Adakah AI Bahaya kepada Manusia?

preview_player
Показать описание
Nak tolak AI, teknologi memudahkan urusan manusia. Nak terima AI, takut kerja kena ambil robot.

#nshfnoh #teknologi
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

AI dia banyak pecahan. Salah satunya dipanggil machine learning. sebahagian machine learning konsepnya ambil dari macam mana otak kita berfungsi. Itu dipanggil neural network. Dia ada kebolehan untuk belajar dan "menghafal" pattern. AI tu akan jadi bagus modelnya bila ada banyak data. kalau ambil contoh betul, untuk latih AI kenal sesuatu benda minimum 10K gambar kena ada (Kalau nak optimum). Ianya seperti kita mengajar budak kecil kenal buah-buahan, kita akan tunjuk buah tu pada budak dan sebut nama buah tu. Cuma machine learning ni lembab sebab perlukan data yang banyak.

Company besar dah banyak invest masuk bidang AI ni untuk memudahkan kerja. Contoh Google, Nvidia dan lain2. Macam2 product yang diorang hasilkan dengan AI ni . Ada yang permudahkan kerja rumit, ada yang boleh membuat kebarangkalian, dan macam2 (Boleh cari sendiri).

Kalau risau tentang AI ni ada 'self-awareness', dia boleh berlaku dengan syarat ada manusia yang sanggup gila2 tahap nak buat kerja tuhan untuk menghasilkan perkara yg sangat subjektif dan luas seperti emosi manusia. Saya percaya process tu sangat rumit dan mengambil masa yang sangat lama. Apabila ia dapat dihasilkan, ia tidak dapat tandingi emosi dan pemikiran manusia sebenar yang telah dicipta Allah S.W.T.

Pada pendapat peribadi saya sebagai Alumni AI di UiTM dan berkerja dalam bidang ini (kebanyakkannya image processing & machine learning), sebelum AI ni disalahgunakan, memang patut ada regulation, standard dan guideline supaya hak-hak orang tidak dilanggar. (Sebab tu didikan agama dan ethic ni penting, bukan macam kata seorang YB tu). Bila saya masuk dalam bidang ni, saya sudah meletakkan beberapa garis panduan saya sendiri, sebahagiannya ialah:
1. Membangunkan AI yang hanya untuk memudahkan sesuatu urusan
2. Tidak dibangunkan untuk menentukan hak atau nasib sesorang.
3. Tidak dijadikan sumber kepercayaan 100%.

Akhir kata, AI boleh menjadi alat untuk membuat kebaikan dan keburukan. Ianya terletak pada tangan manusia sendiri untuk menentukannya. Sekiranya kita ini hamba Allah yang banyak kelemahan, apatah lagi AI yang dibuat oleh manusia lemah ini. Terima Kasih.

Dan kerja yang akak speaker buat tu, dalam AI kita panggil Labelling process. Benda itulah yang akan digunakan untuk train model AI untuk mengenal pasti label.

hismanariff
Автор

Kemunculan AI ni sebenarnya salah satu evolusi teknologi. Samalah macam penciptaan mesin di kilang-kilang. Dahulu penciptaan mesin ini diperdebatkan kerana akan menggantikan kerja manusia. Akan tetapi, walaupun mesin itu menggantikan kerja yg dilakukan oleh manusia, terdapat peluang kerja lain yg boleh dilakukan oleh manusia seperti jurutera mesin itu, juruteknik, jurubaiki dan sebagainya.

Untuk AI ini berfungsi dengan baik, para pembangun (developers) atau jurutera perisian (software engineer) ini perlu melaksanakan pengaturcaraannya terlebih dahulu, apa yg sebenarnya sesuatu AI itu nak berfungsi. Kemudian, satu set data yg besar (boleh mencapai 1 TB) perlu digunakan oleh pembangun atau jurutera perisian ini untuk melatih (train) AI tersebut supaya satu ramalan atau kerja yg perlu dilakukan oleh AI itu akan menghampiri objektif utama fungsi AI itu.

Pengaturcaraan AI ni dasarnya adalah matematik dan logik. Banyak konsep algebra dan statistik digunakan untuk membentuk satu keputusan seperti AI yg meramalkan atau mengesan sesuatu perkara. Jadi, kehadiran AI yg seakan menggantikan banyak pekerjaan manusia ini juga, akan membentuk satu pekerjaan manusia yg baru seperti jurutera perisian AI, jurutera perisian keselamatan, operator, maintainer etc.

Pada akhirnya, AI ini adalah satu alat sahaja yg pada asalnya untuk membantu manusia menyelesaikan beberapa kerja. Justeru, sebarang penghasilan AI yg memberi kesan yg buruk adalah perlu disandarkan semula kepada para pembangun dan jurutera perisian yg terlibat, atau pelaksana utama yg menguruskan projek AI tersebut. Sama sahaja seperti media sosial, ia hanya sekadar platform, yg menyebabkan sesuana media sosial itu toksik dan teruk adalah kita sebagai pengguna yg tidak menghargainya.

