Ayam Masak Bawang | Nala punya sedapp 👌

preview_player
Показать описание
Ayam Masak Bawang, yang pekat kuahnya dan sangat wangi hasil dari bawang goreng dan bahan-bahan rempah yang lain. Che Nom rujuk resepi ni dari blog Mamak Haji, yang sentiasa murah hati berkongsi ilmu masakan. Biasanya nya lauk ni ada kat restoran nasi kandar Penang. Mudah je nak sediakan, tapi hasilnya memang terbaik. Che Nom ada olah sikit aja, ikut kesesuaian bahan-bahan kat dapur.

NOTA: Sila tambah serbuk GARAM MASALA jika ada, Che Nom skip sebab stok dah tak berapa elok, jarang guna. Tetap menjadi dan sedap (rujuk resepi di bawah)

//Bahasa Melayu
---------------------------------
Bahan-bahan rempah 4 sekawan:
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih

Bahan kisar halus:
2-3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji bawang besar

Bahan untuk bawang goreng:
2 biji bawang besar

Bahan-bahan lain:
1 ½ cawan minyak masak
½ ekor/ 800g ayam
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 helai daun pandan
1 tangkai daun kari
1 ½ sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kari daging
½ sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
½ sudu kecil serbuk garam masala (dlm video Che Nom tak letak)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 susu besar sos tomato
air tapisan bahan kisar halus
garam secukup rasa

//English
----------------------------------
Ingredients for 4 spices:
1 cinnamon stick
2 star anise
4 cardamom pods
3 cloves

Finely ground ingredients:
2-3 cloves garlic
1 inch ginger
1 red onion

Ingredients for fried onion:
2 red onion

Other Ingredients:
1 ½ cup cooking oil
½ chicken/ 800g chicken
1 tsp salt
1 tsp turmeric powder
2 pandan leaves
1 stalk curry leaves
1 ½ tbsp of chili powder
1 tbsp meat curry powder
½ tsp cumin powder
1 tsp fennel powder
½ tsp masala spice powder (I skipped in the video)
2 tbsp chili sauce
1 tbsp oyster sauce
2 tbsp tomato sauce/ketchup
water, from sifted fine ground ingredients
salt to taste

Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Che nom!!! Lepas tengok video ni saya terus ke dapur prep bahan and buat utk lunch tadi!! Alhamdulillah family semua sukaaaa! Yeay, thank you Che nom. Rasa just nice sedap ngatt! ✨❤️

hudazawawi
Автор

Bagus che nom ni jujur dia bagitau dia ambil resepi siapa bkn mcm sesetengah tu ambil resepi org cakap..ini cara saya sedangkan dia tiru..x berkat.Sokong che nom.

edeidderf
Автор

Tengok video masa lunch break..bahan2 kering memang ada..terliur2 teringat2..balik kerja hari ni jem teruk sangat..namun tak mematahkan semangat saya untuk balik masak lauk ni..dah siap masak husband pulak inform dia juga menghadap jem..sebagai isteri yang setia..saya tunggu sampai jam 10 baru makan bersama..memang nalaaa punya sedap..terima kasih che nom kongsikan resepi ni..definately a keeper..sehingga menjilat jari..nasihat saya, extra kan aje..memang wow sangat..

ehaabdullah
Автор

Tips untuk hasilkan masakan yang sedap seperti dalam video Che Nom
1.~ mesti ikut resepi sebiji seperti dalam ruang description. Terutamanya untuk amatur dan pemula yang baru belajar nak memasak macam saya. Supaya lidah kita 'kenal' rasa masakan tersebut.

2. Jangan tambah apa yang sudah jadi kebiasaan kita buat di rumah.
- Ini terutamanya bagi mereka yang sudah biasa menggunakan bahan tertentu dalam masakan seperti MSG dan perasa.

Kalau dalam video tak letak, jangan letak. Kena yakin hasil yang siap akan sedap.

3. Jangan takut untuk guna bahan yang kelihatan asing dari dapur kita.
~ maklum orang sabah sarawak seperti saya ni rata2nya jarang guna cili giling/cili boh/cili dalam masakan. Bila dalam resepi letak 4 sudu besar/7 - 8 biji cili padi dalam masakan...tekak dah telan2 air liur.

Campak je...insyallah kalau kena cara masaknya - cili tu akan masak dan rasa pedas nya blend dalam masakan.

- - -

Bila lidah dah 'kenal' rasa masakan tersebut, boleh lah adjust resepi dengan tambah/kurang bila nak masak kali yang seterusnya... saya setakat ni tak pernah tambah/kurang kadar dari resepi yang dicadangkan...semua resepi che nom yang saya ikut menjadi.


