Berdosa Ke Benci Mak Ayah? - Ustaz Shukery

preview_player
Показать описание
Tak semua orang dikurniakan rezeki keluarga bahagia. Tak semua orang diberi peluang merasai nikmat kasih sayang seorang ayah dan ibu sejak kecil.

Ada orang yang sejak kecil ditinggalkan oleh mak ayah. Ada yang dipukul sejak kecil tanpa rasa kesian oleh mak ayah. Ada juga yang dibuat sebagai hamba abdi oleh mak ayah. Tak kurang juga ramai yang membanding-bandingkan anak-anak hingga ada di kalangan mereka yang berkecil hati sejak kecil hingga besar. Ada juga yang berdendam dan membenci mak ayah hingga tua!

Persoalannya, boleh ke benci mak atau ayah?
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Berapa ramai mak bapak merasa diri seakan manusia suci sedangkan diakhirat segala perbuatan mereka juga akan dihisab

nurilain
Автор

Tapi SAKIT lagi bila kita membesar dlm keadaan pilih kasih oleh ibu dantara adik beradik memang sakit

oyen.
Автор

Kepada sesiapa yg baca ni, aku nak bagitahu satu benda, kalau ada anak nanti, kalau dia minat benda yang kita tak minat, kita support je dia, sbb bila dia nampak kita support dia, kemungkinan besar minat dia akan jadi cita cita dia, kerana sokongan mak ayah lebih kuat drpd kawan2, awek dan sebagainya ;)

wandrummer
Автор

I just got fight with my parents bcoz of something until I feel hate on them. And suddenly this video appeared when I scrolled on youtube. Thnk you for this video.

evianamon
Автор

Saya bersyukur sebenarnya lahir dalam keluarga ni cuma sedikit terkilan sebab tengok orang lain lagi teruk dugaan. Saya sedih apa yang saya buat tak dihargai tapi bila sekali saya tak buat kerja rumah sebab penat, terus kata "takde sorang anak pun yang akan berjasa bila besar nanti" luluh hati saya

raihanabasirah
Автор

Sebab Sebab anak durhaka :
1.Slalu dibawang kat jiran
2.anak yg kurang dilayan
3.pilih kasih
4.menipu anak berkali kali umur dh masuk berbelas


Sebenarnya kan anak durhaka ni baik sebenarnya cuma sbb sbb ni😌...anak yg tk durhaka tu sbb mereka anak manja slalu dilayan slalu dibagi smgt

imanuelv
Автор

Saya baru tengok video ni 31.12. 2021... Sy alami benda yg sama.. Sebagai anak pertama, sy di suruh belajar Pandai2.. Jadi doktor.. Seperti yg ayah nak... Tapi bila sy dh mendirikan rumah tangga, mereka salahkan saya duduk jauh, lebih memilih utk duk dekat dgn mertua.. Tkde masa balik kampung.. Dari satu sisi, sy syukur sy habiskan degree walaupun sy depresss teruk.. Tapi ibu ayah tk pernah simpati pd sy.. Sy depress, ayah tkde tenteramkan sy.. Tp sy teruskan jadi doktor sbb niat sy nk bntu org juga.. Skrang sy jauh dari parents, dan tkde masa balik.. Juga mereka salahkan sya... Jika Adik2 sy ada baca disini. Sy nk cakap sesuatu.. Sy dh kehilangan semua harta sy, semua sy bagi pada parents dan Adik2 utk membesar... Hanya kerana adik berkahwin dgn sorang ustaz.. Ibu Abah lebih sygkn adik.. Disini saya maafkan semua Adik2 sy... Sy halalkn semua yg sy dah beri pada keluarga... Semoga kita Berjumpa di Jannah satu Hari nnti.. Walaupun tiada kasih syg ibu ayah.. Sy relakan, sy redha semuanya..

drhafizah
Автор

Berlaku ihsan dgn mak ayah, hormati mereka walaupon mereka tak hormati kita. Usaha utk memaafkan mak ayah tanpa syarat. Jgn teruskan rantai kebencian. Literally crying. Jazakllah ustaz

veavelvet
Автор

Kepada yang membaca comment saya ni, saya nak bagitahu, minat setiap anak anak berbeza. Ibubapa tk boleh bandingkan kelebihan seorang anak dia dengan orang lain even dalam kalangan anak anak die sendiri. Kesian kt anak anak dia hari hari stress depressed. Jangan la kongkong diorang. Kesian diorng. Diorang pun kekadang ada cara tersendiri untuk bahagiakan diri dia sendiri. Jangan la itu pun nak halang. Biar die buat apa yg die suka. Jangan halang. Kesian. Sampaikan kekadang anak tu rasa mcm nak bunuh diri sebb hidup dalam keadaan tertekan. Comunnication dalam keluarga tk pernah positive. Anak anak stress belajar malah die tambahkan lagi stress dengan parent yg tk pernah memahami anak anak ni.

