Matrik, Asasi, Diploma, STPM, A-Level, TVET, IPG

preview_player
Показать описание
Punyalah banyak. Kalau tak nak belajar lagi tak tau la dik non.

#rahmah_razali18 #pendidikan
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Rasulullah ﷺ bersabda; "Dan aku wajibkan ke atas setiap muslim untuk menuntut ilmu"
Mari kita kenal ilmu2 yg wujud dari dahulu;
Nabi Idris ada ilmu menjahit, astronomi, sains, fizik
Nabi Nuh ada ilmu pelayaran, pertanian, perkapalan
Khalid Al-Walid ada ilmu strategi serangan, pertahanan, pengepungan

Terpulang kpd anda nk sambung pelajaran di mana2 pun, sebenarnya dlm pekerjaan pun ada 'belajar' yg penting (bagi Muslim) tawaduk & ikhlas

mzimmdi
Автор

Saya merupakan seorang high achiever dalam spm 2014 dengan keputusan 7A 1B 1D(aliran sains tulen -hayat). saya mendapat tawaran UPU untuk sambung diploma perikanan di UMT. Namun disebabkan kekangan ekonomi ketika itu, saya memilih untuk sambung ke form 6 dan STPM 2016. Berhempas pulas hampir setahun setengah akhirnya saya berjaya mencapai PNGK 3.75 dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dalam jurusan geografi. Alhamdulilah penghujung tahun ini saya akan grad. Doakan saya yer. Apapun alasan pilihan terletak di tangan anda. jangan jadi kuda semata mata untuk memuaskan hati kawan kawan atau orang kampung. that all guys, peace.

mamardls
Автор

kpd lepasan spm 2020 nak sambung belajar peringkat diploma, pra-u teruskan usaha kejayaan di tangan anda

Khairulzaman
Автор

Budak zaman skrang dah didedahkan mcm2 pilihan. Masa Form 4 korang dah decide nak sambung apa and minat ke arah mana. Saranan yang penting, sambung ke arah bidang yang diperlukan oleh pasaran. Lepasan SPM yang dpt result kurang cemerlang, jangan putus asa. Tidak cemerlang masa SPM bukan bermakna tidak boleh berjaya masa hadapan. Tunjukkan bakat dan kemahiran yang korang ada.

kruzco
Автор

Jangan pilih sebab kawan pilih, pilih sebab minat dan kemampuan

kengmg
Автор

Doakan sy dpt masuk tingkatan 6 tahun ni...umur dh 19 thn..nk sgt STPM ..semoga Urusan Kita semua dprmudahkan..Amin Amin 🙂

sitinur
Автор

Yg ni just perkongsian aku sebagai pelajar TVET. Dulu aku pemalas nak belajar, serious. Time pasca pt3 ada org buat program untuk promote Kolej Vokasional. At first aku question jugak, boleh ke graduate tapi takde SPM? Nanti makcik2 tanya nak jawab apa? Tapi aku percaya dengan proses so aku masuk KV. Nasiblah kursus yang aku suka ada kat sana. Alhamdulilah, sekarang aku dah final year diploma. Sikap malas dah takde sebab overall apa yang kami belajar bukan maths atau sains atau bahasa melayu, semuanya subjek sama berulang2. Marketing, Tour operation, Management. Skill tu kita asah asah asah sampai cikgu percaya kita boleh kerja tak belajar yang lain, belajar skill je. Harap cerita hidup aku membantu korang. ^^

natashalaini
Автор

Bagi aku semuanya terletak pada diri kita sendiri.kalau rasa nak sambung belajar, belajarlah.kalau nak kerja lepas SPM pun takpe.pilihan masing-masing.apa yang paling penting percaya bahawa rezeki kita dah diaturkan oleh Allah SWT

alifmutalib
Автор

Ingatlah adik² semua..waktu tidur time study laa plg nikmat...nnti dh dpt job..xleh dah tdo2 ni😂🤣🤣

bobboi
Автор

Banyak yang persoal diploma sbb ambil masa. For your information, diploma ni mmg agak lama tempohnya tapi student tu akan gain byk experience and skill. For eg, sy ambil dip(UiTM) lps SPM. Umur 18 dh idup berdikari. Assignment semua kena buat sendiri. Byk benda baru cthnya fully guna bahasa English, cara tulis reference and concept plagiarism and turn it in system. Smua borang2 penting kena isi sndiri dan adakalanya kita terkejar-kejar utk jumpa lecturer sbb concept Uni lect x cari student k. X mcm sekolah. Semua jerit payah tu berbaloi, apabila ambil deg x perlu nk bljr lagi nk buat benda tu semua sbb dh tau kan. Lagi stu sy ambil masa 2 tahun je utk degree dan skrg sddg menduduki tahun akhir deg. Knapa 2 tahun? sbb ada tranfers credit.

teofilusthomas
Автор

Mungkin ada yang tak tahu lagi nak jadi apa sbb mungkin result biasa biasa je. Macam saya lepas spm mmg takde cita cita yang tetap dan apply je mana yang rasa macam okay kot course ni, macam kena je dengan result.

