filmov
tv
Falcon 9 melancarkan kapal angkasa kargo Dragon CRS-18 ke orbit (NASA)
Показать описание
Falcon 9 melancarkan kapal angkasa kargo Dragon CRS-18 ke orbit (NASA)
Sebuah roket Falcon 9 telah dilancarkan dari SLC-40, Stesen Tentera Udara Cape Canaveral, Florida, Amerika Syarikat, membawa kapal angkasa kargo Dragon CRS-18 ke orbit memulakan perjalanan kira-kira 40 jam ke stesen angkasa International Space Station, ISS.
Pelancaran telah dilakukan pada 26 Julai 2019, 06:01:56 waktu Malaysia (18:01:56, 25 Julai 2019 waktu tempatan).
Roket peringkat pertama Falcon 9 telah berjaya didaratkan kembali di zon pendaratan LZ-1, Stesen Tentera Udara Cape Canaveral, Florida, Amerika Syarikat (kembali ke tapak pelancaran). Ini merupakan pendaratan kedua untuk roket peringkat pertama Falcon 9 teras B1056.
3 objek telah dikatelogkan dari pelancaran ini di orbit berukuran kira-kira 387 km x 203 km dengan kecondongan 51.6º.
Kapal angkasa kargo Dragon CRS-18 dijadual tiba dan ditangkap oleh lengan robotik Canadarm2 pada 27 Julai 2019, Sabtu, 22:00 waktu Malaysia. Dragon CRS-18 dijadual berada di ISS selama kira-kira 4 minggu sebelum kembali ke permukaan Bumi membawa pulang eksperimen dan perkakasan dari ISS.
Antara muatan penting yang dibawa oleh Dragon CRS-18 ke ISS ialah penyesuai dok "International Docking Adapter 3" (IDA-3). IDA-3 dijadual dipasang pada penyesuai "Pressurized Mating Adapter 3" (PMA-3) yang menghadap angkasa (zenith) pada modul Harmony ketika perjalanan angkasa bahagian Amerika Syarikat stesen yang dijadual pada 28 Ogos 2019. IDA-3 akan digunakan oleh kapal angkasa kru Starliner CST-100 dan Dragon-2 untuk bercantum dengan ISS.
Kapsul Dragon CRS-18 adalah kapsul yang sama ketika misi CRS-6 pada April 2015 dan CRS-13 pada Disember 2017. Ini merupakan kali pertama kapsul Dragon yang sama dilancarkan ke orbit untuk kali ke tiga.
Kredit:
NASA