Viking - Misteri Dunia (1989)

preview_player
Показать описание
Kumpulan Viking adalah antara beberapa kumpulan-kumpulan rock melayu yang kurang mendapat promosi oleh media massa menjadikan mereka kurang dikenali, salah satu faktor kerana diterbitkan oleh syarikat rakaman tangkap muat pada masa itu, sekitar lewat 80-awal 90an banyak muncul syarikat rakaman yang cuba mengambil kesempatan fenomena rock yang sedang menggila pada masa itu. Urusan promosi yang kurang, mutu rakaman yang rendah serta urusan hakcipta yang tidak telus merupakan salah satu penyakit dari syarikat-syarikat rakaman ini. Kumpulan Viking merupakan salah satu mangsa syarikat-syarikat rakaman tersebut. Album Viking - Dalam Pelayaran terbit pada tahun 1989 menerusi syarikat rakaman Sound Gold Studio dan diedarkan oleh Form Records.

VIKING - DALAM PELAYARAN (1989)
01. Viking (Dalam Pelayaran)
02. Menanti
03. Teruskan Perjuangan
04. Citra Cinta
05. Pasti Kebebasan
06. Damai & Darah
07. Sisa Cinta
08. Jeritan Irama
09. Kehilangan Mu
10. Misteri Dunia

Kasét rip oléh Daeng Hasri.
Рекомендации по теме