Beza Asasi, Diploma, STPM, Matrik, A-Level

preview_player
Показать описание
Yang masih confuse nak sambung mana lepas SPM boleh tengok video ni.

#yungriza #pendidikan
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Melalui pengalaman..dalam pendidikan ini..tak ada istilah orang 'BODOH" yang ada hanyalah Istilah 'CEPAT ATAU LAMBAT' walaupun saya adalah pelajar yang paling terkebelakang dalam kelas (no 40) dan tak tahu membaca..tapi bila sampai masanya atas doa keluarga dan usaha..saya sendiri tak sangka saya boleh mengajar di IPTA. dalam dunia ni banyak orang yang kaya tak masuk dan habis universiti pun ada..Ilmu tetap penting untuk lesen kepada kerjaya..tetapi usaha untuk menjadi lebih baik itulah yang menentukan kita berlainan dari orang lain..sebab tu dalam kelas saya tak marah pelajar, jika tak dapat menyerap sesuatu ilmu itu..tapi saya akan marah jika sikap mereka tak mahu mencuba atau mengalah dari menyelasaikan sesuatu masalah itu. sebab jika pencipta lampu pertama giveup, sampai sekarang tak ada lampu mentol . Moral - Biduk yang Didayung Terus..Tidak Akan Dihanyutkan Arus.. S.S.

magicboxstudio
Автор

Saya lepasan STPM, sambung deegre course international affairs, lagi setahun nk habis tapi terpaksa berhenti sebab jaga mak stroke. Doakan mak saya cepat sembuh.

Mizz_Az
Автор

Result spm keluar dlm 2 hari lagi, jadi saya minta jasa baik penonton ml studio doakan supaya result kami batch 06 cemerlang, mampu bangga kan ibu ayah, dan terbalas segala usaha kami bersekolah selama 13/10 tahun serta mampu berbakti semula kepada negara ☺️. شكرن❤jika ada beberapa nasihat drpd abang/kakak yg sedang/telah habis belajar, boleh komen di bawah, saya sangat hargai❤

Nrqih
Автор

as a stpm student, stpm is not hard, you just need to be hardworking, sifat rajin dalam diri itu dapat melahirkan keputusan yang baik, cikgu kami selalu tekankan tentang rajin

zeyaamustafa
Автор

trust me guys, kebanyakan org yg ckp stpm susah ni sebenarnya dorang sendiri tak pernah jejakkan kaki kat stpm. mereka cuma takrifkan stpm by their contacts experiences. sy bukan student stpm tp percayalah, belajar apa je yg tak susah? asasi susah, matriks susah, diploma susah, alevels susah, stpm pun susah. kalau nak rasa senang, kene passion tu je. kalau stpm senang skali pun, boleh jadi susah kalau tak passion. so adik ii, buat pilihan based on apa yg korang nak. jgn ikut org. yg penting kene passion dgn pilihan. inshaallah, semua jd senang

whut-orig
Автор

SPM 8A, sambung asasi UiTM, tp failed miserably. Patah balik, masuk diploma UiTM, struggle, dapat masuk DVM UMK, Alhamdulillah, sekarang dapat jadi doktor veterinar. Masuklah mana-mana, semua sama susah, yang penting jangan giveup, jangan malas. Belajar sungguh-sungguh :)

hafizuddingoshambali
Автор

aku yang baru habis spm ni pun memang first choice aku STPM, macam abang ni cakapla stpm ni yuran murah dan fleksibel, boleh lepas belajar boleh sambung mana mana yang kita nak, sape kata yang amik stpm ni selalunya budak yang kena reject/tak pandai, ubah mentaliti ! Hidup STPM ! 💪🏻💪🏻

schvmi
Автор

Even aku sbg plajar yg hnya ada 1A smasa SPM dulu aku pilih STPM walau tau itu pilihan sgt susah sbb niat nk blajar tinggi tp xda kwangan itu sja option yg aku ada msa tu sbb tknak mnyusahkn bpak aku...alhamdulillah xda yg mustahil even hnya 1A..psan aku utk adik² xda yg mustahil yg pnting niat...aku STPM score 3.08 even xgmpak mana tp masuk U xssah apply trus dpt...dh grad dh pun with flying colors in Bachelor's dari xda apa² smasa SPM skrg dh ad bachelor's ...truskn usaha utk adik² yg bkal mmasuki ujian SPM thun ni

hanie_honey
Автор

Saya lepasan STPM. Pernah mengajar A-level Cambridge and London board. Sekarang mengajar internal diploma dan degree. Pernah juga mengajar foundation. My message to adik-adik, trust your gut doa dan semua pathway pun ada kelebihan dan kelemahan. Sistem kan. Yang penting YOU! Just do your best dalam pembelajaran apa pun..matriks, asasi, foundation, stpm or diploma!

syamsulangsarifuddin
Автор

Sy lepasan STPM aliran sains.Tak kisahlah susah mana exam yg awak ambil, yg penting awak guna cara belajar yg betul dan berkesan utk diri awak.Bila masuk STPM, cara belajar memang lain drpd waktu SPM.Semua orang sama pandai.Cara awak belajar yg tidak memandaikan awak.Ingat, kalau nk masuk STPM, mental kena kuat, hard working and don't easily give up.

