K.O.I - 'Niskala Suaka' (Official Music Video)

preview_player
Показать описание
Song Produced By
Composer: Zai Hamzah & Hemo
Lyricist: Mya Nana, Achoi Floor88 & Hemo
Producer: Zai Hamzah & Hemo
Mixed: Zai Hamzah & Hemo
Mastered: Hafeez
A&R: Brandon G Jawi
Keyboards: Hemo
Guitar: Achoi Floor 88
Original Publishing: RUSA PUBLISHING SDN BHD
Copyright: MVM PRODUCTION SDN BHD

LISTEN HERE

Artist Links

[K.O.I - Niskala Suaka]
Kera di hutan rimba disusukan
Cucu di teratak kebulur kelaparan
Tiga warna tujuh jiwa sumpah setia
Putih merah sifat niskala suaka

Masa ruang waktu tempat mana dia berlaku
Putih sama biru merah pekat dah membeku
Tarik warna kuning ikat tengkuk tali anjing
Kucing lawan kucing hanya mahu satu loceng
Warna ungu, putih halus, jalan salah yang terlanjur
Kena ingat susun atur bawa dalam susur galur
Mana dia anak bawah yang menyanjung tunduk muka
Kini apa yang ada hanya tubuh ditimbus tanah
Waktu muda mendabik dada
Meninggi bahu melanggar semua di depan mata
Kejar kuasa sampai sanggup menunggu tahun
Kejar nama sampai sanggupnya anak dihukum
Tempatnya ditukar di ingat seketika
Untuk bawa anak anak buah makan besar
Al maklumlah arwah baik orangnya
Suka tolong sama kita untuk tangkap ikan besar

Kera di hutan rimba disusukan
Cucu di teratak kebulur kelaparan
Tiga warna tujuh jiwa sumpah setia
Putih merah sifat niskala suaka

Mula dari Alif sampai Ya ku kebal
Sentiasa positif, kitab aku tebal
Tiga puluh khatam, tanya pada khadam
Memangku pendendam cuma suka diam
Amokku di pendam kalau tak ku tendang
Mereka main tikam, depan dan belakang
Setinggi mana pun, memang tiada ampun
Walaupun serumpun, masih pilih daun
Ey, meneraju ke alam baru
Terus humble la kalau nak maju
Jangan mendongak buat tak malu
Terasa hebat bertindak melulu
Bila menangis mencari bahu
Update media nobody bantu
Dikecam beramai terus membisu
Zaman dia lain, generasi kita berbeza
Kau masih berlampin, minum susu tin sambil baring, oh selesa
Serumpun bak serai, sesusun bak sirih
Macam ombak di pantai bersama pasir berkasih

Kera di hutan rimba disusukan
Cucu di teratak kebulur kelaparan
Tiga warna tujuh jiwa sumpah setia
Putih merah sifat niskala suaka

Kera di hutan rimba disusukan
Cucu di teratak kebulur kelaparan
Tiga warna tujuh jiwa sumpah setia
Putih merah sifat niskala suaka

🤙Follow FUKiKA Music🤙

Artist Management & Enquiries:
RUSAMVM
A&R: Brandon G Jawi

© 2024 | RUSA PUBLISHING SDN. BHD. | All Right Reserved
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Thankyou Gais yang support K.O.I
nak ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan views sebelum ni 2M, Hope MV Niskala Suaka dapat atasi views yang sebelum ni, teruskan support K.O.i dan Fukika Music🙏🙏

koistudio
Автор

Kera di hutan rimba disusukan -> Orang luar disayangi (Bangsa lain) 🐒🍼

Cucu di teratak kebulur kelaparan -> Anak sendiri Terabai (Bangsa Sendiri) 🥲

Tiga warna tujuh jiwa sumpah setia

- > Tiga warna melayu

1. Hijau 🟢

2. Merah 🔴

3. Kuning 🟡

7 jiwa Sumpah setia 🤝🏽🩸

-> 7 Wasiat raja2 Melayu 👑

Putih merah sifat niskala suka

-> Contoh Merujuk kepada parti (Bendera Parti Merah putih)

-> Niskala = Tak berwujud
-> Suaka = Tempat berlindung Bermakna tak ada tempat Perlindungan/ Berlindung.

Yg memahami ayat" Kiasan, Rima & Sastra pasti faham serba sdikit. Bayar dgn like 🙏🏽

- Ritma Atas Puisi (RAP)

JejakaX
Автор

Lirik ini menggambarkan tema yang mendalam tentang pengkhianatan, kuasa, dan kesetiaan. Dalam rangkap pertama, terdapat perbandingan antara kera yang diberikan perhatian berbanding cucu yang kelaparan di rumah sendiri, sebuah simbol tentang ketidakseimbangan perhatian atau pengkhianatan kepada yang sepatutnya dijaga. Tiga warna (mungkin merujuk kepada bendera atau identiti) dan tujuh jiwa menggambarkan satu sumpah atau kesetiaan yang kuat, dengan "putih" dan "merah" melambangkan kesucian dan pengorbanan.

