Thai Green Curry Chicken

preview_player
Показать описание
Kari Ayam Hijau Thai atau Thai Green Curry Chicken atau …masakan yang penuh dengan pelbagai rasa dari rempah segar dan kering. Warna hijau tu datang dari penggunaan cili hijau, daun selasih, daun limau purut, kulit limau purut dan juga tambahan daun ketumbar jika suka.
Dan rempah tu kita hasilkan sendiri dengan cara menumbuk halus..bila tumbuk, minyak dari semua bahan tu akan keluar , memberikan aroma dan rasa yg cukup unik. Kari ni bersama pati santan pekat yang direneh perlahan2….jadi hasilnya.. kuah Kari Hijau Thai yang pekat berlemak, pedas dan berempah

Bahan-bahan untuk pes rempah (kisar atau tumbuk halus):
2 batang serai
1 inci lengkuas
1-2 biji limau purut (kulit sahaja)
3 ulas bawang putih
1-2 biji bawang merah
1 akar ketumbar
3-4 helai daun limau purut
10-15 tangkai cili padi hijau
8-10 helai daun selasih
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil jintan putih

Bahan-bahan lain:
½ ekor ayam
1 cawan santan pekat (untuk tumis)
3-4 cawan santan
4-5 biji terung bulat hijau
1 genggam daun selasih
4-5 helai daun limau purut
1 sudu besar sos ikan
½ sudu kecil gula melaka
1 tangkai cili merah

//English
---------------------------------------------------------------------
Ingredients for spice paste (grind or pound finely):
2 stalks lemongrass
1 inch galangal
1-2 kaffir lime peel
3 cloves garlic
1-2 shallots
1 coriander root
3-4 pieces of kaffir lime leaves
10-15 green bird’s eye chilli
8-10 pieces of basil leaves
1 tablespoon coriander seeds
1 teaspoon white cumin

Other ingredients:
½ chicken
1 cup thick coconut milk (for sauteing)
3-4 cups of coconut milk
4-5 round green eggplant
1 handful of basil leaves
4-5 leaves of kaffir lime
1 tablespoon fish sauce
1/2 teaspoon of palm sugar
1 red chilli

#resepichenom #thaigreencurry
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Second. Banyak dh resepi yang saya cuba dari CHE NOM memang menjadi 🥰 TERIMA KASIH CHE NOM ❤✨

intanzulaikha
Автор

Alhamdulillah.... muncul dah idea nak masak apa tengahari nanti.
Jumaat yang barakah. Hadirnya rezeki dalam pelbagai bentuk.
Sedapnya. Kebetulan semua bahan ada...

Terima kasih Che Nom.

sawimetro
Автор

nampak sedap sangat, saya pernah makan Green curry seafoods di Thailand dulu memang sedap sangat makan dan nasi panas2

Danofia
Автор

Resepi che nom ni sedap2 dan mudah faham.. terima kasih acik share ya

redmismartphone
Автор

Resepi Che Nom adalah terbaik sekali Penerangan Che Nom terbaik dan paling senang di ikuti Terbukti resepi2 Che Nom memuaskan dan berjaya d pratikal kan Salam mesra dan semuga Che Nom terus cemerlang.

omarhana
Автор

Saya selalu guna resepi Che Nom untuk keluarga. Sekarang ni saya sedang masak daging masak hitam berempah terlajak sedap.saya ni tak pandai nak berresepi sangat. Terimakasih Che Nom dengan berkongsi resepi yg mudah. Sejak guna resepi2 Che Nom, lauk kat rumah licin.

roslizanbintimalik
Автор

Jarang tengok Dan Tak pernah rasa làgi Kari hijau Thai Ni..boleh Cuba nanti resepi Ni..

ddapuracu
Автор

Jarang tengok kari hijau ni. Wahh boleh try nanti. Nampak temptingggg!! Thanks for sharing recipe che nom 🌹

sohwatulnour
Автор

Wow, terbaik. Kalau boleh saudari buat video untuk jenis perkakasan yang di gunakan seperti jenis pisau yang sesuai untuk potong sayur, daging dan sebagainya. 😀

vijayjayakumar
Автор

T.kasih resepi yg che nom share.semua nye sedap2.

datinabajall
Автор

Alhmdulilah...pandai btl Che Nom msk Thai ... Kari Ayam hijau ni klo mkn dgn laksa Thai mmng sdp....

mastha
Автор

Kari ayam hijau thai, wah.. sedap tu, terima kasih sharing resepinya

marcellacheeyoo
Автор

rempah homemade tu yang buat extra sedap 😍thanks che nom 👍🏻

FoodDestina
Автор

Terima kasih Che Nom resepi semua best2 belaka. Klu buat mesti menjadi punya.

rafidahjalil
Автор

Wow, nampak sedap. Che Nom, resepi pulut kuning next, please.

nuramalinamuhammad
Автор

Alhamdulillah che nom....dulu tertanya2 resepi apa yg datuk saudara saya kat yala thai buat ms kami balik kpg ms kecik2 dulu...mmg sedap.. skrg beliau dah meninggal dunia..mskan ni mmg ingatkan sy..beliau mmg pandai memasak..al fatihah buat datuk saudara ...😍😍😍

rodziyahabdulgany
Автор

Kari ayam hijau....
Saya suka cara masaknya mba...

nicholasskilcar
Автор

Sedap sekali, saya dari mesir, saya mecoba memasak

aya-jzvs
Автор

Nampak sedap dan menyelerakan kari hijau Thai nie belum pernah makan lagi. Insya Allah nk Cuba resepi nie..😋😋

alicesara
Автор

Saya dah try masakan ini tapi saya gantikan terung dengan ubi kentang, sedap👍

raniaaira