Malique - Cuba Lagi (feat. Lah Ahmad) 💯💯💯

preview_player
Показать описание
Buat lagu hebat, radio taknak main
Apa boleh buat, buat lagu lain

- Malique
........................................................................

FOLLOW US ON INSTAGRAM

Positif Hip Hop : @positifhiphop
........................................................................

#malique #cubalagi #positifhiphop #lahahmad

SUBSCRIBE - LIKE - SHARE - COMMENT
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Hey!Mr.General kau yang terbaik dari ladang
Tapi sayang kenapa orang sekarang tak pandang?
Mungkin kau fikir lagumu tiada sengat lagi
Tapi peminatmu sentiasa ada disisi
Walau lagu sekarang sudah ramai yang tertawan
Tapi liriks dan rapmu tiada yang mampu lawan
Lagu yang hebat tak keluar radio
Mereka lebih suka dengar lagu slow mo
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku mereka segan ilmu
Lagu, lirik dan rapmu sungguh hebat belaka
Sampaikan tiada yang mampu untuk mencuba
Teringin aku nak jadi sepertimu
Tapi penulisanku ringkas apa aku mampu?
Aku tahu aku masih mentah tuk jadi sepertimu
Tapi aku suka dengan cara penyampaianmu
Ada yang tersemat dan ada yang tersirat
Dari mula lagu hinggalah ke penamat
Bertuahnya aku jika jadi anak muridmu
Jika ada kurang perbetulkan ayatku
Salam dari salah satu peminatmu
Jika terkasar bahasa maafkanlah daku

mr.admiralchannel
Автор

Legend tetap legend takkan masuk tv lagi..
Kami orang indonesia rindu mr.general 😇

Salam satu rumpun

dermage
Автор

Lidahku kerisku menari nari
Keris bukan sebarang keris namanya TAMING SARI - Ku Khayal

EU
Автор

Malique boleh buat orang jadi semangat bila dengar lagu dia kerana lagunya memberi inspirasi dan positive 🔥 #alhamdulillah

arepnajmi
Автор

Malique Ibrahim (lebih dikenali sebagai Malique atau The General; lahir 21 Ogos 1977) ialah seorang penyanyi, komposer, penulis lirik dan penerbit rakaman Malaysia. Berasal dari Johor Bahru, Johor. Beliau merupakan bekas ahli duo hip hop Too Phat bersama Joe Flizzow.

Selepas duo itu dibubarkan pada 2007, Malique dan Joe bergerak secara solo. Sejak bergerak secara solo, Beliau lebih selesa di belakang tabir yang mana sejak 2007 beliau tidak pernah muncul di mana-mana media cetak dan elektronik.

•Nama lahir
Cairel Adrin bin Ibrahim

•Kelahiran
21 Ogos 1977 (umur 43)
Johor Bahru, Johor, Malaysia

•Genre
Hip-hop, Rap

•Pekerjaan
Penyanyi
Penerbit rakaman
Penulis lirik
Komposer

•Tahun aktif
1998 - kini

•Syarikat rakaman
Positive Tone (1998 - 2003)
EMI Malaysia (2003 - 2008)
Qarma Musiq (2008 - kini)

•Kegiatan berkaitan
Too Phat

•Kehidupan peribadi
Pada 8 Ogos 2008, Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan beliau yang juga seorang personaliti TV, Melissa Maureen Rizal di Bali, Indonesia. Majlis tersebut hanya dihadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat mereka. Beliau telah dikurniakan 3 cahaya mata.


•Kerjaya
Beliau memasuki industri muzik tanah air pada 1998 bersama duo hip-hop Too Phat. Beliau bergerak solo di sekitar tahun 2007.

dan aktif berkarya dengan memperkenalkan beberapa lagu dengan artis-artis ternama dan artis-artis baharu di bawah syarikat rakaman beliau itu. Beliau giat mengeluarkan single seperti
Kau Yang Punya tampil bersama Najwa
Mantera Beradu tampil bersama M. Nasir
Cerita Kedai Kopi tampil bersama Salam
Aku Maafkan Kamu tampil bersama Jamal Abdillah,
Teman Pengganti bersama Black Hanifah

Menghasilkan LP pertama bertajuk OK yang memuatkan 18 buah lagu pada 2008.

Pada 2009, beliau menghasilkan LP kedua dengan usaha sama DJ Fuzz bertajuk K.O The Mixtape yang memuatkan 19 buah lagu.

