Berdosa 😈 MEMBAWANG ... Tapi, Kalau Pekena AYAM MASAK BAWANG Cheq Na, Tak BERDOSA 😇 [ ENGLISH sub ]

preview_player
Показать описание
AYAM MASAK BAWANG
===================

Di dalam video kali ni, Cheq Na nak 'share' macammana nak masak AYAM MASAK BAWANG. Ayam masak bawang ni MUDAH dan SEDAP. Menu ni boleh didapati di restoran mamak dan menjadi salah satu menu utama di restoran mereka.

Ianya selalunya dihidangkan bersama nasi berperisa seperti nasi minyak, nasi tomato, nasi biriani dan nasi putih. Rasanya yang enak, lazat dan lemak dari ayam dan rempah ratus yang banyak semasa penyediaannya. Ianya sesuai sangat digandingkan bersama dalca, ayam masak merah dan acar buah.

Jom kita tengok bahan-bahan dia untuk masak ayam masak bawang ini ...

BAHAN UTAMA
a) 1/2 ekor ayam (saiz besar)
b) 3 biji bawang besar
c) Serbuk kunyit
d) Garam
e) Jintan manis
f) Gula
g) Garam masala
h) Serbuk cili
i) Serbuk kunyit
j) Serbuk jintan putih
k) Sos tiram
l) Sos cili
m) Kicap pekat
n) Sos tomato

BAHAN UNTUK DITUMIS
a) Bawang kecil
b) 4 sekawan
c) Daun pandan
d) Serai

BAHAN UNTUK DIKISAR
a) Halia
b) Bawang putih
c) Bawang besar

BAHAN HIASAN
a) Daun ketumbar
b) Cili melaka

Jadi, untuk memasak AYAM MASAK BAWANG ni, Cheq Na mintak hangpa semua tengoklah video ini sampai habis. Penat Cheq Na buat video, lepas tu nak cerita dengan perkataan pulak. Susah nak gambarkan cara-cara buat ayam masak bawang ini dengan ayat. Better hangpa semua tengok video, lagi senang. Kalau hangpa suka video ni, please press LIKE dan kalau hangpa tak mau miss drama masak Cheq Na yang seterusnya, silalah SUBSCRIBE.

Ok, itu saja kali ni. Luangkanlah masa nak tengok video ni dan jumpa di video seterusnya

Segmen-Segmen Penting Dalam Video
0:00 - Intro
0:37 - Bahan-bahan untuk Ayam Masak Bawang
1:57 - Cara memerap Ayam Masak Bawang
2:39 - Persediaan untuk masak Ayam Masak Bawang
4:19 - Cara memasak Ayam Masak Bawang
13:46 - Cara memakan Ayam Masak Bawang

#cheqna
#cheqnastyle
#cheqnaresipi
#malaysia
#ayammasakbawang
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Sy nk coba sabtu ni kt masjid ada jamuan raya nk buat ayam bawang, mkn dgn nasi briyani

NovriaYulita
Автор

Alhamdulilah dah cuba masa raya haritu...semua ckp sedap sampai suruh repeat masak. Terima kasih Che na kongsi resepi.

safri
Автор

Masha Allah. So nice and superb recipe preparation. All the best.

healthyfoods
Автор

resipi ni nampak bagus tapi jangan masukan sos tiram, lain semua ok,

zamzuritajudin
Автор

Terima kasih che na, resepi ayam masak bawang che na style memang terbaik👍👍👍.saya dah Cuba masak buat Kali yg ke3 utk hari ini.saya mmg peminat masakan mamak👍👍👍. terima kasih berkongsi resepi.

hubbybee
Автор

Alhamdulillah, terima kasih di atas perkongsian puan

sahiddanmahamud
Автор

Terbaik Che Na, saya dah try buat makan ngan nasi beriani. Smpai org mintak resepi la sebab bg rasa. Jd saya suh tgk video che na. ❤❤

lelegagamingx
Автор

@Cheq Na t ksh byk2 share video ni nnt saya cuba buat na

azizbasrom
Автор

wah sedapnya 😋👍 mantap kawan.
terima kasih resepi nya 👍 bagus sekali

Morry_N.G
Автор

tqvm cheq na, dah try msak hri ni.. memang sedap..

sarifahramlah
Автор

Tkasih na che na..sudi brkongsi...smoga siht slllu

jamilahyahya
Автор

Terima kasih Cheq Na resepi nya, dah cuba, memang sedap... terbaik

normahabdhamid
Автор

mg betoi cheq mamak x miss daun ketumbaq dan daun pandan

mohamedsabrihajia.shamsude
Автор

Terima kasih ceq na, masakan nya selalu enak ... Walau asing di lidah keluarga tapi katanya enak sekali ... Ceq na .... Mantap...

mahmudafiya
Автор

Terima kasih ilmu resepinya... memang terbaik lah dan padu rugi tak cuba ni👍

norhayati
Автор

Masakkan cheq na memang terbaik la alhamdulilallah

asmahrohani
Автор

Masha Allah...terlioq kami tengok cara masakan Che Na. Esok kami nak try la masak ayam bawang ni. Terima kasih la Che Na kongsi resipi ni.

noorshafizaismail
Автор

Alhamdulillah Cheq Na
Siap mencuba resepi Cheq Na dan sy amat gembira dgn rasanya walaupun tak letak garam masalla (sy ganti dgn serbuk kari ayam) Dan tambah serbuk coriander, ikut selera tekak.
Trm ksh ya Cheq Na atas perkongsian moga murah rezeki Cheq Na sekeluarga aamiinn YRA

anitahirahdaud
Автор

Sejak dok masak ikut resipi Cheq Na...saya tk atoq kedai nasi kandaq dah...Style Cheq Na mmg marvelous. Tq Cheq Na share resipi...

mynn
Автор

wow sedapnya.. nak cuba nanti.. tq resepi.

liasaracrafts
welcome to shbcf.ru