K.O.I - NISKALA SUAKA (LIRIK VIDEO)

preview_player
Показать описание
#music #lirikvideo #niskalasuaka

K.O.I - NISKALA SUAKA

Composer: Zai Hamzah & Hemo
Lyricist: M.Y.A, Budak Pelat & Hemo
Producer: Zai Hamzah & Hemo
Mixed: Zai Hamzah & Hemo
Mastered: Hafeez
Publisher : MVM Productions Sdn Bhd

LIRIK:
Kera di hutan rimba disusukan
Cucu di teratak kebulur kelaparan
Tiga warna tujuh jiwa sumpah setia
Putih merah sifat niskala suaka

Masa ruang waktu tempat mana dia berlaku
Putih sama biru merah pekat dah membeku
Tarik warna kuning ikat tengkuk tali anjing
Kucing lawan kucing hanya mahu satu loceng
Warna ungu, putih halus, jalan salah yang terlanjur
Kena ingat susun atur bawa dalam susur galur
Mana dia anak bawah yang menyanjung tunduk muka
Kini apa yang ada hanya tubuh ditimbus tanah
Waktu muda mendabik dada
Meninggi bahu melanggar semua di depan mata
Kejar kuasa sampai sanggup menunggu tahun
Kejar nama sampai sanggupnya anak dihukum
Tempatnya ditukar di ingat seketika
Untuk bawa anak anak buah makan besar
Al maklumlah arwah baik orangnya
Suka tolong sama kita untuk tangkap ikan besar

Kera di hutan rimba disusukan
Cucu di teratak kebulur kelaparan
Tiga warna tujuh jiwa sumpah setia
Putih merah sifat niskala suaka

Mula dari Alif sampai Ya ku kebal
Sentiasa positif, kitab aku tebal
Tiga puluh khatam, tanya pada khadam
Memangku pendendam cuma suka diam
Amokku di pendam kalau tak ku tendang
Mereka main tikam, depan dan belakang
Setinggi mana pun, memang tiada ampun
Walaupun serumpun, masih pilih daun
Ey, meneraju ke alam baru
Terus humble la kalau nak maju
Jangan mendongak buat tak malu
Terasa hebat bertindak melulu
Bila menangis mencari bahu
Update media nobody bantu
Dikecam beramai terus membisu
Zaman dia lain, generasi kita berbeza
Kau masih berlampin, minum susu tin sambil baring, oh selesa
Serumpun bak serai, sesusun bak sirih
Macam ombak di pantai bersama pasir berkasih

Kera di hutan rimba disusukan
Cucu di teratak kebulur kelaparan
Tiga warna tujuh jiwa sumpah setia
Putih merah sifat niskala suaka

Kera di hutan rimba disusukan
Cucu di teratak kebulur kelaparan
Tiga warna tujuh jiwa sumpah setia
Putih merah sifat niskala suaka
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Kera di hutan rimba disusukan -> Orang luar disayangi (Bangsa lain) 🐒🍼

Cucu di teratak kebulur kelaparan -> Anak sendiri Terabai (Bangsa Sendiri) 🥲

Tiga warna tujuh jiwa sumpah setia

- > Tiga warna melayu

1. Hijau 🟢

2. Merah 🔴

3. Kuning 🟡

7 jiwa Sumpah setia 🤝🏽🩸

-> 7 Wasiat raja2 Melayu 👑

Putih merah sifat niskala suka

-> Contoh Merujuk kepada parti (Bendera Parti Merah putih)

-> Niskala = Tak berwujud
-> Suaka = Tempat berlindung Bermakna tak ada tempat Perlindungan/ Berlindung.

JejakaX
Автор

Utk kerabat diraja dan pemimpin Melayu.. anda patut malu disindir oleh generasi penerus Melayu sendiri.