Jadi bila dah dapat tu, there no turning back. Kalau tukar course, buang masa je. Anggap je, Allah dah takdirkan kau kena belajar tu, mungkin ada manfaat untuk akan datang.

Nak belajar ni mmg kena commit, commit masa duit tenaga. Tapi kehidupan jadi student sangat la best. Sampai rasa nak jadi student je sampai bila bila hahahahahah.

So now saya dari diploma uitm 5 sem sama dengan 2 tahun setengah. Sambung degree uitm 5 sem jugak sbb potong kredit. So total belajar diploma degree 5 tahun la.

Sekarang umur 24 buat master dekat usm. Dah covid ni, susah nak dapat kerja. Jadi kita sambung jela belajar. Wish me luck guys! Goodluck jugak bakal student 🙆

najihahlatif
Автор

Nasihat saya yg mana x pandai tu tapi nk bljr jugak start la dari sijil...ramai org ckp lambat la apa..yg tu biarkan sbb benefit nya dari sijil pon boleh transfer credit tau..mcm utk course saya electrical engineering..so yg mana sijil electrical technology tu boleh transfer credit 5 subjek wei..5 tu bukan sikit mat..lagi satu kalau dh habis diploma korg yg ada sijil ni lagi laku berbanding yg spm.diploma...yes benda ni betol sbb sijil tu dikira add value tau..so pesanan saya just bljr..and guys doakan saya complete my phd in geofizik usm❤

Zibzidizubzab
Автор

Nasihat aku utk adik2 yg dari keluarga yg kurang berkemampuan, masuk matriks sbb yuran matriks pling murah brbnding dip dan asasi, Tmpoh pngajian setahun je utk kos accounting, lpstu dpt elaun RM250 tiap bulan. Yuran asrama free.Tapi mkn byr sndiri la. Cuma belajar agk laju, bukan agak, memang laju pon so belajar betul2 jgn main2 plk. Mmg la agak perit skit nk tapi sumpah penglmn yg x dpt dilupakn. Ok done promote matriks.

anissaliza
Автор

Paling simplelh kalau xnak sakit kepala @ lambat ambil diploma.
Nk sambung sekolah ambik stpm
Nk cepat masuk degree ambil asasi @ matrik

Aizadkun
Автор

Matrikulasi ade 2: setahun atau 2 tahun ( sama macam student stpm). Untuk dapat program² ni depends result korang. If rase tak mampu bawa setahun boleh apply ke dua tahun.

Belajar ikut kemampuan diri. Biar lambat asal selamat 🫶🏻

nwh
Автор

Nasihat saya utk adik2 yg slow learner. Ambik Poli, poli ajar dari A to Z balik even kau xambik Add Math pon dorang ajar balik. Pastu nak sambung belajar sng gila potong credit. 4 tahun jadi 2 tahun setengah je depends kt uni lain. Plus kau ada 2 sijil dlm tgn compare dgn yg matriks yg just 1 sijil time grad. Hopefully dpt membantu ya

izal
Автор

Kalau masuk tvet pastikan niat tu dah betul² minat sbb komitmen memang Kene tinggi

husyni
Автор

Saya pulak lepas SPM terus sambung ke STPM sebab nak save budget, and short track. Lepas tu, STPM ni free je yuran pun rm100 je. Bagi yg nak save cost boleh masuk STPM. Now dh grad dari MSU university dlm bidang sarjana muda perniagaan antarabangsa and kerja sebagai manager.

HappyTv
Автор

Tidak semudah tu untuk memilih jalan bagi lepasan spm yang result cukup-cukup makan. Lain lh kalau result SPM gempak, baru suka hati nak pilih mana2. Hhahahaa.

agkamilsolehakadir
Автор

Budak zaman sekarang ni beruntung sebab dari zaman sekolah dah ada pendedahan tentang kerjaya. Kalau dulu masa lepas SPM pon tak pasti minat apa…

tlwvwuh