Di bahagian tengah, lirik menyentuh tentang ketidakadilan, di mana kuasa menjadi fokus utama hingga menjejaskan keluarga sendiri. Ada unsur kritikan terhadap mereka yang mengejar nama dan kuasa, bahkan sanggup mengorbankan anak atau orang lain demi mencapai tujuan. Warna-warna yang disebut seperti kuning, ungu, dan putih boleh membawa makna simbolik terhadap keadaan yang lebih luas, seperti kepentingan peribadi dan politik.

Lirik seterusnya mengandungi elemen kekuatan diri, kecekalan, dan kedegilan yang dibalut dengan peringatan untuk tetap rendah hati. Ia juga membandingkan generasi terdahulu dengan yang kini, menunjukkan perubahan nilai dan cara hidup.

Secara keseluruhan, lirik ini penuh dengan metafora yang mencerminkan masyarakat dan kekuasaan, dengan nasihat tersirat tentang pentingnya rendah diri, keadilan, dan kesetiaan yang sebenar.

mohdiqmalhafizbinshafie
Автор

Chorus :
Kera di hutan rimba disusukan
Cucu di teratak kebulur kelaparan
Tiga warna tujuh jiwa sumpah setia
Putih merah sifat niskala suaka

Verse 1:
Masa ruang waktu tempat mana dia berlaku
Putih sama biru merah pekat dah membeku
Tarik warna kuning ikat tengkuk tali anjing
Kucing lawan kucing hanya mahu satu loceng
Warna ungu, putih halus, jalan salah yang terlanjur
Kena ingat susun atur bawa dalam susur galur
Mana dia anak bawah yang menyanjung tunduk muka
Kini apa yang ada hanya tubuh ditimbus tanah
Waktu muda mendabik dada
Meninggi bahu melanggar semua di depan mata
Kejar kuasa sampai sanggup menunggu tahun
Kejar nama sampai sanggupnya anak dihukum
Tempatnya ditukar di ingat seketika
Untuk bawa anak anak buah makan besar
Al maklumlah arwah baik orangnya
Suka tolong sama kita untuk tangkap ikan besar

Chorus

Verse 2 :
Mula dari Alif sampai Ya ku kebal
Sentiasa positif, kitab aku tebal
Tiga puluh khatam, tanya pada khadam
Memangku pendendam cuma suka diam
Amokku di pendam kalau tak ku tendang
Mereka main tikam, depan dan belakang
Setinggi mana pun, memang tiada ampun
Walaupun serumpun, masih pilih daun
Ey, meneraju ke alam baru
Terus humble la kalau nak maju
Jangan mendongak buat tak malu
Terasa hebat bertindak melulu
Bila menangis mencari bahu
Update media nobody bantu
Dikecam beramai terus membisu
Zaman dia lain, generasi kita berbeza
Kau masih berlampin, minum susu tin sambil baring, oh selesa
Serumpun bak serai, sesusun bak sirih
Macam ombak di pantai bersama pasir berkasih

gieyyfishingtv
Автор

"walaupun serumpun masih pilih daun" ayuh kasi trending lagu ni layak dapat top 3 AJL.

al-imranzulkifli
Автор

Lirik ni sesuai untuk keberadaan melayu sekarang . Mantap sangat mendalam

nazrennin
Автор

Saya tak tahu tapi apa yang saya faham.Pasal semua gerak geri diperhatikan.Dek kerana niskala tidak wujud, suaka bermaksud perlindungan.Apa yang saya faham, ada sesetengah manusia yang dibantu oleh identiti yang tidak tahu siapa (unknown).Sampaikan yang dilindungi itu dapat apa sahaja, pangkat dan derajat.Dan orang bawahnya terpaksa akur, ikut apa sahaja perkataan yang dikeluarkan oleh "orang yang dilindungi". sampailah orang yang dilindungi ada waris dan warisnya akan diajar oleh anak buah "orang yang dilindungi" untuk memerintah sekali lagi.Benda ni akan berterusan sampailah generasi akan datang.Ikut kepada kenapa penyanyi tutup mulut/muka mungkin membawa simbolik bahawa tiada siapa boleh melawan mereka dan ada sahaja orang sekeliling tahu tapi memilih untuk diam kerana niskala suaka (adanya perlindungan yang tidak diketahui identitinya siapa).Mata yang dilukis mungkin membawa maksud, mata mata yang ada disekeliling sekiranya ada yang bijak pandai atau seseorang yang cuba untuk lari dari "sistem" sedia ada.

