Malique, Kmy Kmo, Aman RA & Ernie Zakri - AYUH | Official Music Video | OST Polis Evo 3

preview_player
Показать описание
#Ayuh #PolisEvo3 #WeAreRocketfuel #RFE #RocketfuelRecords

Stream "AYUH" on digital streaming platforms:

Download RBT 'Ayuh' now!
Maxis Caller Ringtones: Dial *131*740012# and press CALL/SEND
Celcom Call Me Tones: Dial *323*814675# and press CALL/SEND
DiGi Caller Tunes: Dial *233*1535453# and press CALL/SEND

Audio Production
Music arrangement by Sharbil Samsul
Additional Arrangement by Haidi Hykal & Tripdisz
Composed by Malique & Tripdisz
Lyrics by Kmy Kmo, Aman RA & Malique
Keyboards by Haidi Hykal
Recorded by Siqma and Tripdisz at Qarma Studios
Additional backup vocals by Lady Dee
Co-produced by Tripdisz
Produced by Malique for Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd
Mixed by Illegal
Mastered by CL Toh
(Publishing MLQ Entertainment / Rocketfuel Entertainment / Luncai Emas / Keramat Publishing / Tripdisz Productions)

Rocketfuel Entertainment
Head of Rocketfuel Records: Famy G
Head of MCN: Sharel Musa
Marketing & Promotions Team: Amin Aizuddin, Aqilah Maria, Shaakendra, Nisa Azmee, Emeira Farhani
MCN Team: Fatin Aljafree, Amir Yasin, Syaz Johar, Faqar Azmi, Shaikh Haffiz, Samel, Faez Danial

Music Video Production
Production: Mshafx Production
Producer: Afeeq
Director: Mshaffuan
Assistant Director: Azahari Ali
Director of Photography: Azzamul Ashraff
1st Asst. Cam: Yenyot
2nd Asst. Cam: Meor
3rd Asst. Cam: Nazmi Shaf, Iman Munir
Gaffer & Grip: Hasri (HHH Empire Grip), Adam, Aidid
Art Director: Hannah Shafiqah
Art Crew: Hazirah Rahman, Jan Chan, Zaid Zahar
Art Department: NotJustDessert
Art Assistant: Talidua, Fazz, Liyana
Wardrobe & Stylist: Zulherizal Studio
Makeup & Hair: Zulherizal Studio
Production Manager: Afeeq
Asst. Production Manager: Anis Suraya, Adella, Danish, Ain Nabila
Talent Manager: Alif Joe, Siti Aisyhah
BTS Video: Taqihunterz
BTS Photo: Hakimnhr

Post Production
Editor: Mshaffuan
Colorist: Danny Gan

Lyrics:
Verse 1 (Kmy Kmo)
Bagi masa tujuh ribu malam aku meditasi
Makan jiwa rasa ketujuh-tujuh Langit juga Bumi
Ramai borak-borak lampu, rohaninya trauma misi
Ramai kejar bayang ampu sedangkan ada setiap sisi
Jejak, dikaji kecoh udara heboh tergopoh-gapah
Sorok yang selok-belok diseluk si kaki papah
Terbelok kau bengkang-bengkok yang molek esok-esok
Bersongkok solek elok kekok lokek kacuk becok, ya yah
Peluruku terbang, landai bukannya tinggi-tinggi
Lengang kuserang, tahu-tahu sakit gigi-gigi
Cuaca terang, pandainya bukan sipi-sipi
Gelarku belang, selera sekawan biri-biri
Balaclavanya hitam, badannya lapis kalis
Aneka logam hitam, tiada yang mampu kalis
Bruno, Steyr, Nato, woah
Marco, Polo, Tango, go

Chorus
Sila was-was nama yang diseru,
Nanti das-das datang ubat rindu,
Halilintar, malam biru,
Silakan kalau benar benar jaguh, ayuh 2x
Kalau benar benar jaguh, ayuh
Tiada negosiasi,
Masa untuk aksi,
Nyawa dipertaruh, ayuh

Verse 2 (Aman RA)
Komandan ketemukan komandan
Usik pucuk kanan, pucuk kiri berkumandang
Berdendang-dendang Ninabobok RPG-7
Musuh dalam selimut boleh tidur
Rimau mati tinggalkan taring, tinggalkan taring
Gajah mati tinggalkan gading, tinggalkan gading
Akta 574 Fasal 440
Dendam sokong membawa rebah terlopong
Hujan darah bila kepala anginku bersiru
Rasakan amarah bergelora dalam diriku
Perang bermalaikat, sabung berjuara
Di mudik sebulankan, di hilir semuara
Balaclavanya hitam, badannya lapis kalis
Aneka logam hitam, tiada yang mampu kalis
Bruno, Steyr, Nato, woah
Marco, Polo, Tango, go

Ernie (bridge rap)
1 2 3 musuh berlari yang mana mahu diratah sibelang,
kemana sekali pun kan ku cari tak kira gelita atau benderang,
Mana kepala pendekar, gempita biar aku dampar,
Sila pilih antara dua, neraka ataupun sangkar,

Chorus
Ayuh! 2x
Kalau benar benar jaguh, Ayuh!
Tiada negosiasi, masa untuk aksi,
nyawa dipertaruh, Ayuh!

