Bihun Sup Kaki Ayam Pikat Hati Mak Mertua 🐔 | Resepi Tok Di Dapur Fendi

preview_player
Показать описание

Kembali lagi dalam episod terbaru Resepi Tok di Dapur Fendi, dibawakan oleh Sambaleena.. pasti terangkat! Dalam episod ini, Fendi akan mengajar cara-cara untuk membuat Meehun Sup Kaki Ayam simple bakhanggg! Jangan lupa untuk dapatkan Bumbu Putih Sambaleena, lebih mudah dan confirm sedap. Kalau dah cuba resepi ni jangan lupa tag @destinasitv di Facebook atau Instagram. Selamat mencuba geng!

Bahan-bahan untuk Sup Kaki Ayam:-
1 biji bawang besar
2 inci halia
3 ulas bawang putih
2 tangkai daun bawang
2 tangkai daun sup
2.5 liter air masak
2 1/2 sudu bumbu putih Sambaleena
12 ketul kaki ayam
1/4 paha ayam
1 batang kayu manis
4 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
Garam
Lada hitam

Cara penyediaan Sup Kaki Ayam:-
Panaskan 2.5 liter air masak di dalam periuk panas api sederhana.
Masukkan kaki ayam dan paha ayam ke dalam periuk, rebus dalam 20 minit sehingga ayam lembut.
Masukkan 3 sekawan (kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga) ke dalam rebusan ayam.
Kemudiaan masukkan bawang besar, bawang putih, halia dan akar daun bawang dan daun sup untuk menambahkan lagi aroma sup kaki ayam.
Masukkan bumbu putih Sambaleena untuk menaikkan rasa sup kaki ayam dan tambahkan sedikit taburan daun bawang dan daun sup.
Tambahkan garam dan lada hitam secukup rasa.

Jangan lupa untuk celur Meehun bersama air panas sebelum dihidangkan. Carik-carikkan isi paha ayam untuk hidangan yang lebih menarik. Tambahkan daun bawang, daun sup dan bawang putih ranggup Sambaleena untuk menaikkan lagi warna Meehun Sup Kaki Ayam. Tambah Sambal Ijo Sambaleena untuk rasa yang lebih Umpppph! 👍🏼

#destinasitv #resepimudah #dapurfendi #supkakiayam

Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.

Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

MCO 2 ni dah byk uncle try resipi dr Fendi.. even dr Dapor Bujang punya series. Ala masak utk 2 org saja..
Auntie tanya *janda mana dok ajaq U masak*
HahaHhaha..
Nko best la Fendi
Sukses selalu.. and #staysafe

Abe_tan
Автор

Mesti kena Cari sambaleena ni.
Kaki memang best...buat sup lagi padu. Pergh

Zoolzarizi
Автор

Saya pakai resepi ni boleh untuk berniaga inshaAllah suatu hari nanti minta dihalalkan saya ambik resepi ni ❤

hashly
Автор

Harap fendi pakai topi mcm ni setiap episod.. jd trademark laaa. Semat hang pakai fendi. Mohon kekalkan fendi . K

kambing
Автор

Terbaik Resepi Istimewa Abg Fendi..👍👍👍

jddregunerry
Автор

Perghhh Fendi hang mmg sempoiiii. Dressup mcm nak gi mancing nohhhh 😂😂😂

thelazycat
Автор

Wa'alaikumus salaam warahmatullaah.. 😊
Sedapnya.. 😍
Nak2 pulak makan tengah time dok hujan2 ni.. 😋
Tq, Pendi & krew DTV 😊

peghioknasikchek
Автор

Resepi tok saya kalau buat bihun sup mau kena letak lobak masin...

syzgrouptv
Автор

"tiba tiba sedap" lepas buh sambal ijo. Makna kata, tadi sup tu tawaq tak sedap. Tapi Fendi lapik ayat baguih punya.. "sup segar" dia kata. Hahaha.. bumbu tu takleh boh 2 sudu kalau periuk nala besaq punya.. patut perabih satu bekas bumbu putih tu baru kaw...

champion
Автор

"sikit lagi jgan kedekut sgt, bukan nak berniaga nak makan sendiri", hahahahahah

alianwaruddin
Автор

Sambal Lina bahan2 di dalam nya ada apa?

tqjumpalagi
Автор

Saya nak dijodohkan dengan org yg pandai masak.Doakan.

suzyziette
Автор

Dalam shopee ada jual tak pek kasih sayang ni ..

ridzuan
Автор

Awat jauh sangat mangkuk tu kan payah nak makan Fendi haha🙄next time ubah biar nampak pro selalu rancangan dtv.

tqjumpalagi
Автор

lama xnmpk bos mat salleh ya... bagus pendi ko xda kontroversi ape2 berbanding kawan ko tu masuk umah org mcm2 hal..

hugomalaya
Автор

feendi jemput la tetamu mkn biaq depa rasa sendiri sedap ker tak baru betuuuui

tibbolton
Автор

Allahumma Sholli ‘Ala Muhammad Wa ‘Ala Aali Muhammad x1
Subhanallah Wa Bihamdihi x1
Subhanallahil 'Adzim x1
*Jom zikir dan selawat*

ellyzham