MAZHAB CINTA - Artis Tarbiah Sentap Records (Official Music Video)

preview_player
Показать описание
#MazhabCinta lagu pertama dalam sejarah #TarbiahSentap menghimpunkan semua artis kami, Rabithah, Aniq Muhai, Syed Salahuddin, The Truth, Areef dan Norhafiz (Autotune Band). Lagu sempena Maulidur Rasul, bulan memperingati Baginda Rasulullah SAW. Tanya diri kita siapakah Baginda bagi kita? Renung kembali jasa-jasa Baginda terhadap kita. Tanpanya adakah kita akan menjadi insan seperti hari ini. Ayuh! Kita perbanyakkan selawat keatas Rasulullah SAW ❤
.
Jom ikuti perkembangan artis Tarbiah Sentap:
.
MAZHAB CINTA
Lirik & Lagu: Akmal Mustafa
Penerbit : Akmal Mustafa & Ustaz Adnin
Susunan Muzik & Keyboardist: Iris Tan & Ida Liew
Pemain gitar: Haw Vee
Mixing & Mastering: Amin Nordin
Arahan Muzik Video: Aidil Azhar
Pereka Grafik: Azeem Razali
TARBIAH SENTAP RECORDS
.
Penghargaan khas: Pengarah, Pegawai dan Kakitangan
(Frontliners Sumber Air) Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).
Tempat: Off River Storage, Bestari Jaya, Selangor.
.
ANIQ:
Alkisah sebuah gunung bernama Uhud
Didaki Rasul dan 3 pengikut
Bergegar Uhud lantaran rindu
Ditenteram Rasul menenangkan rindu

RIDWAN:
Alkisah di perkebunan merintih si unta
Dibebani kerja sedikit makanannya
Dikucup kaki Rasul yang mulia
Dibelai Rasul, keluhan unta didengar

ANIQ:
Hebatnya manifestasi cinta alam
Tiada pohon, batu dan pergunungan
RIDWAN:
Yang dilalui baginda tanpa salam
Kerana dia sebaik ciptaan

AREEF:
Dia hadir mengajarkan mazhab cinta
Hingga makhluk lain turut merasa
AYMAN:
Hanya kerana cinta pada baginda
Dijanjikan syurga dan bersamanya
ANIQ:
Hingga Uhud dijanji syurga
Rasul turut mencintainya

NAUFAL & IRWAN:
Alkisah pohon tamar yang kekeringan
Dahulunya mimbar namun ditinggalkan
Menangis rindu rintih bak si bayi
Ditenangkan Rasul lantas didakapi

HAKIM:
Walau cinta umat taruh di neraca
Pasti cintanya lebih dari segalanya
HAFIZ:
Demi umat darah dan tangis mencurah
Biarpun berabad lama terpisah

NAUFAL:
Kadang wajahnya gelisah ribut melanda
Bimbang umat dihentam azab seksa
MAHDI:
Kadang gusar baginda umat berlapar
Namun rumahnya sering tak punya apa
CHORUS:
Dia hadir mengajarkan mazhab cinta
Hingga makhluk lain turut merasa
SYED: (hanya kerana)
NAUFAL: (cinta oh..)
Hanya kerana cinta pada baginda
IRWAN: (..dan bersamanya)
Dijanjikan syurga dan bersamanya

SYED SALAHUDDIN:
Kadang wajahnya gelisah ribut melanda
Bimbang umat dihentam azab seksa
IRWAN:
Kadang gusar baginda umat berlapar
Namun rumahnya sering tak punya apa
AYMAN:
Walau tika hujung nyawanya
NAUFAL:
Resah memikirkan umatnya
MAHDI:
Kerana sebegitu hebat cintanya
RIDWAN:
Layakkah ku jadi umatnya?
ANIQ:
Layakkah aku kan bersamanya?
.
Jom dapatkan baju T-shirt terbaru keluaran Tarbiah Sentap Exclusive, EDISI MAULID.
PRE ORDER DIBUKA BERMULA 31 OKTOBER 2020 SEHINGGA 10 NOVEMBER 2020.
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Assalamualaikum semua! Jazakumullah sudi mendengar dan menonton video clip MAZHAB CINTA dari kami. Moga asbab lagu ni, kita dapat semakin mencintai nabi SAW dan meneruskan perjuangan dakwah baginda❤️🤲