Verse 3 (Malique)
Bangkit dari bara lalu dihembusnya nyawa
Saktinya dan aksinya, rencananya bencana
Daktina ke paksina, negara dalam senggara
Maka pesta, kerja, raya, lena, senggama  tergendala gara
gugat-ganggu hantu dari dasawarsa lalu
Katanya tagih darah sahih, justifikasi ragu
Emosi rapuhnya dipagar fasad jago sado
Dendam lama dicandu dibakar ego dan bravado, bravo
Dia Kitol al-Iskariot, dari hero ke sicario
Dari bari dia kembali cari ahli biro di kota dan barrio
Jari-jarinya menari-nari, cari, tabur, lari-lari Mario
Dari api dia menjadi-jadi, satu di dahi dia kembali O
Balaclavaku hitam, badanku lapis kalis
Aneka logam hitam, siapa yang mampu kalis
Bruno, Steyr, Nato, woah
Marco, Polo, Rambo, go

Chorus
Sila was was nama yang di seru,
Nanti das das datang ubat rindu,
Halilintar malam biru,
Silakan kalau benar benar jaguh, Ayuh!2x
Kalau benar benar jaguh, Ayuh!
Tiada negosiasi, masa untuk aksi,
nyawa dipertaruh, Ayuh! Evo.

Contact:

DISCLAIMER: Currently, Rocketfuel Entertainment thoroughly complies with government regulation. We practice proper disinfection of the studio, shooting venue and necessary equipment.
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

taknak cakap pasal lagu sebab dah ramai cakap pasal lagu. tapi nak cakap pasal director yg buat MV ni MShaffuan umur baru 23 tapi hasil dia boom! speechless. Keep going buat MV berkelas mungkin satu hari nanti boleh buat filem pendek pulak kan who knows. keep it up untuk mv aku bagi 10/10 💥👏🏼

Ydz
Автор

Malique sampai sekarang, bahasa tinggi, 5 kali dengar, tak faham, definisi lyricist mantap. Rappers new gen, borak pasal kereta, rantai, duit, pompuan, gangster, terpaling alpha, tak ada isi, kosong. Sebaliknya, malique dan anak2 buah, lirik penuh misteri, kena buka kamus untuk faham terma2 bahasa tinggi. Betul2 karyawan. Lagu kegemaran, Mantera Beradu. Overall, salute dan respect

lukhakim
Автор

bila malique nyanyi jelas2 aim Watak reza.Malique dh kaji filem ni baru dia buat lirik.Memang mantap.bijak dlm tulisan nya.setiap kali malique nyanyi suara dia sampai dihati.

hidayahsaadon
Автор

3:16-3:27 Gila Malique punya flow dengan kosa kata belit2 macam tu. salutt. Tambah pulak dengan adlib “hoo” kat latar. meremangg

givmetheloot
Автор

Lagu sedap, ernie lain dlm ni sbb keluar dr genre asal..tp aku nk ckp aku rindu malique😭..teringin nk tgok dia perform

nightwolfd
Автор

saya orang Indonesia dan saya pengagum berat Malique, saya harap suatu saat nanti beliau bisa tampil dengan wajah yang terexpose🙏

basbus
Автор

Gila..havoc part Ernie zakri rap laju tu...part Malique..seperti biasa MASTERPIECE..Mr General🔥

afiszanakong
Автор

The best part is Malique mewakili penjahat dlm lagu ni..sbb orang lain sebut Balaclavanya hitam...tapi Malique sebut Balaclavaku hitam... Balaclava tu maksudnya topeng yang org pakai rompak bank tu...memang detail yang boek ah

allaboutanime
Автор

Dengar lirik pun tau aura mcm ni sapa je boleh buat. Malique punya penulisan mmg bukan biasa2.

InHearthasPlayground
Автор

Malique jadikan lagu ni istimewa. Tapi rap yang lain pun seronok untuk didengar. Gabungan sempurna. 👍

mydarkestlovely
Автор

Malique legend...bile dh come back mmg tapau ar sume..dgau byk kali pun x boring..aman ra, kymy and erni..terbaik ar

aaronkenit
Автор

Mr general punya rap 10/10 terbaik sebutan, nyayian jelas clean n clear.. terbaikk my general. Always podium number 1

amongnatthachai
Автор

first female singer yang collab + rap untuk ost Polis Evo 🫡🤍 proud #Ernienators here ❤️❤️

akhmaall
Автор

Aman ra the malaysian tupac, kmy kmo "the commando, n the one n only mr general Ernie the queen!!..

madanlaa
Автор

Bila zoom out part malique 2:58 nampak seakan-akan kambing.
Director mv ni terbaek ahh..haha
Malique the G.O.A.T🔥🔥🔥

azizulkasajannah
Автор

Line up semua mantap, ernie zakri, aman ra, kmy kmo. Artis2 yang menuju puncak. Tapi sentuhan istimewa mestilah dari malique. Harap2 dia akan keluarkan lagi album

Amirul_Zahin
Автор

Lirik - 100%
Vocals- 100%
Aku pun taktau kenapa aku hype sangat dengan lagu ni, , speechless bhaiii

AyamAlwaysHere
Автор

Takyah bedah verse, kau bedah chorus pun dah jem. Gila padu. “Sila was2 nama yg diseru, nanti das2 datang ubat rindu”

ha
Автор

Hadir dgn Rapper kegemaran gua
Mr Malique Kmy kmo Aman Ra...ayuhh....dan tbaru rapper girl ernie zakri...litt fire...🤙🤙🤙

muhammadfirdausjohari
Автор

Ernie adalah suara . Penyanyi verstail 🫰🏻tahniah semua kolabrasi . Semua hebat . Semoga lagu ini menuju ke puncak kegemilangan…

sollehjamaludin