saya telah tinggal di Australia selama hampir 20 tahun, dan kemahiran Bahasa Melayu saya sudah tidak begitu baik. Tetapi sejak saya mula menonton KS, perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu yang sudah lama saya lupakan kini kembali ke ingatan saya. Kalau ada peluang bercakap Bahasa Melayu di Australia, saya akan cuba~

pompei
Автор

Love 70s and early 80s, era masyarakat majmuk. . Saya pun dtg dlm keluarga mix . 👌. Kita celebrated semua raya, kunjung mengunjungi n takada rasa takut.

rajafadilahrajaaris
Автор

Saya adalah anak campur cina Dan India Dan kahwin orang melayu ..sy rasa Sy ni jati anak Malaysia n will defend tanah air sy

adamquek
Автор

Ngenang kan sejarah..kita tahu asal usul nenek moyang deme..tapi..bila dah lahir di malaya..HORMATI PERLEMBAGAAN MALAYA..
HIDUP BERSAMA DAN HARMONI

roslimohamedsom
Автор

Me who practising my BM every episode Keluar Sekajp tanpa subtitle~ Proud Malaysian hereeee

tanmawen
Автор

I am learning Malay by watching KS. Terima Kasih

lucifer
Автор

Syabas kepada KS di sebabkan Komen yang adil kepada semua rakyat Malaysia baik melayu cina India Dan lain lain suku kaum.di Sabah Sarawak.

rkbiz
Автор

Sy penggemar Keluar Sekejab. Salam dari labuan bajo, Indonesia.

SuluhtimurMedia
Автор

Malaysians always enjoy listening to Sharil. All respects to your grandma. God bless her bless her Soul.

sureendas
Автор

Inilah kelebihannya apa bila 2 bekas menteri yg berpendidikan dan berwawasan mengulas sesuatu isu. Sentiasa mengulas isu2 yg selalu dinantikan atau yg dekat atau berkait rapat dgn netizen dengan penuh berhati-hati tetapi penuh yakin dgn pendirian masing2.. Sangat menarik!! Salute you both bro!!

brilliantbusinessresources
Автор

Sangat setuju. Penggunaan BM seharusnya menjadi satu kewajiban kepada semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa. 😊

anuraaini
Автор

Takziah kpd Saudara Shahril dan keluarga.
Saya dapat rasa apa pegawai imegresen itu rasa. Bukan berhaluan kanan atau apa², cuma kadangkala terjumpa rakyat Malaysia yg masih muda remaja yg tidak tahu berbahasa Malaysia amat ‘frustrating’ terutamanya dalam kita ingin kerja lancar dan cepat pada hari itu. Kalau yg dah berumur tu kita faham lah. Not many will understand this including KJ and Shahril. Yg tau tu tau lah.

fixxzitt
Автор

Banyak yg salah faham kenyataan Tun..ini bukan pasal religion..ini pasal budaya malaysia..mmg masih ada di luar sana yg belum totally jd malaysian..lagi2 generasi yg baru...dpt rasa beza kehidupan sekarang berbanding 90an dulu..maybe parti politik tu sendiri yg merosakkan hubungan baik yg dh tercipta dulu..perpecahan dari peringkat persekolahan juga menjadi titik hitam yang merenggang perpaduan bangsa dan persamaan budaya..lagi sekali di ingatkan agama dan budaya adalah benda berbeza..jgn di kaitkan..

whatdafish
Автор

Wajib tau bahasa melayu, kami yang bekerja dalam sektor kesihatan, sangat² tertekan bila berhadapan dengan rakyat Malaysia, lahir di Malaysia, membesar di Malaysia, tapi sepatah haruk pun bahasa melayu tak faham, tanya banyak kali, sampai kita terangkan pun nanti datang semula tanya lagi....sangat stress sebenarnya, yang bagusnya foreigner Bangladesh, vietnam, Myanmar...boleh berbahasa melayu walaupun baru setahun kerja di Malaysia...

rafizulosman
Автор

Zaman dulu semua bangsa bole hidup dgn harmoni...sekarang orang politik pencetus rasa tidak selesa sesama sendiri. Menteri yg bertanggung jawab kena ambil tindakan tegas kepada mana mana individu yg mengeluarkan kenyataan yg menyinggung mana mana agama . Tak kira orang itu MP atau VIP

roslyrahmat