Syed Salahuddin - IKTIRAF | Top 10 Local Song Joox Malaysia 2022

preview_player
Показать описание
IKTIRAF menghimpunkan pengakuan serta doa-doa taubat seorang hamba kepada Allah.

Rasul ﷺ bersabda: "Barangsiapa yang mengakui dosa-dosanya kemudian bertaubat, nescaya Allah akan menerima taubatnya." (Hadis Riwayat Bukhari)

Dalam riwayat lain, "...Demi Allah, Allah lebih senang dengan taubat hamba-Nya daripada kesenangan salah seorang di antara kalian yang memperoleh kembali haiwannya yang hilang di padang yang luas." (Hadis Riwayat Muslim)

Ikuti perkembangan Syed Salahuddin di media sosial:-

Follow Social Media Tarbiah Sentap Records:-

****

Syed Salahuddin - IKTIRAF
Muzik & Keyboard: Ashley Lee
Gitar: Alexander Ching
Suara Latar: Shafiq Shah & Zara Lobo
Lirik/Lagu: Akmal Mustafa

Tuhan! Hapuskan dariku
Dear God! Deprive me
اللَّهُمًّ احْرِمْنِي
Rasa lazatnya berdosa pada-Mu
The pleasure of disobeying You
لَذَّةَ مَعْصِيَتِكَ
Dan kurniakanlah daku rasa
And grant me the pleasure
وَارْزُقْنِي لَذَّةَ
Lazatnya taat pada-Mu
Of obeying You
طَاعَتِكَ

إِلَهِى لَسْتُ لِلْفَرْدَوْسِ اَهْلًا
Oh my Lord, I'm not worthy of your Heaven
وَلَا أَقْوَى عَلَى نَارِ الْجَحِيمِ
Yet I couldn't bear of the Hellfire
فَهَبْ لِي تَوْبَةً وَاغْفِرْ ذُنُوِبي
Hence, please accept my repentance and forgive my sins
فَإِنَّكَ غَافِرُ الذَّنبِ الْعَظِيمِ
For truly, You are The Greatest Forgiver of Sins

Tuhan! Ampunan-Mu lebih
Dear God! Your forgiveness
اللَّهُمَّ مَغْرِفَتُكَ 
Luas dari dosa-dosaku
Is greater than my sins
أَوْسَعُ مِن ذُنُوبِي
Dan rahmat-Mu lebih ku damba di sisiku
And I have more hope in Your mercy 
وَرَحْمَتُكَ أَرْجَى عِندِي
Daripada amalanku
Than in my own action
مِنْ عَمَلِي

Tuhan! Telah ku zalimi
Dear God! We've been unjust
رَبّنَا ظَلَمْنَا 
Diri aku sendiri
To my own self
أَنفُسَنَا
Jika Engkau tidak ampuni
If You forgive me not
وَإِن لَّمْ تَغْفِرْلَنَا 
Dan rahmati diri ini
And have not mercy upon me
وَتَرْحَمْنَا 
Nescaya merugilah aku
I shall certainly be lost
لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Wahai Tuhanku
Oh my Lord
Aku tak layak ke syurga
I'm not worthy of Heaven
Namun tak pula rela ku
Yet I couldn't bear
Untuk ke api neraka-Mu
Of your Hellfire
Terimalah taubatku
Please accept my repentance
Dan ampunilah dosaku
And forgive my sins
Kerana kau sesungguhnya
For truly You are
Pengampun dosa-dosa besar
The Greatest Forgiver of Sins

#SyedSalahuddinTSR #RamadanTSR
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Demi Allah..

Saya sangat sedih. Kes cerai antara suami gay meningkat. Ramai yang berkahwin hanya untuk menutup kegiatan songsang mereka. Kes anak luar nikah dianggarkan 51, 000 hingga 56, 000 kes setahun. Kes rogol purata sekitar 3000 kes setahun dan semakin meningkat setiap tahun. Gejala murtad juga makin bertambah. Makin ramai anak muda menjadi atheist di media sosial. Pemikiran liberalisme, hiburan melampau dan kejahilan agama makin membarah khususnya kepada generasi muda. Apa akan jadi pada generasi masa hadapan nanti?

Atas dasar itu, kami dari Tarbiah Sentap akan mengadakan membuka tabung untuk kempen DAKWAH SEJUTA UMMAH.