MoShaf
Автор

Mendalam gila lagu ni perli keadaan politik skrg...xrugi aku aliran sastera dulu hahaha

shazjat
Автор

Pada kengkawan yang tak suka vokal jerit-jerit, kat luar sana banyak aje alternatif yang spit lemah lembut. Lagu ni basically tentang luahan perasaan marah dan kecewa dengan keadaan politik dan/atau kepimpinan politik negara. Member tengah express kemarahan dan frustration dia, kena la ada jerit-jerit sikit. hehe. Parti politik bendera putih dengan parti politik bendera biru merah kan dah super akrab. hehe

benignism
Автор

Aku salute cara anak muda meluahkan isi hati mereka dengan altebatif macam ni..pemimpin² malaysia patut berasa malu pada generasi muda akibat kerosakan yg dah dilakukan tangan² mereka dahulu..teruskan berkarya...

ar
Автор

pahamkan maksud lirik ini semua menuju pada politik malaysia " walaupun serumpun tapi masih pilih daun " orang melayu je banyak pecahan parti tpi bangsa lain bersatu.

tengku
Автор

Lagu ni memang sangat best.. lirik mmg kena pada situasi negara skang. Pendatang dijaga disayang, rakyat pula yg tanggung beban. Terbaik penyanyi n komposer lagu ini. Muzik best ada elemen jawa

heidikim
Автор

Lagu dh best...sgt suka... cuma kalau boleh bhgn rap tu tlng jgn cepat sgt ( buat santai) sbb org xfaham..maksud rap tu deep saya suka...tp bila rap terlalu cepat ..dgr dekat radio atau pembesar suara dia mcm ape yg bebel tu( sgt xjelas). kalau bhgn rap tu santai org lain dr usia muda sampai lah ke tua akan faham..dan insyallah ade rezeki blh msuk AJL. Saya sgt suka lagu ni... alhamdulillah sekurang-kurangnya ade yg tahu kehidupan di Malaysia mcm mne skrg

nuryasfa
Автор

Terbaik👍lirik penuh makna..sesuai dgn keadaan sekarang...

SdfDdf-eu
Автор

Memang best lagu ni. Terbaik penyanyi n pencipta lagu ni.

heidikim
Автор

Patut nya Lagu ni Trending setiap kali PRU besar atau Kecil. Bagi ahli Politik Sedar apa yg dibuat atas dunia sudah Ketelanjuran.
Kerana Kertas dan Ringgit Besi Tanah, Rumah, Cucu Bangsa digadaikan . Tanpa Maruah...

muhammadeen
Автор

Hadir selepas tgk persembahan ayie dan salma family duo mlm tadi

azlezahmohd
Автор

Lagu yang jelas mengkritik kepimpinan di Malaysia.
Dari ke sultanan, ke ahli politik sampailah sekecil-kecil sesama bangsa.

Sememangnya Malaysia pada zaman ni Niskala Suaka.

Revenant
Автор

Javanese+hip hop...mantabbbb❤❤❤.. smoga trus sihat&trus

NYGemilang
Автор

Lagu ni kawan aku yang bagi tahu sebenarnya aku tak tahu pun lagu ni aku tahu tapi tak amik tahu lepas kawan aku bagitahu lagu ni teus aku tercari cari lagu ni.thank you

Faz-mfhl
Автор

Deep lirik..abaikan yg x paham sastera..😁😁

ilmuakhirzaman
Автор

Yang cakap tak best jerit2 ni, lirik pun dh menggambarkan kekecewaan & kemarahan of course dia nak tekankan.

"Amuk ku dipendam, kalau tak ku tendang", untung dia jerit dkt dlm lagu je, kang dia melalak kt real life mau kena angkut.

VersaVerseCreations
Автор

Lagu perli geng2 walanon dan walaun 😂😂

mightguy
Автор

Mane ade menjerit saye dengar enak saje

Rizky-vg
Автор

lagu utk org2 yang tak turun mengundi.sekian

izzatimat