Doa Solat Dhuha (Lyric) - Unic

preview_player
Показать описание
Terima kasih kerana menonton. Tak sangka video yang saya buat sekadar suka-suka 9 tahun lepas kini telah ditonton sebanyak 21 juta views. Saya juga dapat tahu dari beberapa sahabat ianya digunakan pada permulaan kelas-kelas dan seminar. Alhamdulillah tak sangka.

Sekadar update dalam hidup saya. Sepanjang 9 tahun ini telah pelbagai perkara saya buat dalam hidup, berkahwin, dapat dua cahaya mata yang comel dan saya juga telah berjaya memulakan perniagaan saya sendiri. Alhamdulillah. Mungkin berkat dari doa anda semua.

Selamat menonton saya ucapkan. Semoga video ini dapat membantu anda menghafal doa ini dengan lebih mudah. Harap anda dapat support dan follow perniagaan saya di Instagram:

TERIMA KASIH!

MAKLUMAT DOA:

Doa setiap kali solat Dhuha. Solat Dhuha sunat dilakukan di antara pukul
8 hingga 11 pagi. InsyaAllah memudahkan kita memperoleh rezeki dari
Allah SWT.

Bilangan rakaat adalah 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam).
Minimum 2 rakaat.

Niatnya: "Sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala".

Rakaat pertama baca Surah Ash-Shams manakala rakaat kedua bawah
Surah Adh Dhuha.

Selepas memberikan salam, baca doa didalam video ini. Selamat beramal.
Semoga anda dianugerahkan rezeki halal yang melimpah ruah dari Allah SWT.
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

dengar banyak kali pon masih bergenang airmata bila dengar maksud doa ni..betapa kecilnya kita ni dan betapa kuatnye kebergantungan kita pada Dia sebenarnya..

thouhath
Автор

Pada Sesiapa Yg masih mendengar Doa Dhuha 2024 Semoga Allah Angkat Doa Dhuha Dan Diberi Keredhaan Kasih Sayang NYA aminnn³

KaknadPiaw-pwoc
Автор

Isteri saya disahkan pregnant luar rahim, dan terpaksa mengambil keputusan utk buang anak pertama kami😢, doakan kesihatan utk isteri saya sampai bila2 dan kami mendapat rezeki anak lagi ya. Terima kasih sahabat semua.

SuperMrKacak
Автор

Sesiapa hamba Allah yang terbaca komen sy, doakan sy dan suami diberikan kesihatan yang baik dan dikurniakan zuriat dan keturunan yang soleh dan solehah. Hampir 3 tahun menanti usia pon dah tak muda lagi kami pon kawen lambat..Inshaa Allah sy yakin janji Allah. Terima kasih sahabat semua ❤

shilalecious
Автор

Doakan saya kuat untuk berubah jadi wanita yang solehah dan istiqamah...dan dekatkan saya dengan orang2 yang dapat membantu saya mendekatkan dirii dengan Allah. ❤ .

noorshafiqahbintiharun
Автор

Doakan sye cpt2 dapat kerja yg bagus dan diperluaskan rezeki untuk tlg ibubapa sye dan bayar semua hutang2❤❤❤❤

fazhanafiah
Автор

Siapa masih mendengar Doa Dhuna Pada Tahun 2020(like)..
☺️😔.Maka dia rindu kpd Allah..

Siapa yg Melakukan solat Dhuna (deslike).. maka dia cinta kpd Allah

mustafarmovie
Автор

Sy peniaga..dr pagi sampai ptg sale sgt kurang ayam 3 ekor pun x abis2. Sy dn ank berselawat dan memasang doa dhua. Atas izin Allah rezeki dtg x putus2. Terasa sebak dan mengalir airmata, betapa Allah Maha mendengar rintihan hambaNya yg kerdil dan lemah.

