Kuey Teow Goreng

preview_player
Показать описание
Resepi Kuey Teow Goreng yang cepat dan mudah. Selamat mencuba!

* SUBSCRIBE:

Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini ialah Kuey Teow goreng. Satu masakan yang boleh dimakan pada bila-bila masa, sarapan pagi, tengahari ataupun makan malam. Saya akan kongsikan satu resepi yang mudah dengan beberapa tips untuk mendapatkan kuey teow goreng seperti ini. Apa lagi? Jom kita ke dapur!

Bahan uutama yang kita perlukan 1kg kuey teow. 100g udang. 100g kek ikan ( fish cake). 100g tauge. 50g kucai. 1 biji bawang merah. 9 ulas bawang putih. Kedua-duanya ini akan dikisar. 3 biji telur. 3 sudu besar cili kering kisar. 3 sudu besar sos tiram. 5 sudu besar kicap cair. 3 sudu besar kicap manis. 2 sudu besar sos ikan. 1 sudu kecil lada sulah. Potong bawang merah dan bawang putih kecil-kecil. Tambah sedikit air. Dan kisar hingga halus dan ketepikan.

Satu petua untuk menggoreng kuey teow ialah, jangan cuci kuey teow dengan air sebelum dimasak. Kerana ini akan menyebabkan kuey teow menyerap air dan mudah hancur semasa digoreng. Cerai-ceraikan sahaja dengan tangan seperti ini supaya tidak bergumpal semasa digoreng.

Panaskan minyak , dan tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar tadi. Bila bawan tumisan sudah garing seperti ini, masukkan cili kisar. Spatula yang saya gunakan ini dibuat daripada silikon dan memudahkan untuk mengaut cili yang tertinggal. Ianya juga selamat untuk menggoreng kerana tahan suhu yang panas. Menggoreng bawang dan cili satu langkah yang penting dalam memasak kuey teow goreng. Goreng bawang dan cili sehingga betul-betul garing dan menjadi gelap seperti ini.

Sekarang masukkan sos tiram. Kicap Manis. Kicap pekat. Kacau! Jangan Tak Kacau! Masukkan sos ikan. Dan Gaul rata.

Masukkan kuey teow. Gaulkan supaya sebati dengan campuran kicap dan cili tadi. Balikkan dari bawah ke atas seperti ini. Jangan gaulkan terlalu banyak supaya kuey teow tidak hancur.

Masukkan kek ikan. Gaulkan. Tambah udang atau apa-apa rencah yang anda suka seperti ayam, sotong atau kerang. Tolakkan ke tepi seperti ini, dan tuangkan telur. Gaulkan telur perlahan-lahan seperti ini. Bila telur sudah separuh masak, gaulkan dengan kuey teow supaya telur masak sepenuhnya. Tambah lada sulah dan gaulkan rata.

Tolakkan ketepi dan masukkan tauge. Gaulkan kuey teow dan tauge. Masukkan kucai dan gaulkan lagi. Hidangkan dengan segera supaya tauge masih rangup. Kuey Teow goreng siap! Selamat mencuba.
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

wah mantap kawan resepi nya enak ni 👍👍

minumapa-apasaja
Автор

Kena try ni.. Biasa udng fishcake masukkn dulu.. Ni kemudian.. Nmpk lg best

moana
Автор

Salam ramadan...nmpk menarik resepinya...ala2 restoren...👍👍

DapurMakIna
Автор

Merhaba...🥰👋 Maşhallah...çok lezzettli. 😍😍😋😋😋

AyseCalsr-qhqp
Автор

Alhamdulillah dapat tips untuk kuey teow

Dapuraqela
Автор

Pakai spatula brand apa ya yg jenis tahan panas?

NurHidayah-ensw
Автор

utk makan sdr memang sedap, krn dg udang yg mahal, Coba kl dijual ya rugi

purwati
Автор

Memang suka koteow dari mee...kerana berasas tepung beras.mknn sihat..lebihkan sayur

noorainiismail
Автор

Kuetiau tu cuci jap je baru yakin.. Sya botol kicap ke apa2 sos yang berbotol pun cuci dulu hii.. Baru yakin nak masak n nak guna.maaf ye, itulah saya

Mami-sx
Автор

Ada2saja kamu niada yg cakap cucidulu atu d celur kh tpi kmu lain caranyatk perlu cuci tk tau lhmana nk ikut ni keliru pulak jadinya

anasiqbalhajihidup
Автор

Knp la xdi goreng dlu udang n fish cake tu brsana rencah tentu lbh sedap ..ape pun memng npk meyelerakn ' cume cra sy udang n fish cake tu misti sy goreng dlu separuh msk supaya hilng hanyir nye n tntu lbh sedap ' sory to say that ' ..

zahedahabdulwahid