PRU15 | Perkembangan semasa di Sungai Buloh (Setakat jam 9.30 pagi)

preview_player
Показать описание
Wartawan Astro AWANI, Rahimah Abdullah membawa perkembangan semasa di pusat penamaan calon di Sungai Buloh selain laporan situasi terkini serta sentimen semasa masyarakat di Selangor dan isu-isu menarik PRU15.

SUBSCRIBE now! @Astro Awani

Social Media:

#MalaysiaMemilih
#AWANInews
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Saudara Anwar HARAPAN pilihan kali ini.

Lee
Автор

Dalil dari Al Quran tentang rasuah :
وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)." Al-Baqarah: 188

Dalil dari hadis Nabi SAW tentang rasuah : Dari Ai'syah r.a., katanya: "Rasulullah S.A.W. melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah." HR al-Bazzar & Abu Ya'la

Di dalam sebuah hadis lain: Dari Thauban katanya, "Rasulullah s.a.w. melaknati pemberi rasuah, penerima rasuah dan perantaranya, " (HR Ahmad & Hakim).

Takrif rasuah : "Iaitu sesuatu yang disogokkan kepada penzalim kepada penzalim untuk mengambil hak yang bukan miliknya, atau untuk menghilangkan hak dari yang empunya samada atas motif dendam atau penipuan dengannya, dan untuk mendapatkan satu kedudukan yang tidak sepatutnya atau pekerjaan yang dia tidak berkelayakkan." (Lihat al-Feqhul Wadhih, vol 2, Dr. Muhmad Bakr Ismail, hal.610)

"Termasuk memakan harta orang lain dengan cara yang batil ialah menerima rasuah/suap. Iaitu wang yang diberikan kepada penguasa atau pegawai, supaya penguasa atau pegawai tersebut menjatuhkan hukuman yang menguntungkannya, atau hukum yang merugikan lawannya menurut kemahuannya, atau supaya didahulukan urusannya atau ditunda kerana ada suatu kepentingan dan sebagainya." (Lihat al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof al-Qardhawi)

Begitulah huraian dan penjelasan yang menyentuh tentang perihal rasuah yang diharamkan oleh Islam, dan lebih jelas dari itu Rasulullah S.A.W. dalam hadis sahih menyebut yang bermaksud: "Pemberi rasuah, penerima rasuah & orang perantaraan menguruskan rasuah (orang tengah) semuanya sama akan dimasukkan ke dalam neraka."


Panduan dari ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah dari Malaysia tentang perbezaan rasuah dan hadiah:

1. Adanya perbezaan antara rasuah dan hadiah. Rasuah adalah pemberian samada dalam bentuk harta atau manfaat tertentu yang bertujuan untuk memperolehi sesuatu yang bukan haknya, atau menzalimi hak pihak lain. Dalam Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwitiyyah ditakrifkan, “apa yang diberikan dengan tujuan memalsukan kebenaran dan membenarkan kepalsuan”. (lihat:, 22/220)

Adapun hadiah adalah pemberian atas sebab suka atau sayang tanpa sebarang tuntutan atau ganjaran balas yang disyaratkan. Al-Imam al-Mawardi merumuskan “rasuah apa yang diberikan kerana menuntut sesuatu, hadiah pula apa yang disumbang tanpa sebarang balasan”. Ertinya, pemberi rasuah mengharapkan sesuatu balasan yang dia tidak dapat memperolehinya tanpa sogokan tersebut.

Dengan pemberian tersebut menyebabkan ada pihak lain yang dizalimi haknya; samada dihilangkan, atau dikurang, atau dilambat atau akan ada pihak yang dikenakan suatu tindakan yang tidak adil. Maka, rasuah merupakan pemberian bersyarat, sementara hadiah bukan pemberian bersyarat dan tidak menyebabkan kezaliman kepada pihak lain. Rasuah dikeji oleh Islam, sementara hadiah digalakkan.

Selepas itu, pihak yang mengambil juga amat mengetahui bahawa pemberian itu memberikan kesan kepada urusannya atau tidak. Adakah pemberian tersebut akan menyebabkan dia terasa untuk akan membalas ‘budi’ pihak berkenaan dengan memberikan kepadanya apa yang bukan haknya, atau menzalimi hak orang lain?

Juga sabda Nabi s.a.w: “Kebaikan itu apa yang menenangkan jiwa, sementara kejahatan itu keraguan dalam jantung hati, teragak-agak di dada sekalipun manusia memberi fatwa kepadamu ( ianya baik)” (Riwayat Ahmad dan al-Darimi dengan sanad yang hasan).

Ertinya, sekalipun jika ada yang berfatwa untuk menghalalkan yang salah, namun jiwa mukmin yang ikhlas akan tetap teragak-agak dan ragu mengenainya. Justeru, jika pemberi dan penerima mempunyai perasaan takutkan azab Allah, mereka sendiri dapat memutus apakah nilai pemberian yang diberi atau diterima tersebut.