Tapi ikut kepada kamus dewan: Niskala itu abstrak maknanya benda, benda yang tak wujud....Suaka: Tempat perlindungan.Boleh jadi membawa maskud kita tiada tempat perlindungan terhadap "sistem" yang diwujudkan jadi kita hanya mampu "memakai topeng"

Ada yang kata lagu ni pasal all eyes on rafah, boleh jadi jugak.Sebab ada kata yang "anak sendiri sangggup Demi harta dan takhta.Tak salah bukan pernah jadi ke tempat kita dimana takleh nk demo lebih lebih (maaf kalau salah).Yang pasal kera di hutan rimba disusukan cucu di teratak kebulur kelaparan. Disini mungkin penulis nak cakap, saudara kita disana macam macam dah berlaku tapi kita masih pura pura tak tahu dan pandang sebelah mata "👁️" satu sahaja.Ada satu lirik cakap "Putih sama biru merah pekat dah membeku"... Mungkin penulis nak cakap, yang "putih biru" tu dah cucuk dari depan dan belakang dekat negara "🍉" .Lamanya dia melalukan aksi itu sampai sekarang sebab itu dia pakai darah membeku .Kalau isu ni baru mungkin lirik ni akan jadi "putih saman biru merah terus mengalir". Penulis dah khatam dah pasal hal ini bukan sahaja dari sumber media sosial tapi dalam kitab/hadith/al quran dan sebagainya kalau tak percaya tanya kepada khadam (hamba).Mungkin ini rujuk kepada kita Hamba Allah.Kita dah khatam benda ni 30 juzuk.Sejak dahulu lagi kita sendiri tahu kenapa hal ini berlaku semenjak zaman Nabi Musa.Ini agak susah tak tahu khatam disini rujuk kepada pemerintah atau penulis lagu.Sebab dia pakai khadam, boleh jadi orang "pembantu pemerintah" yang tahu pemerintah dah tahu tentang semua ini tapi masih anggap sebelah mata.Orang lain puji lah pemerintah sebab negara makin maju dan sebagainya, menjadi rendah diri bila nk kejar kuasa .Tapi aslinya sebagai yang diperintah kita sendiri nampak.

Tapi ini tafsiran saya, mohon ada tafsiran lain di komen boleh sama sama buat perbincangan.

AZIZTHOYYIB
Автор

mintak tlong korang stay buat lagu2 mcam ni la bangkit ka la balik ahli fiqir yg dh hilang rap2 berpuisi sastera mcam ni sumpah best

RusydiAdi
Автор

Aku suka lagu macamni wujud.Anak Melayu boleh tahu banyak peribahasa, Bahasa Melayu Klasik, Bahasa Melayu Tinggi dan menggiatkan lagi belia untuk mengkaji dan membedah secara lebih dalam lagi berkenaan Bahasa Kebangsaan.Salam dari anak Bumiputera Sarawak, Bumi Kenyalang, Malaysia Timur buat segenap rakyat jelata Negata Persekutuan Malaysia Raya sekaliannya!
🇲🇾🐯
💛🖤❤️💛

NewAcc-gj
Автор

Adamaksudnya Lagu ni. Yang mana Paham . Akan Paham . Apa² pun terbaikk Lagu nii

DatoJs
Автор

Vibe lagu ni mengingatkan awal kemunculan lagu GONG NEKARA..

Setiap lagu ada maksud tersurat tersirat yg tersendiri.. Terbaik NISKALA SUAKA..

p/s : 'Hidup' Terbalik..

shahlong
Автор

First dengar lagu ni sambil baca lirik..otak cuma terbayang satu je.... Politik hari ini.. kera dihutan disusukan (orang luar dijaga, ditatang bagai minyak yg penuh) cucu di teratak kebulur kelaparan (rakyat sendiri berhempas pulas mencari rezeki, menagih bantuan dan pekerjaan) . Sedih bila dikenangkan...

itsjimilee
Автор

Dear cucu2 atuk, ingat la cu, atuk pernah layan lagu2 mcm ni tahun 2024🙌🙌💥🌟🌟

KLC-kqtd
Автор

Tgk lambang mata kita tau dah siapa mereka, rantai dan keris perlambangan yg jelas..K.O.I teruskan berkarya sedarkan dari lena dan bongkarkan kebatilan dgn karyamu✊🏻

saifulzack-phlx
Автор

Hnya org yg belajar sastera mesti fhm maksud drpd lirik lagu ni... Terbaikkkk, !!!

FateneyImanie
Автор

Cucu diteratak kebulur kelaparan:itu adalah kita bangsa melayu yang semakin hari semakin hilang hak dia atas tanah kita sndiri

fakhrulsuhaimi
Автор

Asalnye tuan kepada pendatang yang mengemis..meminta lebih.. akhirnye tuan menjadi budak sehingga gugurnye keris hingga tak dapat berbuat apa2.. itu yg aku nmpk la..

FizeeIsmail
Автор

Rangkap 1 - "realiti" birokrasi negara
Rangkap 2 - "realiti" dunia sudah maju tapi masih yang kolot
Niskala Suaka for me is Perkataan "Malaysia" 🇲🇾✌🏻

minddletonmanjah
Автор

Lagu buat anak2 watan bangkit bersatu utk banteras halau dan usir kesemua pendatang2 haram dgn pelarian2 haram yg dh makin menyemak membiak beranak pinak buat negara ni mcm tanah bapak diaorng.. Bangkit bersatu darah utk pertahankan kedaulatan tanah air ibunda kita.. Takbir

viofizt
Автор

Lagu tentang duniawi.. Penulis lirik punya tafsiran supaya kita berfikir secara halus, , tentang susur galur dan juga kasta tersembunyi dari penglihatan masyarakat.. Jerung sentiasa memonopoli, , bilis hidup dalam koloni besar tapi terbatas untuk memonopoli..

mrred