By the way, kami dari Tarbiah Sentap sedang buka PRE ORDER Tshirt Jersey EDISI MAWLID sempena Maulidurrasul pada 31 Oktober ini. Jika kalian berminat nak dapatkan, ayuh TEKAN LINK DI BAWAH SEKARANG😍

tarbiahsentap
Автор

Alhamdulillah..ramai terkesan dengan lagu ini. Moga kita semua dikumpulkan bersama baginda Nabi SAW dan ditambah kecintaan pada Baginda. Hakikatnya, tak terbalas jasa baginda kepada alam ini. Moga kita semua dapat meneruskan perjuangan baginda hingga ke akhirnya. Teruskan menonton dan sebar2kan lagu ni

syedsalahuddin_tsr
Автор

Alhamdulillah Thank You guys ! ❤️ Moga kita semua mendapat syafaat di akhirat kelak 🥺

naufalisa
Автор

MAZHAB CINTA - Rabithah, Syed, The Truth, Aniq, Areef, Autotune Band.
Lirik & lagu: Akmal Mustafa
Mixing Mastering: Amin Nordin
Producer: Akmal Mustafa & Adnin Roslan.
TARBIAH SENTAP RECORDS

***

ANIQ:
Alkisah sebuah gunung bernama Uhud
Didaki Rasul dan 3 pengikut
Bergegar Uhud lantaran rindu
Ditenteram Rasul menenangkan rindu

RIDWAN(Rabitah):
Alkisah di perkebunan merintih si unta
Dibebani kerja sedikit makanannya
Dikucup kaki Rasul yang mulia
Dibelai Rasul, keluhan unta didengar

ANIQ:
Hebatnya manifestasi cinta alam
RIDWAN(Rabithah):
Tiada pohon, batu dan pergunungan
ANIQ:
Yang dilalui baginda tanpa salam
RIDWAN(Rabithah):
Kerana dia sebaik ciptaan

AREEF:
Dia hadir mengajarkan mazhab cinta
Hingga makhluk lain turut merasa
AYMAN(Rabithah):
Hanya kerana cinta pada baginda
Dijanjikan syurga dan bersamanya
ANIQ:
Hingga Uhud dijanji syurga
Rasul turut mencintainya

IRWAN(The Truth):
Alkisah pohon tamar yang kekeringan
Dahulunya mimbar namun ditinggalkan
Menangis rindu rintih bak si bayi
Ditenangkan Rasul lantas didakapi

HAKIM(Rabithah):
Walau cinta umat taruh di neraca
HAFIZ(Autotune Band):
Pasti cintanya lebih dari segalanya
HAKIM(Rabithah):
Demi umat darah dan tangis mencurah
HAFIZ(Autotune Band):
Biarpun berabad lama terpisah

NAUFAL(The Truth):
Kadang wajahnya gelisah ribut melanda
Bimbang umat dihentam azab seksa
MAHDI(Rabithah):
Kadang gusar baginda umat berlapar
Namun rumahnya sering tak punya apa
CHORUS:
Dia hadir mengajarkan mazhab cinta
Hingga makhluk lain turut merasa
SYED: (hanya kerana)
NAUFAL(The Truth): (cinta oh..)
Hanya kerana cinta pada baginda
IRWAN(The Truth): (..dan bersamanya)
Dijanjikan syurga dan bersamanya

SYED:
Kadang wajahnya gelisah ribut melanda
Bimbang umat dihentam azab seksa
IRWAN(The Truth)
Kadang gusar baginda umat berlapar
Namun rumahnya sering tak punya apa
AYMAN(Rabithah):
Walau tika hujung nyawanya
SYED:
Resah memikirkan umatnya
MAHDI(Rabithah):
Kerana sebegitu hebat cintanya
RIDWAN(Rabithah):
Layakkah ku jadi umatnya?
ANIQ:
Layakkah aku kan bersamanya?

tarbiahsentap
Автор

Trending kan lagu ni.lagu blackpink boleh no 1.takkan lagu tentang Rasulullah tak boleh top 1

ahmadnajakhi
Автор

Alhamdulillah...Terbaik tarbiah sentap! Lagu ni ada soul, dan menyentuh hati. Moga Allah terima kebaikan yang dilakukan buat umat. Amin.. terima kasih atas sokongan yang jitu dari semua. ❤️ u guys 😊
-
Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad ✨

aniqmuhai
Автор

rindunya Nabi, semoga kita masuk dalam syurga dengan Nabi 😭.

amamijan
Автор

Kita boleh claim bahawa kita mencintai Nabi namun sejauh mana hati kita mencintai Nabi?