3. Ertinya, jika pemberian itu atas dasar persahabatan yang tiada kaitan sama sekali dengan jawatan dan kedudukan yang dipegang, maka itu adalah hadiah. Jika ia diberikan kerana jawatan dan kedudukan yang boleh memutuskan sesuatu hak, maka itu adalah rasuah. Perkara ini pernah diingatkan oleh Nabi s.a.w mengenai pegawai atau petugas kerajaan yang mengambil hadiah yang kononnya diberikan kepada mereka. Sabda Nabi s.a.w:

“Apa jadi dengan pegawai yang kita utuskan, kemudian pulang dan berkata: “Ini bahagian kamu, ini bahagian aku. Silakan dia duduk di rumah ayah dan ibunya, lalu tunggu adakah akan diberikan hadiah kepadanya atau tidak?! Demi Allah, dia (pegawai berkenaan) tidak mengambil sesuatu melainkan pada Hari Kiamat nanti dia akan menanggung pemberian itu atas tengkoknya.” (Riwayat al-Bukhari).

4. Rasuah boleh muncul dalam berbagai bentuk; samada harta atau manfaat tertentu yang diberi atau dijanjikan. Juga dengan rasuah hak pihak lain itu boleh dicemari atau dizalimi dalam pelbagai cara. Ini seperti pemberian itu akan menyebabkan disegerakan urusan kita, sehingga menyebabkan terlewatnya urusan pihak lain. Atau jika dalam bentuk persaingan tender seperti zaman sekarang, pemberian rasuah boleh menafikan hak pihak lain untuk dinilai, atau menghapuskan persaingan yang adil antara pihak-pihak yang terlibat.

Rasuah juga boleh menzalimi majikan seperti pegawai mengabaikan kualiti kerja disebabkan habuan yang disuap. Juga rasuah juga boleh menyebabkan ada pihak yang akan dihukum secara tidak adil. Firman Allah: (maksudnya):- “dan janganlah kamu makan (mengambil) harta antara kamu dengan cara yang batil, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan cara dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)” (Surah al-Baqarah, ayat 188)

5. Rasuah atas nama hadiah boleh merosakkan rakyat dan negara. Lihat sahaja negara seperti Mesir yang setiap kerja yang sepatutnya berjalan dengan baik terbengkalai kerana setiap urusan akan menuntut wang saguhati atau tips. Bermula dari driver bas di Airport Kaherah sehinggalah ke pihak-pihak yang lebih atas. Apabila keadaan ini berlaku orang miskin susah hendak berurusan kerana mereka tidak mampu memberikan ‘hadiah’ kepada pegawai-pegawai yang bertugas.

6. Perbuatan rasuah adalah dosa yang besar. Sabda Nabi s.a.w: “Allah melaknat pemberi rasuah dan penerimanya” (Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani).

Apa tidaknya, rasuah boleh meruntuh keseluruhan sistem keadilan dalam sesebuah masyarakat. Kata Saidina Ali bin Abi Talib: “Sesungguhnya binasanya manusia terdahulu kerana mereka menghalang kebenaran sehingga ianya dibeli. Mereka membentangkan kezaliman sehingga ianya ditebus”. (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/201. Beirut: Muasasah al-Risalah).
SLOGAN "MALU APA" samalah maknanya dengan "APA TAKUT API NERAKA"!!

mustarpendekar
Автор

Khairi patutnya bertanding tiket Bebas. baru rakyat akan undi. ni bertanding tiket BN memang rakyat takkan undi kau la sebab nanti wak jahid akan gugurkan kes mahkamah dia kalau BN menang.

taring_
Автор

Undi calon yang boleh memberi perkhidmatan kepada rakyat dan negara.
Jangan taksub kepada parti dan politikus.
Terutama kluster Mahkamah, pengkhianat bangsa, rakyat dan negara.

mohdazharmohdzakaria
Автор

Ayuh pengundi sg buloh, mari kita undi calon BN yb khairy KJ

bungkongbakar
Автор

Aku x sokong BN . tapi kalau KJ bertanding tempat aku ...aku akan beri undi pada KJ. rugi kalau orang berbakat besar mcm ni hilang dari politik . Bagi aku dalam semua ahli politik dalam Malaysia ..setakat ini hanya KJ yg layak jadi PERDANA MENTERI. Tapi sayang kebodohan Zahid menganaktirikan KJ

janggutberapi
Автор

KJ kena menang Klu kalah karier politik beliau akan berakhir.Beliau tak popular di kalangan umno pun

umarariz
Автор

Berita tiga suku .tak bolih percaya...PH terbaikk.

cakoiman
Автор

Smga PH anwar jd PM10..humban parti sakau negara masuk pnjra

markjue
Автор

Kj kena jwp skandal mysejahtera yg rafizi bongkar dulu baru nmpk xterbabit dlm skandal tu

hyanghyung
Автор

Pooooraaaah manifesto yg kelas tp duit pembelian vaksin brblion tu x bagi penjelasang langsung..Jin @ Jembalang ke yg sapu...😈😈😈😈

mazukiyaziz