filmov
tv
Gempita AV8 8x8 Kuasa Tempur ATM Terhebat,Kebanggaan Malaysia! #shorts #ATM
Показать описание
PENGENALAN ASSET ARMOR/MEKANISE
GEMPITA AV8 8 X 8
Selepas pengumuman kereta perisai buatan Turkey dari syarikat FNSS, model 8X8 AV-8 akan menggantikan kereta perisai lama milik Tentera Darat iaitu Condor dan Sibmas.
Ini merupakan kali kedua, Malaysia menggunakan produk dari FNSS di mana sebelum ini, kereta tempur Adnan sebenarnya merupakan model keluaran syarikat itu, ACV-300. Kenderaan ini akan dilengkapkan kepada pasukan-pasukan Infantri Mekanise dan Armor.
Yang nyata ia lebih berkemampuan dari perisai yang dipakai oleh Condor kerana AV8 ini mempunyai ketebalan perisai sehingga ke tahap 4, ini bermakna ia mampu menangkis tembakan dari peluru perobek armor (AP Rounds) 7.62mm dan 14.5mm.
Kemampuannya untuk menahan robekan peluru 14.5 mm membuktikan kenderaan ini adalah lebih baik dari kereta perisai MOWAG Piraanha, ini juga bermakna kenderaan ini mempunyai kemampuan setanding dengan kereta perisai Stryker buatan Amerika Syarikat.
Penggunaan System Integrator dari Thales juga membolehkan sistem kenderaan ini berkongsi maklumat dengan pasukan kereta kebal PT-91 yang dilengkapi dengan sistem elektronik dan perkongsian pintarnya sendiri.
Gempita AV8 8 x 8, adalah kenderaan tempur kegunaan Tentera Darat Malaysia yang dibina hasil kerjasama firma Deftech dan juga FNSS. Sejumlah besar kenderaan tempur ini dibina di Pekan, dengan bantuan teknikal dan pengalaman dari firma FNSS Turki. Direka untuk membawa sehingga 11 orang anggota Trup Serang/Infantri, mampu menjangkau jarak operasi sehingga 700km dengan kelajuan maksimum 100km/j.
Kenderaan tempur ini dilengkapi sistem pengurusan tempur berkomputer yang dibangunkan oleh syarikat tempatan Sapura dengan kerjasama Thales.
Sebanyak 12 jenis varian berbeza untuk kegunaan Tentera Darat. Kenderaan ini digunakan bagi membawa Trup Serang/Infantri ke medan tempur, dilengkapi armor perlindungan yang mampu bertahan dari kesan tembakan senjata 7.62mm. Armor perlindungan yang diperbuat dari bahan komposit aluminium dan keluli ditambah dengan perisai tambahan di bahagian hadapan kenderaan yang menepati standard Level 4 yang mampu bertahan dari impak serpihan peluru artileri 155mm, impak kinetik peluru 14.5mm jenis penembus perisai, dan ledakan periuk api sehingga 10kg.
Telah diatur gerak ke Sabah bagi mempertingkatkan lagi keupayaan tempur pasukan sedia ada yang berada di bawah kelolaan ESSCOM.
Spesifikasi Data Teknik:
Berat: 28 Tan
Panjang: 8 m
Lebar: 2.7 m
Tinggi: 2.17 m
Crew: 3 + 11
Perisai: Aluminium dan keluli.
Senjata Utama:
: Denel G130 30mm Gun
: 25mm Sharp Shooter Autocannon.
Persenjataan Tambahan:
: Sepaksi 7.62mm machine gun.
: 12.7mm RWS.
: LCT30 ZT Ingwe ATGW.
: 120mm Mortar.
Injin: Deutz diesel
550 hp
Jarak Operasi: 700 km
Kelajuan: 100 km/j.
: 30 km/j dalam air.
Varian atau jenis kenderaan merangkumi unit kenderaan tempur yang dilengkapi:
1. AV8 Bushmaster 25mm.
2. AV8 30mm pengangkut infantri dan sokongan tembakan.
3. AV8 30mm dengan pelancar peluru berpandu Ingwe 124mm.
4. AV8 Kenderaan penangkut infantri dengan mesin gun kawalan jauh 12.7mm.
5. AV8 Ambulan Medan.
6. AV8 Kenderaan Perintah.
7. AV8 Kenderaan pembawa mortar 120mm.
8. AV8 Kenderaan Kembalik.
9. AV8 Kenderaan peninjau dengan radar dan sensor medan.
10. AV8 Kenderaan kejuruteraan dan peninjau nuklear, biologi dan kimia.
11. AV8 Kenderaan Komunikasi.
12. AV8 Kenderaan Senggaran.
AV8 memberikan kelebihan mobiliti dan atur gerak tentera infantri ke medan dalam keadaan terlindung dari tembakan senjata ringan dan ledakan ketika memasuki medan tempur, selain memberikan sokongan tembakan kepada tentera infantri yang sedang bertempur dari ancaman kenderaan armor musuh dan tentera infantri musuh.
Sumber : Facebook Rejimen 515 Askar Wataniah - WP Kuala Lumpur

Комментарии