Semua tips tu saya kongsikan kepada ibu dan adik2 perempuan saya... Iyalah, hairan tiba2 saya pandai memasak waktu MCO ni.

Rahsianya: Ikut seperti asal resepi yang diberi dan chanel ni paling bagus sekali untuk educate orang diluar sana untuk memasak.

Chanel no 🥇

hafizulhanis
Автор

Tak perlu la nk kata siapa tiru siapa. Janji ilmu yg dikongsi bermanfaat utk followers2 yg pelbagai bangsa. Tak perlu pertikaikannya. Sama2 raih pahala serta ilmu. T/ksh Che Nom. Syg Che Nom. 🥰 😍🤩❤

zainabmohd
Автор

Tgh pikir nk masak ape laa utk lunch harini, , scroll utube trjumpa resepi ni. Che nom ni cam tau2 jee org tgh clueless nk masak ape😂👍👍👍

izzahbasiran
Автор

Nak bg tips sikit.. klu nak blend bawang, garlic halia n sebagai nya dlm blender, cuba guna minyak masak instead of air.. minyak tu separuh je dr tinggi bahan2 nak kisar.

Lepas tu bila nak tumis, tak perlu dah minyak sbb ade minyak dr baham kisar tadi.

Bahan kisar sekejap je nak tumis dan lagi sedap naik bau dia.

apahvgplaytm
Автор

OMG! This was the recipe that I have been hunting for.. Yesterday my whole house was smelling so good with this dish and it was super success.. Just follow the recipe and methods and tadaaaa.. You will get it as it is 😉💗😉

Dev_Gal
Автор

Alhamdulillah.. Kali keempat dah ni Che nom saya masak resepi ni.. Sedap sgt tak tau nak cakap..wpun kali ni daun pandan takde.. Sos tomato saya kurg ke satu sudu.. Sbb sblm ni masak.. Saya perasan agak masam skit.. Jd rini sy guna satu sudu.. Alhamdulillah.. Balance rasanya..

aq
Автор

Sedap gila. Terima kasih. Saya ikut resepi bulat-bulat. Masak nasi tomato juga. Bestnya

michellequah
Автор

terima kasih che nom kerana berkongsi resepi lauk nasi kandhar.
di s'pore tak ada warong nasi kandhar.
sekurang²nya kita di sini dpt merasai kelazatan gulai nasi kandhar!!😋

zulkarnainbinawang
Автор

Resipi Ayam Masak Bawang, masakan cukup menyelerakan dari Che Nom. Memang sesuai tambah dua pinggan nasi.campur dengan kuah sekali! Terbaik, Che Nom.

foodmusttravel
Автор

Hi Chel Nom, We tried this recipe yesterday n I must admit that it was super delicious!The left over today was so sumptuous.! All of us really enjoyed this dish n the our house smelled like a kunduri house, so aromatic! Thank you for sharing! I've also tried some of your dishes n they all wonderful! Well done n keep up the good work!Tq

indradevi
Автор

Alhamdulillah . terima kasih che nom . saya dah tambah resepi ni dalam buku resepi saya . semua resepi dari masakan che nom . terima kasih Che nom ! memudahkan kerja masakan saya ! yess !

syeerastella
Автор

Baru saja habis masak. Ya Allah sedap nya bau sampai satu rumah wangi !! Rasa pun seindah bau dia 🥰

kristinamohamedsiddiqui
Автор

Bru abis masak lauk ni ikut arahan che nom. Fuhh! Mmg terangkat! Cuma saya gantikan serbuk cili dgn cili kisar psl xde stok. Mmg Power la! Letak gula jgk..paduuuu..!! Alhamdulillah, terima kasih berkongsi resepi ye che nom 😁

betterme
Автор

hari ni sy try resepi ni..serbuk cili sy habis jd sy ganti dgn cabai kisar..rsa sedp gak..tq utk resepi ni..terbaik.rsa cam mkn kt mamak

nurhusninamohdsupian
Автор

Tak sabar nak try resepi ini. Terima kasih Che Nom for sharing.
Tried the soto ayam Istimewa last week, sedap betul dan family I semua suka sangat. Thank you again for sharing the good recipes. Love your videos.

huifanglim
Автор

Sy dh cuba resepi che nom hari ni ank lelaki sy suruh buat 'sbb ank sy selalu mkn kedai mamak peneng 'Alhamdulillah mnjdi'sedap t kasih che nom

suhailamidi
Автор

Ayam masak bawang, sangat enak..
Saya harus coba masakan ini di indonesia...Anak-anak pasti suka.
Saya suka dgn channel che nom, selalu memberikan resep yg mudah, khususnya pemula kayak saya..
Terima kasih...

ryvinovitasari