TUN FATIMAH TOKOH WANITA MELAYU

preview_player
Показать описание
Tun Fatimah merupakan srikandi Melayu Melaka yang sangat jelita dan pandai bersilat. Beliau juga merupakan tokoh wirawati yang bijak pandai permikirannya kerana dikatakan telah membuka empayar di Johor. Walau bagaimanapun, kehidupan Tun Fatimah ini tidaklah secantik dan seindah rupa parasnya. Pada hari perkahwinannya dengan Tun Ali, Sultan Mahmud Syah dipersilakan oleh Bendahara Tun Mutahir akan mengadap anaknya kahwin itu. Akan tetapi, Sultan telah murka kerana tidak dikhabarkan tentang kewujudan anak gadis Bendahara Tun Mutahir yang cantik jelita paras rupanya itu. Baginda cuba untuk memperisterikan Tun Fatimah walaupun Tun Fatimah sudah berkahwin. Maka bermulalah berlakunya pemfitnahan di antara Bendahara Tun Mutahir dan pembesar istana sehingga berlakunya pembunuhan. Kisah Tun Fatimah ini lebih menjadi tragis apabila beliau telah menjadi isteri kepada Sultan Mahmud. Namun, atas kepintaran dan kebijaksanaannya, Tun Fatimah berusaha mencari tahu dalang disebalik pertengkaran dan pembunuhan yang berlaku.
Рекомендации по теме