Resepi Grilled Chicken Chops

preview_player
Показать описание

* SUBSCRIBE:

Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini ialah grilled chicken chop atau chicken chop bakar. Penyediaanya sangat mudah, cuma perap dan bakar. Saya akan tunjukkan teknik, bakar atau grill ayam dengan kuali. Tonton hingga ke akhir video untuk rahsia grilled chicken chop yang garing diluar dan juicy di dalam seperti ini. Jom kita ke dapur!

Untuk 2 hidangan kita perlukan 2 keping chicken chop berat lebih kurang 600g untuk keduanya. Lapkan dengan tisu dapur supaya kering sebelum diperap.

Untuk bahan perapan pula kita perlukan 1 sudu teh garam kasar, 1 sudu teh lada hitam yang ditumbuk atau dikisar,, kalau tak ada minyak zaitun biasa pun boleh.

Gaulkan bahan perapan supaya rata. Pastikan setiap permukaan daging ayam dapat disaluti bahan perapan. Fungsi perapan ialah untuk memberikan perisa dan juga melembutkan daging. Perapan dalam masakan barat biasanya ada 3 bahagian, Pertamanya, perasa , ini mungkin garam, herba, bawang ataupun sos seperti kicap. Keduanya, asid. Asid seperti cuka, jus lemon atau limau, yoghurt akan membantu melembutkan daging dengan menguraikan protein dalam daging. DAN , Ketiganya , minyak , biasanya minyak zaitun atau apa-apa minyak masak. Fungsinya untuk mengimbangi rasa masam dari komponenn asid perapan.

Untuk memasak grilled chicken chop saya suka guna kuali non-stick dan api yang sederhana sahaja. Masak bahagian kulit ayam dahulu seperti ini. Ini akan mencairkan lapisan lemak dibawah kulit ayam dan akan membantu menjadikan kulit ayam lebih garing disamping mengurangkan kandungan lemak chicken chop.

Balikkan ayam setiap 1 minit supaya ayam masak dengan sekata. Setiap chicken chop akan mengambil masa 7-10 minit untuk masak dengan betul kerana daging chicken chop agak tebal. Kesilapan yang sering dilakukan ialah memasak chicken chop terlalu cepat dengan api yang kuat. Ayam mungkin kelihatan garing diluar tetapi masih mentah di dalam. Pastikan ayam dimasak untuk minima 7 minit. Bila ayam dah berwarna perang dan garing seperti ini, ayam dah boleh diangkat keluar dari kuali.

Rehatkan ayam untuk 5 minit sebelum dihidangkan dengan salad, kentang goreng. Dan sos kegemaran anda. Di sini saya gunakan sos black pepper, tapi sos cendawan pun sesuai juga. Boleh rujuk resepi untuk sos-sos ini di sini. Selamat mencuba!
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Bang this is my first time tgk vid abg . Resepi yg penuh ilmu pengetahuan yg terperinci. Menjadikan masakan lebih sedap dan sebijik rasa dekat 5star hotel🤩 . The only grilled chicken chop recipe that has burst full of flavours . 👏🏻 ni la resipi grilled chicken chop paling sedap dlm banyak2 vid resipi grill chicken chop yg saya dah research . Husb nak nangis makan dia kata sebab sedap sgt 🫶🏻 and terharuu i cooked his fav meal 🫶🏻😂

gulzeyraa
Автор

bang, explanation dan teknik tentang memasak chickn chop ni memang mantop dan jelas. Inilah cara ajar orang masak dgn sempurna kerana dgn recipe dan bahan sahaja tak mungkin boleh jadi sedap tapi tekniknyer amat penting. This is one of the best vids ive seen on cooking.

threedaysoutdoor
Автор

Saya dah try baru tadi. Mmg sedap resepi ni, sama macam makan grill chicken chop dekat restaurant. Cuma tadi masak 1 keping, letak lada hitam dgn lemon kurang, so tak rasa sgt. Kalau lebih kan lemon mmg sedap. 👍🏻👍🏻Thanks resepi mmg best

naqillove
Автор

Alhamdulillah baru try smlm..the whole family kata sedap..tqsm for the sharing 🥰

alynn
Автор

Saya dah try chef!!chicken chop Dan sauce black Papper semua rasa sedap...rasa Macam makan di restaurant!!!Terbaik 💪💪

johnkfishing
Автор

Dah cuba, sedap betul, first time making my own chicken chop, saya lebihkan lemon zest & italian herbs, soo goodd! thank you for the delicious and simple recipe Chef !

leaburley
Автор

Saya dah cuba resipi grilled chicken chop ni!
Memang sedap 👍🏻✨✨. Rugi kalau tak cuba.
My family & husband puji. Untuk foodie seperti saya, rasa memang setanding dengan western cafe.
Sekadar cadangan daripada saya, untuk yang suka masin yang ngam atau prefer kurang masin..boleh cuba 1/2 tspn atau not more than 1 tspn garam rub pada ayam. Saya memang ikut exactly macam Encik Nasser suggest pada video tapi pada citarasa saya, chicken chop (bersaiz besar) terlebih masin sedikit (masih sedap di makan).
Terima kasih atas usaha perkongsian Encik Nasser. Looking forward to try other menus! 😊

irnajennyzeyd
Автор

Arahan yang sangat jelas dan terperinci. Terbaik chef Naser👍👍

nurfarishaatia
Автор

terbaik.. cara penerangan yang jeas.. thank you chef.. halalkan resepi ye..saya nk buat niaga.

nuurfarahana
Автор

really easy recipe as a university student studying in UK!

lavendercurrent
Автор

Memang sedap makan dengan black pepper sauce.
Baru masak semalam, sungguh puas hati👍.Terima kasih, 🙏

farahpakeer
Автор

nice one bro, i like it when u teach and tell us the reasons why each step is done

LivosChung
Автор

Terima kasih share tips & recipe..
Sy baru masak tadi & sedap sangat ☺

nemesis
Автор

Sgt menarik kesemua resepi chef..tksih krna bkongsi ilmu.halalkan setiap yg saya share ye chef..
Byk tips..terbaik.
Jzkr.

zainabchemat
Автор

Alhmdulillah. Thanks for sharing 💖💖💖🌹🌹🌹

azizahyunus
Автор

I love chicken chop. Thanks for the recipe!

nabilnasser
Автор

I like this recipe. Bolehlah cuba nanti. Thanks for sharing the recipe ye. Baru tahu, tak boleh perap lama sgt ayam tu 👍🏻

FoodDestina
Автор

Lovely! Just checking out a simple recipe for my son’s dinner. Thanks!

balajay
Автор

Sedap mcm kedai, chef. Eh silap hotel. Da xyah baya mahal2 kalau teringin. Terima kasih chef

Syazwa
Автор

Jom ke dapur.. Kacau jgn x kacau.. Suka dgr 😂

anuarn