TABUNG DAKWAH SEJUTA UMMAH

Duit sumbangan kalian akan digunakan untuk:

1) Membina Maktab Tarbiah, sebuah pusat dakwah yang bertujuan untuk Mengajar kanak-kanak & remaja tentang fardu ain, kelas mengaji Alquran & Pemantapan aqidah di pelbagai cawangan surau terpilih setiap minggu.

2) Jelajah Dakwah Sekolah. Mensasarkan 300 sekolah setahun. Mengetengahkan isu-isu sosial, hiburan melampau, pemikiran sesat, Kepentingan ilmu dan juga solusi kepada segala masalah.

3) Membina alternatif hiburan islami, mensasarkan sekurang-kurangnya 12 lagu dakwah setahun, dan web series short film dakwah berkualiti tinggi setahun.

4) Akan digunakan untuk menghasilkan website dan apps dakwah dan tarbiah yang akan menjadi rujukan segenap lapisan umur. Juga didalamnya terdapat pelbagai content-content dakwah dan tarbiah dengan kerjasama lebih 20 asatizah seluruh Malaysia.

Ayuh sama-sama kita berganding bahu dalam dakwah ini, dengan sama-sama kita infaq dan sumbangkan duit kita ke dalam tabung kempen dakwah sejuta ummah.

Semoga generasi yang bertaqwa akan lahir asbab usaha kita bersama ini insyaAllah!

TEKAN LINK DI BAWAH UNTUK MENYUMBANG SEKARANG

tarbiahsentap
Автор

Ustaz, saya non Muslim, tapi Azam saya untuk ramadan ini adalah saya ingin berpuasa penuh dengan sahabat sahabat Muslim saya, Dan mendekatkan diri dengan Allah, sahabat sahabat Muslim saya yg ajar untuk mengenal Allah🌹saya tidak mengharapkan untuk dapat buku, tapi kalau dapat alhamdulillah, syukur. Have a nice day guys❤️

djramaz
Автор

Moga lagu ni akan memberikan manfaat dan keinsafan pada kita semua

salahuddin
Автор

assalamualaikum
Harapan saya untuk ramadhan tahun ini
1.khatam al quran
2.puasa penuh
3.dapat solat tarawih penuh
4.dapat tlg ibu
5.dapat jaga ikhtilat
6.dapat pergi kubur ayah
7.dapat membuat byk ibadah
Insya allah aamiin
btw trailer lagu ni bestt!!!! Tak sabar nak dgr full><
semoga semua dilindungi allah selalu...><....

salimahulfah
Автор

Harapan sye untuk ramadhan ni sye nk berhenti tgok kdrama😥dan memperbanyakkan amalan sunnah.sya harap sye dpt malam lailatul qadar.sye ingin mengkhatam 30 juz dan menghafal 1 juz semasa ramadhan tahun ni. Sye berharap sye lebih menghormati ibu bapa sye dn org tua supaya sye dpt bls jasa mereka. lastly lagu ni mmg best wehh....x puas sye dgr👍mantapp

irdienamardhiah
Автор

Harapan saya ramadhan ini, saya nak full tarawih 20 rakaat selama 30 hari😍

ustazadnin
Автор

IKTIRAF daripada Syed Salahuddin bakal berada di semua platform digital dan media sosial termasuk Instagram dan TikTok pada 26 Mac 2022.

IKTIRAF by Syed Salahuddin will be available on all digital platforms and social media including Instagram and TikTok on 26 March 2022.

tarbiahsentap
Автор

Lagu puasa kalini mmg feeling. Semoga ramadhan kalini bukan yang terakhir dan semoga kita semua diberkati oleh Allah SWT. Aamiin InsyaAllah☺️

ireez
Автор

"Tuhan, hapuskanlah dariku rasa lazatnya berdosa padaMu".. this hit me really hard 😭😭😭 tiap kali terkenang dosa, pasti akan mengalir airmata kerana takut akan azab Allah, panasnya neraka, , MasyaAllah 😭 moga ramadhan kali ni memberi 1001 hikmah utk jadi insan lbh baik. Moga Allah hapuskan sifat malas, leka & lalai dlm diri ni. Sesungguhnya berubah itu mudah, tp istiqomah itu perjuangan yg sukar.

