POLIS EVO 2 - Official Trailer [HD] | Di Pawagam 22 November

preview_player
Показать описание
POLIS EVO 2 - Official Trailer

Sinopsis :

Inspektor Sani dan Khai kini terlibat dalam sebuah misi pengintipan di sebuah pulau terpencil di pantai timur. Suasana bertukar keruh apabila sekumpulan pengganas yang diketuai oleh Hafsyam Jauhari menyerang dan menawan pulau tersebut. Sani ditahan oleh kumpulan pengganas itu bersama dengan 200 orang kampung yang dijadikan tebusan, manakala Khai pula terperangkap di kawasan kampung. Sani cuba melawan ketua kumpulan pengganas itu dari dalam tempat tahanan selepas menyaksikan sendiri keganasan kumpulan tersebut. Khai pula berjaya menemui seorang polis perisik dari Indonesia dan 4 orang anggota pasukan khas yang dihantar oleh kerajaan Malaysia. Mereka bersama-sama menyahut cabaran yang paling getir dalam kerjaya mereka sebagai polis untuk menumpaskan Hafsyam Jauhari bersama kumpulannya dan menyelamatkan lebih 200 tebusan di pulau itu.

JAGA-JAGA BOH! 🚓💨 #PolisEvo2 AKAN MEMBUKA KERTAS SIASATAN DI BALAI PAWAGAM 22 NOVEMBER INI!!! #PolisEvo2 #PE2 #JanganKejutHarimau #SkuadPolisEvo #JagaJagaBoh

Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

SATISFACTION is when you witnessed your country film industry had improved so much this year and made a movie trailer so lit 🔥

mnazmeen
Автор

Belum pun tengok, tapi gua dah tekan button like . Belum pun tengok full movie, tapi dah tahu ni mesti meletop punya filem . Mantap mantap

zudinzali
Автор

Insya Allah... 1 lg filem pecah panggung Malaysia akn muncul..

safwanalanshah
Автор

Inilah yg rakyat MALAYSIA mahukan...truskn usaha utk hasilkn karya2 seperti ini

setsuna
Автор

Tiba-2 rasa nak nangis sebab tahun ni banyak gila filem malaysia yang baek baek!!!!

kiteexplore
Автор

finally Zizan serious xde lawak merepek
ohh yesss! gerenti tgk ni 🔥🔥🔥

edwardcee.adamadam
Автор

Terbaikla..dulu kita ada gerak khas...lepas2 tu baru polis evo, bravo 5, j revolusi & kl special force...skarang paskal & polis evo 2...filem2 aksi kepolisan/askar malaysia terbaik...

dinnazman
Автор

Tahniah..filem action Malaysia semakin mencapai standard yg diharapkan. Dari segi quality video, tracking shot, shot angle, jalan cerita mmg dah setanding filem barat. Terbaik

mr.jaywhite
Автор

Terbaik skarang filem2 malaysia dah besaing untuk hasilkan bnde2 yg berkualiti.

zamrirosle
Автор

ada ala-ala munafik2...tp yg ni banyak aksii..jaga2 bohhh

hangnadim
Автор

Meremang tgok trailer. Mmg gempak Tahniah Malaysia ku. Filem semakin gempakkkk dan berkualiti. Unbelievable 🕺🏻🕺🏻🕺🏻

papajoe
Автор

Polis Evo 2 adalah yg paling terbaik drpd Polis Evo 1 & 3

adlirahman
Автор

Saya memang tunggu utk filem ni kerana I tahu polis evo always the best

darwindarwindran
Автор

Terbaik sinopsis dia 👍 tak sabar nak tengok

Makin maju filem Malaysia ini yg kita mahu lihat terbaik astro shaw 🔥🔥

ekin
Автор

Aku dah agak dah...kali ni pasal ajaran sesat, lebih kurang mcm tuu aarr..pandai diorang buat 👏👍

izzart
Автор

Woowwww.. Bangga dengan kualiti filem Malaysia sekarang 👍

amirulrashie
Автор

So mmg tahun 2018 tahun filem malaysia yg best2 release. :)

mohamadamirulabdlah
Автор

wow! ini satu lagi filem malaysia yang bakal beri kutipan tinggi..insyaallah sukses buat polis evo 2! can't wait

meermiller
Автор

Saya dari masa depan, saya nak ckp yg filem ni dh pecah panggung!!! 😂

yutubeuser
Автор

Okey aku dah faham cerita ni mungkin pasal pengganas syiah yang menculik setiap tebusan yang membawa di satu pulau sebagai korban dan satu lagi sorang lelaki yang pakai spek mata dan serban itu menggangap diri dia Tuhan
Tapi aku tak boleh nak bayangkan macam mana Zizan dan shaheizy sam boleh berada di pulau tu adakah mereka diculik ketika dilanggar oleh sebuah lori besar warna kuning ataupun mereka dihantar untuk menyiasat pengganas ini
Walaupun sudah keluar official trailer,
Trailernya tak berapa gempak sangat tapi trailernya sangat dark memang menarik bagi aku
Aku bagi 10/10 star 🌟
Great job👍👍👍🌟🌟

mrklld