MEDICAL FREEDOM MOVEMENT: FAKTA ATAU AUTA?

preview_player
Показать описание
KEBEBASAN KESIHATAN DI MALAYSIA: FAKTA ATAU AUTA?
Malaysian Freedom Movement akan berbualbicara berkenaan topik 'Kebebasan Kesihatan' dengan seorang anak Malaysia yang istimewa lagi digemari ramai: Dr Roland Victor. Dr Roland terkenal dengan gaya bersahaja ketika menyampaikan sesuatu isu kesihatan dan kefasihan beliau dalam Bahasa Melayu.
Dr Roland merupakan seorang doktor perubatan dan pengasas Sky Clinic di mana beliau bertugas sekarang. Doktor bertauliah ini turut memegang MBA dalam bidang 'Healthcare Administration & Management' (Pentadbiran & Pengurusan Penjagaan Kesihatan).
Beliau memulakan kerjaya sebagai doktor perubatan di Hospital Teluk Intan, Perak sebelum bertugas sebagai pegawai perubatan di bahagian Ortopedik.
Selepas itu beliau bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah bagi Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta (UKAPS) di Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya. Di sini beliau berkhidmat menguruskan kualiti dan kawalan kesihatan.
Dr. Roland mempunyai minat yang tinggi dalam mendidik masyarakat menjaga kesihatan diri melalui gaya hidup sihat sebagai usaha penting dalam pencegahan penyakit.
Beliau percaya bahawan "Pencegahan Lebih Baik Daripada Mengubati" dan menitik beratkan kepentingan setiap individu untuk lebih bertanggungjawab dan peka kepada kesihatan diri sendiri.
#KebebasanKesihatan
#HealthFreedom
#KLSkyClinic
-
For more info contact us at
The KL Sky Clinic
B1-36-2, The Soho Suites,
Jalan Perak
50450 Kuala Lumpur
Tel : +60102763679 / +60162653679
Рекомендации по теме