Pada 2015, Beliau memperkenalkan artis baru di bawah Qarma Musiq, Nukilan yang dianggotai 3 orang, Kirana, Kelana dan Agenda dengan penampilan khas dalam lagu bersama artis pop dari Indonesia, Shae dalam lagu Rindu.

Pada pertengahan April 2015, Nukilan mengeluarkan single pertama mereka, Aduh Neng yang kerap dimainkan di corong radio.

Pada Disember 2016, Beliau menghasilkan LP tebaru berjudul TKO: Pejamkan Mata yang memuatkan 8 lagu single yang pernah dikeluarkan sekitar 2008 -2015 dan memuatkan 3 lagu baru termasuk Pejamkan Mata tampil bersama Dayang Nurfaizah.

fareastproduction
Автор

Apa yg aku suka kat malique ni., dia tanya n dia jawab semuanya melalui lagu..., bercakap bila perlu., bercakap dalam lagu., statement pendek isi padu..., genius bro., kirim salam kat wife n anak2....Salam.

mr.cookiessperlis
Автор

Walaupun aku tahu Malique dah takkan muncul tapi bila aku TERpandang jerr sesuatu tulisan @ tajuk yang tersergam nama Malique confirm aku akan tekan LIKE!!..lepas tu aku akan tonton walaupun aku sedar hakikatnya semua ni hanya lagu lama dari Malique..😔😔

*Aku rasa bukan aku sorang jerr yg lalui benda ni...*

EpuuEgoo
Автор

"tukar niat, baca BISMILLAH pasti menjadi"
InshaAllah ☝🏼

muhammadariffarhan
Автор

ade mesej yg malique nak sampaikan...jangan politikkan industri muzik..jangan pilih bulu...'lagu hebat tapi radio taknak main'

anasedwin
Автор

Lagu adalah perasaan sorang bapak keluar cari rezeki.. hujan panas berhempas pulas cari rezeki.. tetapi masih kecundang.. esok bangun usaha lagi cari rezeki.. to all father.. moga allah permudahkan rezeki kalian mencari nafkah untuk keluarga.. amin..

firdausnewzuraeny
Автор

Aku nk luah sikit~
Aku buat kek pastu memanjang x jadi je, , rasa mcm nk give up dh
Pastu member aku pasang lagu ni and semangat aku tetiba naik aku cuba banyak kali buat kek tu
Sekarang!!! Alhamdulillah bisnes berjalan dngn lancar walaupon kecil2lan, ,
AKU CUBA LAGI
AKU CUBA LAGI
HANYA YANG LEMAH KAN LARI
JADI LELAKI DAN CUBA LAGI !!!!

iqbaljee
Автор

Terbaik pejuang sastera.sajak.puisi.pantun #malique

ballbell
Автор

Terima kasih abg malique utk nasihat ni.. Saya akan cuba lagi, cuba lagi sehingga berjaya walaupun sebelum ni dah berkali2 gagal😢😢

iqachaziqa
Автор

Masih ada harapan apabila Joe cakap, Toophat x mungkin kembali.

Tp malique n Joe mungkin kembali.
Enough.

muhammadaidielmustaffa
Автор

Tiap Kali aku istirehat mesti aku dgr lagu ini..tq Mr general

ijt
Автор

Salah satu mnde yg aku suke MR.MALIQUE ni lirik die xkn mgkin org lain blh buat..1 dlm 1000..die mcm silent killer..jasad xnmpk dgn mata kasar..tapi karya sentiasa di telinga

FA-
Автор

Lagu die byk nasihat itu je aku nk kata

JohnCena-ufmo
Автор

Lagu lama ni, tapi still bermakna utk zaman skrng wlaupom karya nya ditelinga tpi jasad hilang di mata.. weldone boi

pilsgrms
Автор

Lagu ni mmng kenyataan, industri muzik malaysia kebelakang.. Lagu2 best x masuk radio, paling ketare radio bunuh band2 malaysia secare pelahan lepas xfreshfm tutup.. Ad duit ad rupe viral masuk radio..

ArifRahman-qcgn
Автор

Aku baru nk ikut jejak,
Bkn nak makan dedak,
Bkn jua nak brlagak,
Jauh lgi aku nak brsajak,

Madah bergema dianak telinga,
Kluar dari mulut Sang Singa,
Aku terpinga mncari jwpnya,
Masih xbermaya jauh simpangnya

Salam kukirim tiada pengiring tiada pendamping,
Bukan dri Taiping tpi dari Baling,

Assalamualaikum....

theseeker