InsRanova
Автор

A level ni assesment dia 100% final exam based, takde coursework takde assignment takde quiz so klau korang btul2 suka exam go for it

wandanishrifdi
Автор

Sy dl result biasa2. Tetapi nk kerja gaji tinggi. Lps SPM amek diploma mekanikal unipurple. Habis diploma kerja, amik sijil kompetensi. Lps tu apply kerja oversea. Dpt gaji tinggi, kete honda lps tu kahwin. Alhamdulillah :)

waquelogy
Автор


Dikala bersepah lepasan ijazah harini...

Dikala menteri kata tak cukup graduan, tapi lepasan ijazah bersepah tak diambil bekerja...

Dikala pekerja gig ekonomi seperti rider makanan, grabcar terdiri drpd graduan ijazah, master

Ambil la, belajar 1 kursus kemahiran. Contohnya menjahit, mekanik, elektrik, kimpalan, airkond, wiring, masak.. mana tau kemahiran tu boleh jana duit lagi tinggi drpd apa yg kita bayangkan..

Yang penting nak belajar

kcgsyoya
Автор

Asasi / Foundation - Fast Track ke Degree tapi tiada intern. Private Uni dan Public available

Diploma - 2/3 tahun buat untuk dapat kerja cepat (Recommended bagi sesiapa nak mula berkeja professional)

STPM / Tingkatan 6 - Macam Foundation. Fast track ke Degree. Mostly kata susah dalam bidang STEM

A - Level - STPM untuk t20. Start harga dalam 40k ringgit ++. Mostly buat unutuk study overseas. (Sponsorship/Sendirian Berhad). Setengah negara Terima Seperti UK, Germany dll. Most country dont care you ada as background experience play the most role. Tiada age restriction.

IB - Fast track ke overseas. Semua negara terima. 200k++ ringgit dan mesti 16 tahun. 16 tahun sebab IGCSE. Saya tak tipu, saya call salah satu international school yang provide ini dan ini harga dia semua.

Matrik - Honestly, patut buang je pakai syllabus A-level standard sebab boleh masuk mana-mana uni local/overeseas dengar harga berpatutan.

SNOWOO
Автор

at the end of the day, kita kena tepuk dada, tanya semula apa cita2 dan kerjaya impian kita untuk pilih jalan yang betul. Mana2 jalan pun sama sahaja, sambung ke degree jugak. Yes, dia berbeza dari segi institusi, pentaksiran, masa dan aspek2 lain tapi no point kita downgrade atau keluarkan statement skeptical diploma low level, stpm macam budak sekolah and lain2 :)

P/S: saya dulu coming from diploma in mathematical sciences, tapi syllabus-wise, saya guna jugak bahan2/buku2 matriks and stpm level sebab lebih kurang sama sahaja. So, no point compare dari segi kepintaran (seperti banyak mindset yang macam ni di luar sana) sedangkan comparison perlu dibuat atas kemampuan dan impian kita sendiri <3

hazwaniesta
Автор

STPM ini bukan susah cuma perlu rajin belajar dan ia betul lain dengan SPM, kena usaha lebih banyak lagi nak capai 4 flat tu. Saya ambil STPM dan sekarang dah sem2. Nak kata stres tu tak ada lagi sebab kk cuma 1 subjek je sekarang, nanti insya-allah tak stres bila sem3 😬 sebab 3 subjek kena buat kk.

bunnydanggeun
Автор

Arabic Words
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ و عَلَى آلِ سِّيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Romanic Words
Allahumma Solli 'Alaa Sayyidinaa Muhammad wa 'Alaa Ali Sayyidinaa Muhammad

The 5 Extras Zikrs
Subhanallahi Wa (Bihamdih
Subhanallahil 'Aziim
Subhanallah Alhamdulillah Laa ilaa ha illallahu Allahuakbar
Astaghfirullahal 'Aziim Allazi Laa ilaa ha illaa Huwal Hayyul Qoyyumu wa atuubu ilaih
Hasbunallahu Wa Ni'mal Wakiil

amirulmuminin
Автор

Bagus penerangan dlm video ni...kalo minat belajar lagi better masuk a-level atau stpm..kalo more kepada kemahira ambil diploma berkaitan dngn kemahiran ape yg minat...kalo asasi ni dia best cuma kan mcm saya pernah lah intern kt uum di mana student kebanyakan cuti semester manakala bdk2 asasi x cuti semester dan co4firm sunyi skit lah...matriks bagus cuma kalo dh masuk universiti dia kena cpt2 adept dngn suasana universiti tu...kalo stpm ni bagus bila dh rse susah time stpm tapi masuk universiti auto paham je dan semua bnda blh buat

shahrilsalim-yx
Автор

Sebenarnya asasi ada dua jenis, asasi terbuka dan asasi tertutup . Asasi terbuka maksudnya sijil tu layak untuk mohon degree melalui UPU untuk pilih antara universiti-universiti awam dalam Malaysia . Asasi tertutup pula selalunya degree kena sambung dekat universiti yang sama.

Asasi terbuka yg saya tahu hanya di Universiti Malaya ( PASUM ) dan UiTM .

Sekadar share 🫰

qifashm
Автор

Bagi aku as STPM student aku rasa exam STPM tak susah tapi tak boleh buat silap sikit. Sebab soalan dia banyak dan details yg kena settlekan dalam masa yg sangat singkat. Once terbuat silap nak start balik aku rasa 80% confirm tak sempat siapkan. Lagi2 subjek Pengajian Am yg merupakan subjek WAJIB LULUS

muzammilshah