SITI NURHALIZA - Bila Hari Raya Menjelma (Official Lyric Video)

preview_player
Показать описание
#SitiNurhaliza #AnugerahAidilfitri #SuriaRecords #HariRaya #Raya #Tradisional #Traditional #Malay #Melayu #Malaysia #MalaysiaMusic #MuzikMalaysia

Anugerah Aidilfitri ialah sebuah album studio kesebelas daripada Siti Nurhaliza di mana album ini memuatkan lagu-lagu yang bertemakan Hari Raya Aidilfitri. Album ini dilancarkan seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2003. Antara lagu-lagu yang menarik perhatian pendengar semasa Hari Raya Aidilfitri ialah Sesuci Lebaran, Nazam Lebaran, dan Meriah Suasana Hari Raya.

Siti Nurhaliza dilaporkan pernah berkata beliau telah merakamkan sebuah lagu raya yang akhirnya menjadi sebuah album raya. Difahamkan bahawa beliau mula merakamkan album ini sejak bulan Ramadhan. Selain itu, beliau turut merakamkan semula lagu “Suara Takbir” yang dipopularkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Trivia tentang "Bila Hari Raya Menjelma"

1. Lagu ini adalah hasil ciptaan komposer veteran S. Atan bersama Nurul Asyiqin sebegai penulis lirik.

2. "Bila Hari Raya Menjelma" dimuatkan lebih awal pada 2001 dalam "Salam Aidilfitri", sebuah album kompilasi Aidilfitri oleh Suria Records.
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Terbaik...suka sangat lagu raya dari Dato Siti nurhaliza.best2 semua nya.

sitisuriyanihamsani
Автор

Terima kasih Dshs nurhaliza terbaik mantap 🙏🙏🙏🥰🥰🥰😊😊😊💋💋💋❤❤❤

gulammamu
Автор

Meriahnya sempena hari Ramadhan dan hari Raya🥰

haziqsyazwanhalmi
Автор

Semoga kita senantiasa diberikan umur panjang, kesuksesan, kesehatan, keselamatan agar dapat bertemu kembali dibulan ramadhan yg akan datang.. Aamiinn

masedi
Автор

Terbaik SRC... terbaik Dato' Sri Siti Nurhaliza...

muhamadzulkiflimdzain
Автор

Dear SRC, sempena ramadhan dan raya  nih uploadlah introduksi siti nurhaliza dalam album vcd mtv/karaoke anugerah aidilfitri. PleaseeDear SRC, sempena ramadhan dan raya  nih uploadlah introduksi siti nurhaliza dalam album vcd mtv/karaoke anugerah aidilfitri. Pleasee

dennyramadhan
Автор

raya tahun ni bersyukur sb kwsp onn off da Lulus tunggu duit masuk 🤣😄😂😝😝🤣🤣 Malaysia ni sungguh indah sb ada BN🤣😝PhDap tak indah sb tipu rakyat😝🤣😝

cristinaloranacristinalora