noorain
Автор

Harapan saya untuk Ramadhan tahun ini
1 - dapat menguatkan semua hafalan Al-Quran yang pernah saya hafal
2 - dapat puasa penuh
3 - dapat menjaga ikhtilat (mata, lisan dan perbuatan)
4 - dapat menjaga pandangan
5 - nak stop baca novel cinta
6 - nak stop tgk kpop
7 - dah tak nak menipu dah
8 - nak kuatkan iman
9 - nak mencegah kemungkaran dan mengajak family dan kawan2 utk cegah skali
10 - kurangkan penggunaan media sosial dan hiburan
InsyaAllah, doakan saya dapat mencapai misi2 saya ni >_< kita manusia, hanya mampu niat dan usaha untuk mencapai goal kita, tp hasilnya nnti Allah yang tentukan. Apa2 pon, saya akan BERUSAHA SEHABIS SEBAIK MUNGKIN !!. Aaaminn !

nafisahhana
Автор

Harapan saya pada bulan Ramadhan, dpt solat terawih penuh sampai akhir puasa, and saya nk berbuka sama2 kat masjid klu mak ayah sy tak keberatan :), slalu teringin hoo

ainizzatizul
Автор

Salah satu pintu yang dibuka Allah SWT untuk raih keuntungan besar di bulan Ramadhan adalah melalui sedekah. Islam itu sering mengajak umatnya untuk perbanyakkan sedekah. Tambah-tambah lagi di bulan Ramadhan, amalan ini sangat-sangat dianjurkan. Akhlak seorang mukmin yang sejati adalah melalui sifat dermawannya. Salah satu sifat Allah SWT ialah dermawan. Allah SWT dan Rasulullah ﷺ malah turut memerintah umatnya agar menjadi seorang dermawan dan pemurah serta menunjukkan contoh tauladan sebagai ikutan umatnya.

MuhammadImran-pvmn
Автор

Allah, semangat betul nk dengar, ingatkan pukul 9 ni, rupanya esok😅😂😂 tak perasan tarikh tuu😭🤣🤣

aieyy
Автор

Harapan saya nak buang segala panas baran saya dalam diri saya

harrismuizzchannel
Автор

Harapan saya pada ramadan kalini ingin berpuasa penuh, sbb saya baru je baligh, sebelum saya baligh tk pernah puasa penuh, dan selalu tinggal solat, lepas baligh sya dh mula insaf

tamrambo
Автор

Saya bukan Muslim, tapi terima kasih kerana bawakan lagu ini. Beautiful song. I love it.

armandkugan
Автор

Semoga ramadhan kali ni dapat khatam quran 3kali dan dapat solat tarawih berjemaah dan saf dapat dirapatkan seperti sediakala

MuhammadImran-pvmn
Автор

Harapan saya, saya ingin menjadi seorang muslimah yang lebih mencintai Allah, lakukan suruhannya, tinggalkan larangannya, kasih rasulnya. Dan, ya. Saya ingin jadikan Ramadan ini, sebagai permulaan yang baru. Sebelum ini, saya sering sahaja mensia-siakan Ramadan. Selalu sahaja saya gunakan pengampunan Dia sebagai alasan untuk terus asyik dalam berdosa. Namun, tiada rahmat yang lebih besar melainkan rahmatNya, tiada kasih yang lebih hebat melainkan kasihNya. Walau berkali-kali telah saya menzalimi diri saya sendiri, Dia masih sayangkan saya, masih kurniakan hadiah bermakna berupa Ramadan ini kepada saya. Dan harapan saya, tidaklah saya menjalani Ramadan ini melainkan di setiap harinya, ketakwaan saya bertambah kepada Nya. Ameen. Semoga kita semua bertemu lailatul qadr.

nrl_
Автор

harapan bulan ramadha saya adalah, saya harap Allah memberikan keluarga saya hidayah untuk berubah, dah harapan saya pada bulan ramadha juga adalah saya dapat khatam alquran walaupun guru mengajar saya melalui youtube. semoga Allah mengmakbulkan harapan saya dah harapan semua umat islam yang lain, dan semoga Tarbiah Sentap sentiasa dirahmati Allah. terimakasih kepada yg paling utama ustaz adnin. kerana ustaz saya berubah sikit demi sikit dah terimakasih juga kepada lagu ini . semoga kita dapat bertemu di Syurga Allah kelak. Aamin❤️

nurarfah
Автор

Ramadhan merupakan bulan yang mana Al-Quran diturunkan. Oleh itu, jom sama-sama kita ambil kesempatan Ramadhan ini untuk baca serta fahami Al-Quran. Khatam Al-quran di bulan Ramadhan adalah bonus untuk korang. Percayalah mendengar alunan ayat-ayat suci Al-Quran mampu bersihkan hati dan jiwa kita. Setiap hari satu juzu’. InsyaAllah sempat korang khatam penghujung Ramadhan nanti.

MuhammadImran-pvmn