“Daripada Anas R.A, berkata,

Rasulullah S.A.W bersabda: Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga dia lebih mencintai aku daripada kedua orang tuanya, anaknya, dan manusia seluruhnya”.
(Riwayat al-Bukhari)

Tak perlu tuding jari pada orang lain, tak perlu tanya orang lain, tak perlu check orang sebelah sebaliknya tepuklah dada tanyalah hati.
Tanyalah diri sendiri, sejauh mana aku meletakkan Nabi dalam hati ini?


Dan jawapan itu, cuma Tuhan yang tahu.

Ayuh, lazimkan selawat ke atas Nabi sebagaimana kita melazimi memuji-muji pasangan kita, kawan kita, crush kita, bos kita, influencer kita.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Pesanan ikhlas ini juga untuk diri sendiri, supaya turut menjaga hati.

auzaieismail
Автор

Hari ni saya baru dengar. Cari tajuk dalam google. Jumpa dalam yt ni. Menghayati lirik tak sedar menitis air mata. Allahumma solialasaidina Muhammad ❤

jasminmynn
Автор

Director: How many artist do you want in the video?

Tarbiah sentap : yes

tengkufaizzuan
Автор

Pengorbanan nabi tidak ada tandinganya, kasih sayangnya jugak tidak ada tandinganya, kerana kita umat nabi kita di muliakan, tapi kita masih buat apa yang nabi tak suka.sampai bila nak cam ni.bangkitlah wahai umat, kita menegakan agama allah.kita tunjukan kasih sayang pada banginda dengan berdakwah, memberinasihat, mencegah kemungkaran menegakan keadilan. Kita gunakan segala kelebihan kita untuk menegakan agama allah. Kalau bukan kita sapa lagi betultak.perbaiki diri dan teruskan berubah kepada yang lebih baik.😊

saramarliya
Автор

~ Mimpi bertemu Rasulullah itu impianku ~

Yazid al Farisi berkata :

Mafhumnya : "Saya bermimpi melihat Rasulullah Sallahualaihiwasallam di dalam tidur semasa ibnu abbas masih hidup. Maka saya bertanya kepada Ibnu Abbas, "Sesungguhnya saya melihat Rasulullah sallahualaihiwasallam dalam tidur ". Ibnu Abbas berkata, " Rasulullah sallahualaihiwasallam pernah bersabda, " Sesungguhnya syaitan tidak mampu menyerupai saya. Maka, sesiapa yang melihat saya di dalam tidur, sesungguhnya dia benar-benar telah melihat saya." Apakah kamu dapat sebutkan sifat orang yang kamu lihat dalam tidur itu? ( tanya Ibnu Abbas ).( Yazid al Farisi menjawab), " Ya, Baginda adalah seorang lelaki dari dua orang lelaki (sederhana). Kulitnya putih kemerahan, hitam kedua anak matanya, manis senyumannya, indah raut wajahnya. Janggutnya memenuhi ini (telinga) sampai ke sini (telinga) yang memenuhi leher bahagian bawah muka." yakni menunjukkan janggutnya yang lebat. Ibnu Abbas berkata, " Sekiranya kamu melihatnya dalam keadaan jaga, sudah tentu kamu tidak mampu menyifatkannya lebih daripada ini.

Subhanallah, Mashaallah Ya rabb rezekikanlah kami untuk bertemu dengan Baginda Nabi SAW.
عليه أفضل الصلاة والسلام

(sumber: Syamail Nabi Bab 53)

afiqahfauzi
Автор

Antara amalan yg boleh kita lakukan sempena maulidur rasul:
1.Selawat
- tafrijiyah
- munjiyat
- syifa
- imam syafie

2.Baca sirah2 Nabi Muhammad SAW
-peristiwa isra' & mikraj
-penghijrahan ke Yathrib
-peperangan badar, uhud, khandak
-perjajian hudaibiyah
dan lain2...

