Polis Terengganu nafi lebih 230 motosikal RXZ dicuri

preview_player
Показать описание
Polis Terengganu menafikan dakwaan terdapat lebih 230 motor RXZ hilang dicuri sempena Program RXZ Members 4.0 di Kuala Nerus, baru baru ini.

Sebaliknya, Hanya dua aduan diterima setakat ini melibatkan kes kecurian dan satu membabitkan kemalangan maut.

Ketua Polis negeri, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, jumlah yang tular itu tidak tepat.

Terdahulu, beliau hadir pada Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontigen negeri di Kuala Nerus.

Seramai 408 daripada 668 anggota hadir menerima anugerah tersebut.
Рекомендации по теме