Doa Solat Dhuha | Doa Dhuha Yang betul

preview_player
Показать описание
#nurimanchannel #doasolatduha #doaduha

Apakah maksud Dhuha?
Secara bahasa, al-Dhuha (الضحى‎) boleh diterjemahkan kepada “Waktu Pagi” atau “Sinar Pagi”
Oleh itu solat Sunat Dhuha adalah solat yang dilakukan pada waktu pagi, di antara waktu Solat Subuh dan Solat Zohor.
Solat dhuha merupakan salah satu dari solat nafilah (sunat) yang dituntut.
Solat Sunat Dhuha dilakukan untuk menghapuskan dosa dan agar murah rezeki.
Terdapat banyak nas yang menyebutkan akan kelebihan dan kepentingan solat ini.
Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata:
“Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda:
“Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”
(HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”
(HR Al-Hakim dan At-Tabrani)

#dhuhadua
#doaduha
#doawaktudhuha
#doapagi
#doa
#doamurahrezeki
#doamudahkanurusan
#himpunandoa
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

TERIMAKASIH KERANA TERUS MENYOKONG nuriman channel
Sila tulis sebarang cadangan, permintaan atau komen di ruang komen supaya kami dapat membuat penambahbaikan channel ini untuk kebaikan bersama
LIKE, COMMENTS, SHARE AND SUBSCRIBE

nurimanchannel
Автор

Bagus semuanya tanpa latar muzik..alhamdulillah..sy suka..😊😊teruskan ..

myz
Автор

melaksanakan sholat Sunnah....DG tuntunan do'a yg semoga bisa istiqomah....aamiin

tatangkuswara
Автор

ya allah dgn aku mndgr srah ini akan mmberi kpda aku kbhgiaan dan aku akan dpt rezeki yg brtambah slalu, allah s, w, t, amin.

nuridayu
Автор

Tkasih atas doa ini. Saya amat senang dgn suara anda yang merdu dan mudah difahami dan diikuti
Izinkan saya share. Semoga Allah sentiasa memberkati usaha anda ini

zainuncomel