Dunno why rasa selesa kalau berada dekat luar rumah dari berada dalam rumah. Kalau tk disebbkan pandemik dah lama masuk kolej tk nak balik dah. Penat stress menangis hati ni hari hari

One day bila dah graduate dah ada degree dalam tangan. Kita lari jejauh. Okay 👍🏻

rizzoro
Автор

Macam mne aku nk hormat diorang kalau aku terbiar tiada sapa ambil tahu di pulau dari kecik kurang di ajar benda yg baik selalu di abai kan letak di tahfiz tak pernah nk menjenguk dh muak lah dengar cite tentang anak derhaka masa kecik aku di hina dengan pk cik makcik sendiri, nggis sedih marah tiada sapa yg kisah....

rifpurdy
Автор

I came from broken families i know what it feels

muhammadzaki
Автор

sampai bila nk tahan ust sbb smpai masa apa yg kita tahan akn kita lps kn jgk

rubenolivera
Автор

kdg ii aq rse diri aq ni anak pungut, aku ada3 adik beradik, aku anak sulung aku lebih bersendirian aku tk mcm org lain aku dgn mak aku mcm orang asing, tak bertegur, aku berbuka puasa sorg ii, mak aku lebih pentingkan adik ii aq je, bila aq dh besar aq jadi benda ni perkara biasa, aq dh tk kesah yg penting aq ada life aku sendiri & aq capai cita ii aq

nnatawinpo
Автор

Saya selalu bergaduh dgn mak saya sbb kami selalu berlainan pendapat. Mak saya selalu suka sgt paksa saya bt sesuatu yg saya tak suka n saya tak boleh bt. Contohnya sya dh rancang nak smbung master lps kerja. Tapi dia tetap paksa sya walaupun saya dh ckp tunggu financial stable.

ainulafifah
Автор

terima kasih ustaz, lpas tngok video ni, bila terasa hati dengan mak ayah je, selalu trlintas untuk lupakannya dan bfikir berbuat ihsan pada diorang...doakan saya sentiasa kuat dan jadi ank yg soleh

anis
Автор

Saya pernah depress almost 20 years saya hidup sedikit pun saya tak pernah langsung dapat/rasa kasih sayang dari ibu bapa. Kehidupan yang saya lalui amat perit sehingga saya fikir untuk bunuh diri tapi kekuatan iman sendiri mampu melawan sakit saya. Saya juga selalu cederakan diri untuk buang rasa sakit hati dekat ibu bapa . Tapi kenapa mereka tak rasa sakit yang saya lalui tu ? Saya bersendirian selama 20 tahun saya sakit .

ismiznni
Автор

Org lain untung ade family yg perfect😊aku masih ada mak ayah..tp skrg ada mak sje..ayh aku bkn meninggal bkn bercerai☺️aku rindu ayh aku..setiap mlm aku fikir psl dia..time mak aku mrh aku aku xtau nk ngadu kat sapa, aku hanya mampu berdoa menangis..korg kne bersyukur ada family yg baik2✨

norsaberinaadnan
Автор

Ini masuk ke akal saya, rasa cinta yang sudah mati ga bisa datang begitu saja tetapi berbuat baik adalah perintah Allah.

garyspeed
Автор

Allah kan ada. Ibu ayah hanyalah manusia biasa yang diciptakan Allah. Mereka tetap akan buat silap dan kita sebagai anak tetap perlu doakan mereka kerana doa kita untuk mereka dpt membawa mereka ke syurga. Bila kita doakan orang lain, malaikat akan doakan untuk kita sekali dan doa malaikat sentiasa makbul. Allah tak suruh kita untuk sayang ibu bapa melebihi segala-galaNya tapi Allah suruh kita untuk berbuat baik kepada ibu bapa kerana redha Allah terletak pada redha ibu bapa. Carilah cinta Allah kerana Allah takkan pernah membenci kita, malah akan bertambah sayang dan cinta Allah kepada kita biarpun kita jauh dariNya.
Saya pun mengalami hal yang sama dengan ustaz. Pengalaman mematangkan kita supaya kita pilih jalan hidup yang betul iaitu jalan menuju syurga.

privateaccount
Автор

Kita kena ingat hidup ni ujian, Allah uji kita sebab kita mampu walaupun kita rasa tk mampu tp Allah maha mengetahui, kita tkperlu nk pertikaikan kenapa ibubapa kita teruk, jahat.. Sebab itu semua ujian dr Allah. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Kita sebagai anak memang kena banyak bersabar walaupun bukan salah kita, sentiasa pujuk hati. Allah nk bg pahala dekat kita sebagai anak. Maka bersyukur lah jika kita diuji kerana itu tandanya Allah sayang pd kita. Apa pon stay strong. Sentiasa cari ilmu supaya kita tk salah menilai mana buruk dan baik 🙂

fatinshamimi