Ayam Masak Cabai Bersantan

preview_player
Показать описание
Hi semua, assalamualaikum, resepi special kali ni adalah Ayam Cabai Bersantan, resepi ni sangat mudah nak sediakan, amat sedap dan well balance dengan pedasnya dari gabungan cili padi dan cabai besar, lemak santan, masam asam keping dan aroma daun kunyit sangat lah menyelerakan.
Yang uniknya, bahan tumis kita kena tumbuk kasar, baru dapat hasil macam dlm video ni.
Ayam ni kita goreng dulu, kemudian kita masak dengan dengan kuah pekat berlemak tu, biar besalut melekat haaa… baru makan dengan nasi panas. Potong timun sejuk-sejuk.. makan dengan telur mata kuning cair memang kababoom!
Jadi sangat sesuailah untuk yang nak makan simple-simple kat rumah tapi still nak hidangan yang menyelerakan, yang penting masak sendiri, lagi terjamin kualiti, kebersihan dan yang penting sesuai untuk seisi keluarga, jimat duit haa.

//Bahasa Melayu
-------------------------
Bahan-bahan:
½ ekor ayam
1 sk serbuk kunyit
1 sk garam
4 tangkai cili padi
2-3 tangkai cili merah besar
½ biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit belacan
2 cwn santan sederhana cair
ATAU 1/2 kotak krim santan
1 helai daun kunyit
1 keping asam gelugor
Sedikit serbuk kunyit
2 sb sos tiram
Garam
Gula
Perasa, jika suka

//English
-------------------------

Ingredients:
½ chicken
1 tsp turmeric powder
1 tsp salt
4 stalks bird's eye chilies
2-3 stalks red chilies
½ red onion
3 cloves garlic
A little bit fermented shrimp paste
2 cwn coconut milk medium light
OR 1/2 box coconut milk cream
1 turmeric leaf
1 piece tamarind slice
A little bit turmeric powder
2 tbsp oyster sauce
Salt
Sugar
Seasoning, if you like

#resepichenom
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Sy dh cuba msak td..sedapp sgt2 bru lepas mkn ni..trima kasih che nom ❤

aaileensofea
Автор

Dari dlu smpai sekarang saya suka cara cik nom masak suara lembut, slow2 ajar boleh paham, bersih teratur.terima kasih che nom

dishadanisha
Автор

Saya baru kahwin, umur 25.. tak pernah reti memasak. Che nom lah orang pertama dan sampai sekarang menjadi panduan saya. Daripada masak telur pun hangit smpailah dpt sempurna kan apa jua jenis masakan melayu yg pernah wujud dlm channel ni. Semua saya ikut dan jadi .. terima kasih che nom. Tanpa video che nom, saya ni tak tahu lah mcm mana nk jaga perut laki dan diri sendiri 😂 asyik masak mengarut je. Channel che nom byk ajar resepi masakan melayu mudah diikut dan boleh katakan tak pernah gagal.

Sayang che nom 😘 malam ni duk buat resepi ni pulak, alhamdulillah.. tak pernah makan masakan yg mcm ni. First time & mmg lurve! 😍🫶🏼

bipolarosilyn
Автор

Haaa...sama dgn menu saya semalam, cuma masak guna ikan kembung ❤😊 sedaaaap. Oh saya gantikan belacan dgn ikan bilis tumbuk.. sbb kami sekeluarga resdung.

salmighazali
Автор

Tahun ne saya baru jumpa channel chenom. Sblm ne saya xbrp pndai masak. Lepas mak mninggal last year baru cuba masak .sya masak benda frozen je utk kita laki bini mkn sblm ne sbb suami jenis xsuka komplen.. . Tapi bila jumpa channel chenom. Saya pndai masak.. mmg kalau ikut cara chenom, sedap jadi nya.. skg ne klu nak try menu confirm buka channel chenom. Trima kasih chenom. Salam dari wp labuan

mayralee
Автор

Saya dan suami, suka sangat recepi Che Nom....selalu ikut buat cara masakan Che Nom, betul betul nostalgia cara orang kampung dulu dulu. Terima kasih Che Nom.

Saya baru tahu, rupanya Che Nom ni anak murid Al Maleq Syueb! 😊

shahrulniza
Автор

Sy dah cuba mmg sdp sgt2...boleh buat menu raya...dah la bahan2 nak buat mdh sgt2...terima kasih ciknom...

suzanasulaiman
Автор

Alhamdulillah resepi cik Nom ni Sye buat masak tuk niage dn orang PON suka trima kasih cik nom

sitikotima
Автор

Waalaikum salam wah nampak sedapnya masak ayam pedas bersantan terimakasih resepnya

SUPARNOCHANNEL
Автор

Sedap sgt masakan ni. Sy first time try bbrp hari lepas, sy tgok video Supermokti. Resepi supermokti guna cili kering yg dimesin dan xde letak daun kunyit. Bila tengok resepi che nom sy nk cuba versi letak cili hidup mcm ni dan ada hirisan daun kunyit. Masakan ni mmg sesuai utk yg kering idea nk masak apa. Mmg sedap rasa masam2, manis lemak pedas.. pehhh

elainedelillah
Автор

Sy dah cuba tadi, sedap yg amat. Rasa manis berlemak santan dan bau wangi daun kunyit buat bertambah2 nasi😅. Btl cik nom mcm rendang tp bkn rendang. Lagi pula mudah nk buat xbyk bahan.tq che nom atas ❤❤❤

sumiaini
Автор

seronoknyaaa. saya ni memang hantu rendang. tapi nak buat sendiri, macam renyah sangat. ini resepi yang saya perlukannn untuk hilang ngidam makan rendang hehw

baizhuisadeks
Автор

Terima kasih untuk resepinya Che Nom. Kelmarin saya dah cuba ikit resepi Che Nok ni dan hasilnya sangat-sangat sedap. Suami sampai 3 kali tambah nasi. Aroma belacan tu membangkitkan lagi selera orang nak makan. Ditambah lagi rsa lemak dari santan dan rasa pedasnya itu. Terima kaish banyak Che Nom.

coffeelady
Автор

Resepi che nom memang menjadi n sedap sangat.. first time saya belajar masak dulu tgok resepi biryani Pakistan che nom❤ sampai sekarang dh pndai masak

ain_has
Автор

Saya dah cuba resepi ni semalam. Sahih sedap. Menu hari ni nak repeat resepi ni lagi. Thanks for sharing, Che Nom.

ummuaida
Автор

Uishhhh! Nampak pun tau memang sedap perut tengah lapar ni 😋

nurlailaabdulaziz
Автор

Memang sedap gulai Ayam masak santan 👍👍👍

JuniDar-ghnw
Автор

harini anak2 balik dr sek asrama... masakkan utk diorang je ni... uminya puasa ganti 😅 anak yg dh makan kata sedap... umi terliur nk tunggu wkt buka 🤤

esdiaidi
Автор

Waalaikumussalam che nom...Masya Allah nampak sedap sekali...boleh try buat esok...terima kasih atas resepinya

Suryani
Автор

Menu sahur untuk hari ni. Alhamdulillah mudah nak masak. Belacan, saya gantikan dgn kiub pati ikan bilis ¼.

Sedaapp sangat!
Thank you Che nom ❤

Jasmin_love