MuhammadUzair-vwhw
Автор

aku sokong apa Elon Musk kata, yg AI ni bahaya, sbb, buat la sehebat mana pun technology tu, mesti akan sampai masa org lain boleh hack technology tu, dan org lain lagi akan counter hack tecnology yg sama, dan berulang-ulang sampai bila2...

azharishah
Автор

Dari satu sudut lain tentang perbahasan manusia akan hilang kerja kpd AI ni pada pandangan peribadi aku sendiri tidaklah akan menjadi krisis sbb manusia ni mampu adapt dgn keadaan sejak ribuan tahun. Dulu pun manusia hilang kerja tradisional bila revolusi industri berlaku. Tapi ternyata sampai hari ini kita mampu survive. <7 billion population, 94% masih mempunyai kerja walaupun revolusi sudah masuk 4.0 pun.

rasaminem
Автор

Kalau Robot AI diperkenalkan, manusia akan diketepikan & kehilangan pekerjaan. Inilah tanda2 Akhir Zaman yang kita takkan tahu. Kita berdoalah bamyak2 pada Allah. Mudah2an kita harap benda sebegini takkan berlaku lagi. Nak guna teknologi, gunalah elok2. Tapi, jangan sampai benda maksiat akan berlaku satu hari nanti.

hadifjamalluddin
Автор

Artificial Intelligence ni satu cabang dalam course Sains Computer kena pandai programming language mcm Python
Java C++, R, Prolog dan Lisp.

danish
Автор

Bgus2....sy pn tgh buat phd dlm bidang AI....tpi buat lgi advance gabung dgn simulation utk hasilkan hybrid model....doakan sy berjaya hbiskan kajian sy ini dengan utk bidang chemical engineering in shaa Allah

zackking
Автор

Ai tak bahaya cuma menjalankan tugas dalam assit manusia dalam penyelesaian especially sektor perakaunan/kewangan/perbankan, It/Gaming, Sosial media & kententeraan/perisikan & kepolisan selaras dgn IR 4.0 meskipun peredaran zaman & teknolog tetap berubah

Khairulzaman
Автор

Kebolehan manusia akan datang untuk berfikir secara analisis & kreatif akan berkurang di masa depan bila banyak keputusan hidup ditentukan oleh AI.Ada pro & con tapi banyak con sebenarnya.Atas kita nak tentukan banyak mana percentage untuk praktikkan AI nie dalam hidup seharian.

oneashralph
Автор

Aku expect perbincangan menjurus kepada teknologi ketenteraan yang dah dikuasai AI terutama kawalan nuclear dan sistem satelit, tiada sistem sekuriti yang selamat kerana dibawah kawalan AI, tiada storage digital yang selamat kerana AI boleh access bila-bila dia nak, sistem economy yang dah diluar kawalan manusia kerana exchange dah dikuasai AI.

fayezalle
Автор

Ai Menjimatkan kos untuk mencari pekerja .Tak perlu mengimport atau bersusah payah mencari pekerja

amiruddinshahrulanuar
Автор

Gemuk lah manusia nanti kalau Semua kerja bagi Kat AI

muhdatif
Автор

kalau nk sembang bab IT ni, kau kena ckp dgn org muda2 yg berpendidikan dan dgn org yg faham bab teknologi je walaupun pengetahuan dia asas je, kalau kau ckp bab IT, AI dgn boomer2 drpd facebook, siaplah korang kena cop freemasam, illustrasi, new world order teh o ais..

bonbon
Автор

Kita kena pastikan app yg nak install kedlm cpu nya tak sampai ke cara emosi manusia proses nak lakukan.. kena mulakan dr 0 ke titik ke titik..

izamahmad
Автор

Robot Ai mmg bahaya ..pasal robot ai ni takpernah p mengaji..Tokong dgn gereja pun takpernah masuk..

lapetcok
Автор

*Assalamualaikum Semua..Mari Berselawat Bersama..😊*
*(ALLAHHUMMA SOLLI ALA SAIYIDINA MUHAMMAD, WAALA ALIHI SAIYIDINA MUHAMMAD)🤲*
*Maksudnya(YA ALLAH, LIMPAHKANLAH SELAWAT KEPADA SAIYIDINA MUHAMMAD & SELURUH KELUARGA SAIYIDINA MUHAMMAD)🤲*

muhdsalihin
Автор

Teringat lak kat Black Mirror TV series

zahrinmukhriz
Автор

Soft AI utk kemudahan n mempercepatkan kerja thats ok, AI yg digunakan secara robotik tu yg elon musk tentang, so tajuk ni misleading ttg ape yg elon musk tekankan...

azamhazami
Автор

Ai student here!

For me, Ai hanya perlu ada regulation untuk mengelak salah guna technology dan untuk pupuk great ethical among ai developers.

After social media, Ai is next great technology revolution. Kita semua boleh lihat apa jadi bila social medis tak ada regulation macam facebook menyalahgunakan teknologi demi keuntungan semata mata.

sidizainul
Автор

benda ni memang dah berbahaya banyak benda macam akak cakap kat atas tu yg pasal robot tu boleh nadi tentera kalau terlanggar orang keta salah tk adil ooo dan benda ni boleh menyebab kan ramai akan hilang kerja kalau nak guna ni maybe sikit2 jela kot tk perlu 100% guna semua yela banyak je keburukan contoh nye kalau benda tu rosak arhh pishang sebenarnya banak je lagi keburukqn tentang benda ni.

aqiffavo