3.Amalkan sunnah Nabi Muhammad SAW
-bezikir
-senyum
-memberi salam
-ketika mkn & minum:
• membaca doa mkn
• mengambil mknn yg paling dkt
• tidak meniup mknn atau minuman yg dihidangkan panas
-ketika memakai kasut:
• mendahului kaki kanan
-ketika berpakaian
• membaca bismillah sebelum membuka atau menyarung pakaian
• mulakan dgn bahagian kanan

Itu sahaja drpd saya. Salam maulidur rasul !!

izzbdrn
Автор

setiap malam balik kerja saya akan bercerita dengan suami saya tentang nabi nabi, teringat kami pernah bersembang dia, dia menceritakan tentang seorang wanita ni menangis teresak esak, datang seorang ulama bertanya kepadanya, kenapa engkau menangis ?

wanita itu menjawab " aku sedih tak dapat berjumpa nabi malam tdi seperti selalu"

ulama terkejut dan berkata " adakah selama ni kau berjumpa nabi "
wanita itu berkata, ya, dan ulama itu berkata, apakah amalan mu, wanita itu berkata " sehari aku akan berselawat keatasnya sebanyak, 15000 kali "

lalu wanita itu bertanya kepada ulama teraebut " nabi berjumpa kamu tak malam tdi "

allahuakbar, semoga kita selalu mengingati pengorbanan RASULULLAH SAW, terima kasih atas live nya tadi ustaz adnin

ainnoh
Автор

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد.

Ya Allah, moga kerinduan kami semua terhadap Nabi sallallahu 'alaihilaihi wasallam, kekasih Mu adalah kerinduan yang benar dalam pandangan Mu. Allahumma Aamiin. :'(

nurnadianasir
Автор

Nabi Muhammad saw pernah berkata;

" Belum sempurna iman seseorang sehingga dia mencintai-ku melebihi cinta akan ibu bapanya, dan juga dirinya "


❤ اللهم صلِّ على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

aieennailleeya
Автор

Kisah ini sangat menyentuh hati tatkala membacanya. Betapa hina nya rasa diri ini. Pokok Tamar yang begitu dekat dengan Rasulullah juga menangis kerana sangat merindui baginda. Bagaimana pula dengan kita ini? Umat Nabi yang sangat di rindukan baginda.

Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah bahawa pada masa itu masjid Rasulullah ﷺ beratap pelepah pokok tamar @ kurma. Jika Rasulullah ﷺ berkhutbah, baginda berdiri di atas salah satu batang pokok tamar. Oleh kerana jumlah umat Islam bertambah ramai, maka dicadangkan dibina mimbar agar jemaah majlis yang berada di belakang dapat melihat Rasulullah ﷺ ketika berkhutbah.

Cadangan Saidina Abu Bakar As-Sidiq ra supaya dibina mimbar yang baru diterima Rasullulah ﷺ. Lalu para sahabat pun membuat mimbar daripada kayu yang mempunyai 3 anak mata tangga. Apabila mimbar yang baru itu siap, Rasulullah ﷺ pun mula memberikan khutbah di atas mimbar baru tersebut, malah Nabi merasa selesa dengan mimbar yang baru itu lalu tidak menggunakan lagi batang tamar yang sering Baginda gunakan sebelum ini.

Namun, ketika Rasullullah ﷺ menggunakan mimbar baru itu, kedengaran suara rintihan seperti tangisan unta kehilangan anak yang semakin lama semakin kuat hingga menggoncangkan tanah yang terus bergetar sehingga para sahabat pun bertanya-tanya.

Rupa-rupanya, suara tangisan sedih itu datangnya daripada batang pokok tamar usang yang dulunya sering kali digunakan oleh Rasullullah ﷺ.

Pohon Kurma

Pohon Tamar Rindukan Rasulullah ﷺ

Rasulullah ﷺ tersenyum. Lalu Baginda turun daripada mimbar dan menghampiri pokok tamar yang tidak jauh dari mimbar tersebut. Rasulullah ﷺ meletakkan tangan pada batang pokok tamar dan mengusap-usap dengan perlahan-lahan.

Rasulullah ﷺ berkata pada pokok tamar itu: “Jika engkau mahu, aku akan jadikan engkau dinding masjid ini, akarmu tumbuh lagi, tubuhmu hidup lagi dan engkau berbuah lagi. Atau jika engkau mahu, aku akan berdoa kepada Allah سبحانه وتعالى agar engkau akan menjadi pokok di syurga, supaya para wali Allah dapat memakan buah-buahmu.”

Batang tamar itu menjawab: “Saya memilih untuk ditanam ke dalam tanah dan akan tumbuh di syurga supaya wali-wali Allah dapat memakan buahku dan saya berada di tempat dimana di dalamnya saya kekal.”

