LEGASI SEJARAH : PAK NGAH HAJI OMAR - PEJUANG MELAYU

preview_player
Показать описание
Haji Omar, seorang wira negara yang tidak didendangkan mula memperjuangkan kemerdekaan negara mengikut caranya sendiri.

Pak Ngah Haji Omar, watak penting ini amat menyedari perjuangan tidak boleh dilakukan secara bersendirian atau secara berseorangan kerana segala tembok pemisah yang ada antara kaum perlu dirapatkan terlebih dahulu. Selagi ia tidak menghakis akidah dan budaya, penyatuan hidup dengan kaum lain amat diperlukan. Pak Ngah Haji Omar bergabung tenaga melalui kumpulan Silat Selendang Delima, beliau menyerang hendap musuh negara. Pak Ngah Haji Omar akhirnya menyertai parti politik SEBERKAS dan menjadi calon pilihan raya sehingga kemenangan yang diperoleh itu membolehkannya dilantik menjadi wakil rakyat untuk mewakili kawasannya. Pak Ngah Haji Omar juga mendapat kritikan dan teguran daripada Haji Hussin, abangnya.

Sedikit Biodata dari facebook : Ilmuan Darulaman
Haji Omar Salleh kelahiran Langgar, Alor Setar pada tahun 1908. Beliau belajar di Sekolah Melayu Langgar, sebelum ke Sekolah Agama Pak Wan Sulaiman di Alor Setar, kemudian Pondok Tok Kenali di Kelantan dan kembali ke Kedah 1928 serta menyambung pengajian di pondok Tok Janggut (Haji Ahmad Janggut) di Langgar. Ketika berumur 19 tahun , beliau dihantar mengaji di Darul Ulum, Mekah dan berguru dengan ramai ulama di sana.

Ketika berumur 28 tahun beliau telah kembali ke Langgar dan menyambung pengajian di pondok Tok Janggut ( Hj Ahmad ). Bila beliau pulang dari Mekah dia mengajar di Raudhatul Ulum yang di taja pembangunan oleh bapanya Haji Salleh, pimpinan abangnya Hj Hussein. Beliau kemudian mendirikan sebuah Madrasah Al- Najah diatas tanah milik mentuanya di Kubang Lembu, Jitra.
Beliau pun mula merintis pemodenan dalam pendidikan agama. Madrasah itu juga memiliki perpustakaan serta kemudahan untuk riadah. Beliau sendiri turut mengajar silat. Haji Omar juga aktif dalam SEBERKAS dan kemudian melalui UMNO turut terlibat dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Beliau telah menyertai pilihanraya pertama dan menjadi wakil rakyat kawasan Jitra- Padang Terap dan kemudian menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Haji Omar di anugerahi 10 orang anak daripada dua isterinya. Hasil didikan beliau kalangan anak beliau termasuk Prof Dato Dr Asmah, Prof Dato Dr Azizi dan Dato Dr Affifudin .Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 1 Julai 1965.

#binanegara
#deminegara
#pejuangmelayu
#wiranegara
#demimalaysia
#emanmanan
#patriotik
#dramamelayu2024
#telefilemmalaysia
#melayu
#pakngahhajiomar
#demimelayu
#sejarahmalaysia
#sejarahmelayu
#drama
#penjajah
#jitra
#kedah
#kedahdarulaman
#kedahdahulu
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Filem ni padu, 2025 sapa Masih tengok filem ni, Mai like😊

madsopy
Автор

Ini lah yang perlu didedahkan pada generasi baru.. Perlu disiarkan dalam siaran televisyen.. Bukan drama novel je.. Yang tak banyak manfaat.. Tunjukkan kepada generasi supaya belajar bagaimana orang2 dulu menghormati antara satu sama lain.. Saling membantu, untuk kebaikan bersama.. Terima kasih kepada pejuang2 lama xkira dari negeri mana pun.. Semoga perjuangan mereka dihargai oleh generasi2 kini dan akan datang..

yusoffjasmin
Автор

Terbaik filem ni, Eman Manan mmg adalah seorang yg cukup hebat di dlm dunia seni silat mempertahankan diri, semoga abg Eman Manan diberikan kesihatan yg baik dipanjangkan umur dan dipermudah segala urusan dunia akhirat aminn ya rabbal alaminn🤲🏻❤️

Zihanbosss
Автор

Saya org Indonesia.tapi saya suka sangat tengo cerita sejarah melayu.apatah lagi yang menjadi peran dalam filmnya eman manan memang terbaik.

Kangjampang-wq
Автор

Assalamualaikum cerita2 macam nie patut di angkat ini adalah sejarah macam mana moyang2 kita mempertahankan tanah air kita ini adalah satu bukti yang nyata assalamualaiku

MatGGK
Автор

Hebat juga kisah pak ngah haji omar pahlawan Melayu.💪😘🥰

razzapuma
Автор

Hari ini dalam sejarah Selendang Merah.Terima Kasih..

faridahawang
Автор

Arwah tokwan sy salah sorang pejuang selendang merah..bangga bila arwah pernah cerita pasai perjuangan depa dulu

shukuralhamdulillahshukura
Автор

dalam diam sedia berkiam,
sekujur tubuh buah dihulur,
bila mundur bukan berundur,
langkah ke depan kunci diukur.

aminorzanmohdjamil
Автор

Suami yg baik, isteri yg setia menyokong.dibalik peranan pak ngah, dia dikurnia seorang isteri yg memainkn peranan penting sbg wanita dlm rumah ..

sitihasana
Автор

Allahuakbar...

Otai bila Berlakon..
Legend🤜🏻🤛🏻

syednasser
Автор

Sedekah Al Fatihah buatnya dan semua pejuang.Terima kasih Netmal Studio.. Muazzinnya sprt penyanyi Rabbani

Adanaberkat
Автор

Cerita ni ade at tv ke.?? Mmg betol betol best la. Especially emman manan. . Mmg terbaikk 🔥🔥🔥🔥👍

aziziazemi
Автор

Allahuakbar! Ini baru betul.. Ikot Adab "Tuan Tanah" Zaman Ini Sudah terbalik.. Kita Ibarat Menumpang Tanah sendiri!

Selimpang_Suci
Автор

Terima kasih kerana menghargai perjuangan arwah datuk saya - Pak Ngah Hj Omar - salam sayang dari seluruh keluarga Hj Omar

azharaffifudin
Автор

Terbaik khutbah jumaat.bersemangat.ibarat nk pergi berperang❤

nasrifnasrif
Автор

TERBAIK...Ini yg patut ditayangkan utk generasi2 sekarang..supaya mereka ingat bagaimana kita hendak mencapai kemerdekaan suatu masa dulu..

ijatypvs
Автор

Padu jln cerita..ditambah pula dgn pelakon hebat eman manan, wan hanafi su..mmmg terbaik...cerita merdeka yg patut di hayati oleh org melayu Dan rakyat Malaysia...

rimba_malam
Автор

Saye Melayu Indonesia crite inilh yg menujukan Melayu yang sesungguhnye salam saye dari anak Melayu selat panjang.semoge Melayu Indonesia dan Melayu Malaysia terus berdamai Aamiin ya rabbal Al-Amin

Afizanfalih-fsnm
Автор

Ceritra terbaik ..adunan serta pembawak watak cukup penghayatan serta msj perpaduan kaum dan sirah nabi saw d sampai kan dgn baik dan sampai ke hati penonton pada say dlm Malaysia ni banyak sejarah pejuang pejuang melayu yg x d dendang...semoga drama atau filem segini menjadi yitik tambah jati diri ummat Malaysia..❤❤❤

syukrialidrus