NIMANG JALONG - LEMAMBANG | KAYAU_KENYALANG

preview_player
Показать описание
Nimang Jalong - Lemambang | Kayau_Kenyalang

Lemambang

Dalam kepercayaan tradisional ini, Tuhan dipuja melalui beberapa upacara khusus seperti upacara Miring, Sampi iaitu jampi, Pengap (melagukan mantera) dan juga Timang.

Ia dilakukan oleh seorang penyair yang disebut sebagai Lemambang ketika upacara keagamaan dijalankan.

Lemambang ini boleh dikatakan sebagai seorang ketua agama atau ketua upacara.

Namun, dia bukanlah ketua masyarakat atau individu yang dirujuk dalam soal adat istiadat orang Iban.

Selain itu, terdapat juga Manang, iaitu seorang pawang atau bomoh yang berperanan merawat individu secara tradisional.

Dalam Pengarap Lama, Manang dan juga Lemambang adalah antara perkara penting yang perlu diikuti.

Lemambang dipercayai mempunyai kuasa ghaib yang boleh menghubungkannya dengan alam ghaib.

Dalam kepercayaan orang Iban, kehidupan mereka dikelilingi oleh unsur-unsur dan semangat tertentu seperti hantu, dewa, dewi dan juga alam mati.

Kesemua unsur-unsur ghaib ini boleh memberikan kebaikan dan juga mudarat kepada mereka, bergantung kepada layanan yang diberikan.

Oleh sebab itu, peranan Lemambang diperlukan dalam hal seperti ini.

Lemambang akan melakukan upacara-upacara khusus untuk memuja dan memohon bantuan bagi pihak masyarakat Iban.

Sedikit sebanyak penerangan ringkas mengenai kepercayaan atau Pengarap Lama yang dipegang oleh masyarakat Iban.

Walaupun sudah ramai daripada orang Iban menganut agama Kristian dan Islam, namun terdapat sebilangan kecil yang masih berpegang kepada kepercayaan ini.

Matlamat bagi menyiarkan dokumentari ini adalah untuk memperkenalkan budaya, tradisi, dan adat
istiadat yang terdapat dalam masyarakat Iban di Sarawak kepada masyarakat luar.

Terutamanya berkenaan dengan upacara ritual lagu Nimang Jalong yang dinyanyikan oleh Lemambang.

Dengan cara ini, masyarakat Iban akan dikenali melalui lagu etnik ritual Nimang Jalong. Maka selepas ini, ia bukan sahaja dapat menambat kembali hati anak-anak muda masyarakat Iban malahan ia juga berupaya menarik perhatian masyarakat luar untuk mengenali lagu tersebut dengan lebih mendalam lagi. Seterusnya lagu etnik ritual Nimang Jalong berupaya menjadi icon masyarakat Iban itu sendiri.

Selain untuk mempertahankan tradisi lama sebagai khazanah. Ritual Nimang Jalong merupakan salah satu tradisi masyarakat Iban yang amat unik khasnya Iban Saribas. Maka ia haruslah dipertahankan sebagai salah satu
khazanah yang amat penting untuk sentiasa diingati terutamanya bagi tatapan masyarakat
Iban pada generasi yang akan datang. Bagi mengelakkan sebarang eksploitasi dari kaum
lain, maka kaum Iban itu sendiri perlulah bertindak untuk menerangkan dan menjelaskan sendiri
mengenai ritual Nimang Jalong.

Selain itu juga untuk memperkenalkan aspek-aspek muzikal yang terdapat dalam lagu etnik ritual Nimang Jalong. Antara aspek muzik adalah seperti ritma, melodi, teks dan aspek muzik lain yang berkaitan semasa ia dinyanyikan.

Special thanks to Warga Pakan...

Credit to
Videografer : Mr. Nading Engul
Video Recorded at : Pakan, Sarawak
Date of Videos : 2014

Video Editor : Mr. Ngalang / Kayau_Kenyalang
Publisher : Kayau_Kenyalang

Stay tuned for more in this look!!

Jangan Lupa untuk support :
___________________________________
Like, Comment, Share & Subscribed

Teruskan menyokong Channel Kayau_Kenyalang supaya banyak lagi content-content yang akan saya kongsikan pada anda. Sokongan anda adalah pembakar semangat hanya dengan like, comment, share dan subscribed.

Terima kasih...OooHaaA....

#NimangJalong
#Lemambang
#Kayau_Kenyalang

Nimang Jalong - Lemambang | Kayau_Kenyalang
,nimang jalong,timang jalung,nimang,leka timang iban,cinematic trailer nimang jalong,nimang jalong cinematic trailer,leka timang,timang iban,cinematic trailer nimang jalong | kaya_kenyalag,timang burung,nimang iban,nimang ensera,leka timang begauk,nuntung jalung,lemambang,sungai utik kalimantan barat,dayak iban kalimantan,rumah betang sungai utik,rumah panjang orang iban,rumah panjang iban,masakan rumahtangga,lagu iban tradisional
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Manah video berinfo baka tok madik... Mayuh bala nmbiak baru nda nemu main asal kitai....

CorneytoChannel
Автор

Manah amat leka main tuk. Lama enda meda. Terima kasih udah share madik.

christariongofficial
Автор

enti nda salah ingat aku, asai ke sekali aja aku kala meda pengawa tok kelia, maya agi mit...

ENIMAXMENMIX
visit shbcf.ru