Lalu goncangan tanah dan suara rintihan pun berhenti. Rasulullah ﷺ kemudian kembali pada mimbar dan menyampaikan kejadian tersebut kepada para sahabatnya. Rasulullah ﷺ berkata: “Ia (pokok kurma) memilih negeri yang kekal berbanding negeri yang fana ini!”

Rasulullah ﷺ kemudian menyuruh supaya ditanamkan batang pokok tamar itu berhampiran mimbar dan mengatakan bahawa ia akan dibangkitkan di dalam syurga.

Jabir RA berkata, “Pokok kurma itu juga menangis apabila ia mendengar orang berzikir atau mendengar bacaan al-Quran dekatnya.” (Hadis Riwayat Bukhari).

Inilah kisah batang kering dari pohon tamar yang menangis kerana sangat rindukan Rasulullah ﷺ. Begitu kasih, cinta dan rindunya sebatang pohon tamar ini kepada Rasulullah ﷺ hanya kerana Rasulullah ﷺ beralih mimbar untuk berkhutbah. Allahhuakbar!

Hasan al-Basri apabila meriwayatkan kisah ini, beliau pun menangis dan berkata; “Wahai hamba Allah! Batang tamar pun rindu kepada Rasulullah ﷺ, maka kamu semua lebih utama untuk merasa rindu bertemu dengan Rasulullah ﷺ.”

Cuba kalian bayangkan! Itu hanya sebatang pohon tamar yang berada dekat dengan Nabi kita. Bagaimana pula dengan kita? Bagaimana dengan kasih, cinta dan rindu kita kepada Rasulullah ﷺ, nabi yang akan memberikan syafaat kepada kita di akhirat nanti. Nabi yang menangis kerana sangat rindukan kita walau tidak pernah berjumpa dengan kita, umat baginda.

Pernahkah kita menangis kerana rindukan baginda? Jika betul kita rindukan baginda, sejauh mana kita tunjukkan bukti kecintaan dan rasa rindu itu? Apa yang kita lakukan?

Berselawat kepada baginda juga amat susah sekali walaupun kita tahu akan kelebihannya. Allahhu. Ampunkan kami Ya Rasulullah ﷺ.

Selawat orang Mukmin ialah memohon rahmat daripada Allah سبحانه وتعالى ke atas Nabi Muhammad

ﷺ.إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) ke atas Nabi (Muhammad ﷺ). Wahai orang-orang yang beriman! Bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.” (Al-Ahzab: Ayat 56)

Banyak cara nya untuk menunjukkan kecintaan kita kepada baginda. Contohnya dengan berselawat, zikir, hadir ke majlis ilmu, melakukan amalan-amalan sunat, menyebarkan kebaikan dan mengajak ramai saudara mara hadir ke pameran artifak Rasulullah SAW dan para sahabat RA.

hasifsazali
Автор

Saya nak cerita sikit kisah saya semasa dalam perjalanan untuk mencintai Nabi:
Saya mula berubah semasa dalam PKP.Namun, semasa buka sekolah.saya mula tak disenangi kawan-kawan.saya hendak menjaga ikhtilat, menjaga pandangan dan kurangkan mencarut.tapi akhirnya kawan kawan saya hasut saya Dan akhirnya saya terjebak dengan video lucah.saya tenggelam dalam dosa.tapi kini saya akan buat dengan perlahan-lahan untuk mencintai Nabi dengan membaca buku-buku Dan hadis nabi.saya ingin tenangkan hati dan bersihkan hati.

ismdaniel
Автор

Segalanya telah terlaksana
Kuakui makna dan tujuan~

Tugas baginda dah selesai, ayat quran turun telah lengkap agama
Sahabat yg faham bahawa perpisahan akan berlaku😢

hakimimatsalim
Автор

Dahsyatnya cinta rasulullah kepada kita..setiap doa Nabi Muhammad terselit untuk umatnya..Tapi sayang, kebanyakan manusia skrg hanya mengutamakan cinta ajnabi yang belum halal untuknya. sanggup menangis, sedih, buang masa untuk cinta sementara yang tak membawa keuntungan sedangkan cinta Allah dan Rasul tu yang patut diutamakan. kata cinta nabi, kata cinta Allah tapi hati masih terjebak dengan maksiat yang membawa kita jauh dari Allah dan rasul :(
Semoga Allah mengampunkan kita..Allahu

nurnadia
join shbcf.ru