Kenapa Orang Kaya Tak Berhenti Kerja

preview_player
Показать описание
Download Mobile Apps APHD Channel (Google Play dan Apple Store) dan langgan "Membership" untuk mendapatkan dokumentari "Exclusive" dari APHD Channel
Klik link di bawah.

Anda juga boleh Join APHD Membership di youtube Untuk Dapatkan Akses "Exclusive"
Klik link di bawah.

Sokongan "Membership" daripada anda dapat membantu kami menghasilkan lebih banyak video.

Terima kasih kerana terus menyokong kami.
--

Kenapa Orang Kaya Jutawan Dan Bilionare Tak Berhenti Kerja

Menjadi bilionair sudah tentu adalah impian semua orang. Mengikut rekod, terdapat kira-kira 2,700 orang bilionair di atas muka bumi ini. Bagi hartawan bilionair, perbelanjaan mereka tersangatlah sukar untuk dibayangkan.

Ini kerana bagi orang kebanyakan, nilai kekayaan bilionair ini tidak terjangkau akal kerana nilainya yang sangat besar. Dan nilai kekayaan berbilion-bilion ini, bukanlah satu pengalaman yang boleh dirasai oleh semua orang. Tetapi yang menjadi persoalan ialah kenapa golongan kaya raya ini, masih memilih untuk terus bekerja daripada berhenti kerja, dengan menghabiskan sisa hidup dengan kekayaan yang sudah dimiliki?

Ada sebilangan daripada golongan orang kaya ini, telah lama mengumpul wang lebih dari diperlukan bagi membolehkan mereka berhenti kerja selama-lamanya. Namun, daripada pergi ke pantai untuk percutian mewah, ramai orang kaya yang memilih untuk kekal dalam pekerjaan, dan bukannya berhenti kerja. Golongan profesional kaya ini sebenarnya betul-betul komited dalam pekerjaan mereka.

Bagi rakyat kebanyakan, sudah pasti setiap dari kita pernah mengimpikan untuk menjadi jutawan dan orang kaya. Bersama-sama dengan impian dan angan-angan itu, sudah pasti juga ada beberapa perkara yang ingin sangat kita lakukan, dan antaranya ialah untuk berhenti kerja atau bersara awal, seterusnya berehat dan menikmati kekayaan yang diperolehi. Tetapi berbeza dengan bilionair atau golongan profesional kaya raya sebenar di dunia ini, mereka nampaknya memilih untuk terus bekerja keras, dan menumpukan lebih daripada 40 jam seminggu dalam pekerjaan atau perniagaan, walaupun hakikatnya mereka mempunyai wang yang lebih daripada cukup, untuk menghabiskan sisa hidup mereka di atas kapal mewah.

Jadi, dalam video kali ini kita akan melihat kenapa orang kaya yang memegang status bilionair, memilih untuk terus bekerja. Teruskan menonton.
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Join APHD Membership Untuk Dapatkan Akses Awal untuk Semua Video

Video Terbaru Untuk ahli “Membership”

APHDChannel
Автор

cuma nak ingatkan. insha Allah brbaki 32 hari lagi kita akan bertemu bulan suci ramadhan. semoga kita semua dberikan ksempatan untuk beribadah puasa tahun ni 🤲🏻🫶🏻

ridhwanrajudin
Автор

Kumpul duit banyak2, kita kena simpan ia,
Kumpul ilmu banyak2, ia akan memimpin kita,
Kumpul amalan banyak2, ia akan jd bekal kita.

trusted
Автор

Respect org yg kerja keras ni. Lagi2 yg kerja kearah kebajikan rakyat.

tengkualiff
Автор

Kekayaan boleh membahagiakan dengan cara mendermakan orang yang memerlukan ataupun orang mengalami musibah. Hati ❤️ rasa tenang dan bahagia.

ucukk
Автор

Sama ada kita rich atau miskin, tetaplah kita sentiasa hidup bersederhana seperti ajaran nabi Muhammad saw.

wanahmad
Автор

Betulah nabi Muhammad selalu berpesan kepada kita. "Manusia tidak akan pernah merasa cukup atau bersyukur". Ini menunjukkan yang dunia ini tidak kekal, yang kekal hanyalah disana nanti...

asminjehma
Автор

Kena seimbang, untuk dunia dan akhirat. Sebab tu dulu2, orang dengki dengan bangsa lemuria. Santai bekerja, ibadah pada Allah tapi kebolehan bijaksana dan limpahan harta banyak jugak. Konsep kerjsama dan gotong royong. InsyaAllah, mintaklah pertolongan kepada Allah, dan bersabarlah. Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendaki dari hamba2Nya, dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa. (Al Araaf 128)

orangitulah
Автор

wang bukanlah segalanya, tetapi segalanya memerlukan wang..

asyahrilz
Автор

Itulah manusia..bila dpt sedikit dia mahu byk..bila dpt byk dia mahu lebih byk

khairulsp
Автор

sebab ramai orang kaya lah banyak perkerjaan .mana ada orang miskin yg kerja dgn orang yg lagi miskin🤣.jadi jgn ya knp orang kaya tetap kerja sbb dia ada tanggung jawab kepada beribu perkerja dia yg cari nafkah utk keluarga..

sweetpotatoubikentang
Автор

Tidak timbul isu tidak bersyukur atau hamba duit.berapa banyak pun wang dan kekayaan yang dimiliki, jika malas bekerja, akan jatuh miskin juga!sebab tu, walaupun sudah memiliki banyak wang dan kekayaan, teruskan brkerja agar kekayaan yang dimiliki terus bertambah dan tidak berkurangan!

mazransamin
Автор

Allah tak janji kita kerja siang malam non stop boleh jadi kaya tetapi jika kita jaga solat, Allah berjanji akan membahagiakan dan berjaya (keberkatan hidup). Berkat tu penting.

justbringit
Автор

Manusia ni kalau diberi 2 gunung emas sekalipun, dia akan berusaha utk mencari gunung emas yg ke 3

amminabdullah
Автор

sebab mereka ini bukan kejar jadi bilionwan dan jutawan, mereka buat benda yang mereka minat dan letak sepenuh jiwa raga dalam bidang masing2..duit tu datang kemudian dan ia datang sejajar dengan kejayaan mereka dalam bidang masing2

phyzL
Автор

tersurat ;
kurang 100k = tak gembira,
100k = gembira,
lebih 150k = tak gembira.
tersirat ;
dapatan kajian dibuat chanel ini dilihat selari & bertepatan dengan ajaran Islam, iaitu
- <100k = rajin berusaha
- 100k = bersederhana.
- >150k = tidak berlebih lebihan.

jentayukasubarasa
Автор

Orang kaya tidak bergaul dengan orang miskin sukar merasa bersyukur dan kekayaan hanya akan berpusing di kalangan mereka sahaja.

profxox
Автор

Rezeki, jodoh, ajal tu kerja Allah...kita manusia kerja cuma berusaha jer...biar Allah yg tentukan..dan bila dah kaya zakat jangan lupa.

darknight-
Автор

Semakin kaya kita, semakin kerap kita diuji dgn sifat :
1. Tamak
2. Kedekut
3. Takut miskin
4. Takut mati (tidak suka fikirkan tentang kematian)
5. Sombong (paling teruk sombong dgn allah dgn tiada lg rasa syukur kpdnya dan merasa segalanya dr hasil usahanya sedangkan allah telah memberi kita nikmat yg byk dan allah juga boleh tarik segalanya dlm sekelip mata)

trusted
Автор

Makin kaya seseorang makin besar tanggungjawabnya.

coba-cobatv