saza
Автор

Kepada sesiapa sahaja yang baca komen sy, mohon doakan sy semoga Allah kurniakan kemudahan dalam setiap urusan saya & berpeluang kerja sebagai seorang guru, dan saya juga mendoakan anda semua semoga urusan kalian juga dipermudahkan & dikurniakan dengan rezeki kebahagiaan di dunia dan akhirat.. Amin ya Rabbal Alamin

syasya
Автор

YaAllah semoga aku dikurniakan zuriat didalam rahimku. Sesungguhnya engkau maha penerima segala doa kami. Amin ya rabbalaminn 🤲🏻

syazabahri
Автор

kepada sesiapa yang baca komen saya ni .doa kan saya smoga di murahkan rezeki dr segi kesihatan dan kekayaan begitu juga dengan orang yang mengaminkan doa saya .terima kasih shbat

umaimahmuttalib
Автор

dhuha nie sangat magic, aku tk diberi kemewahan harta hanya la cukup2 mkn setiap bulan, kdg seminggu lom gaji lg tp duit dh tk berapa ada kalo ikot logic tk bole hidop, tp selalu cukup je.alhamdulilah...walaupon aku tidak dikurniakan cahaya mata suda 6tahun menunggu tp Allah kurniakan aku hati yang tabah, fikiran yg positive.alhamdulilah itu la keajaiban dhuha bagi ku...

ladypojie
Автор

Saya seorang pendosaselama ini yg ingin bertaubat, dan selama hidup sya blm pernah sholat duha, minta doanya saudaraku semuslim muda2han sya dan teman2 yg ingin berhijrah dipermudahkan

AnastasyaSahwasaputri
Автор

Mohon doakan untuk kakak saya agar mendapat cahaya mata.. beliau pernah mengandung tapi takdir allah dia gugur baby pertama😢 i miss you so much baby (ank sedara) :, ) sampai sekarang kakak x dpt mengandung lagi 7 tahun kahwin..Moga dapat zuriat kakakku sayang. InsyaAllah

bungabawang
Автор

Allah kau bukakanlah hati hambamu ini untuk berubah ke jalan yang lebih baik agar kelak memperoleh syurgamu. Amin🤲❤

Lisaa_
Автор

Sy ada masalah kewangan yang sangat serius, ujian rumah tangga yang maha hebat, kesihatan anak yang kejap ok, kejap tak ok.. mental sy yang hancur berkecai.. mohon doakan sy..terima kasih

noorasnaabdullah
Автор

Ya Allah kau permudahkan lah segara urusan batch 06 untuk menduduki SPM, lancarkan lah lisan kami untuk menduduki ujian bertutur Ya Allah

annjwaa
Автор

Salam saya doakan kalian yg menonton dn tgk comments ini supaya dimudah urusan, dirahmati, di beri kejayaan dunia akhirat.

astineo
Автор

Ya Allah murahkan lh rezeki muhamad rusdey bin bakar di bulan Ramadhan tahun ini sperti air zam2 yg mngalir..aamin

rusdey
Автор

Allahumma Innadh Dhuha-A Dhuha-Uka
Wal Bahaa-A Bahaa-Uka
Wal Jamaala Jamaaluka
Wal Quwwata Quwatuka
Wal Qudrata Qudratuka
Wal Ishmata Ishmatuka

Allahuma Inkaana Rizqi Fis Samma-I Fa Anzilhu
Wan Inkaana Fil Ardhi Fa-Akhrijhu
Wa Inkaana Mu’asiran Fayassirhu
Wa Inkaana Haraaman Fathahhirhu
Wa Inkaana Ba’idan Fa Qaribhu

Bihaqqiduhaa-Ika Wa Bahaaika
Wa Jamaalika Wa Quwwatika Wa Qudratika
Aatini Maa Ataita Min’Ibadikash Shalihin

Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMU
Kecantikannya KecantikanMU
Keindahannya KeindahanMU
Kekuatannya KekuatanMU
Kekuasaannya KekuasaanMU
Perlindungannya PerlindunganMU

Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah

Berkat waktu Dhuha
KecantikanMU, keindahanMU
KekuatanMU, kekuasaanMU

Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hambaMU yang soleh

nuraqilah