filmov
tv
WARNA (colour) P. Ramlee MOVIES (Clip3)

Показать описание
Labu dan Labi merupakan filem Malayu yang diarah dan dilakonkan oleh P. Ramlee. Filem ini mengisahkan tentang Labu dan Labi, 2 orang gaji kepada usahawan kain yang kedekut iaitu Haji Bakhil, dengan angan-angan mereka yang besar. Filem ini digayakan seperti pementasan pantomim dengan saduran lawak jenaka dan watak yang kadang-kala bercakap terus dengan penonton. Filem ini mempunyai turutan iaitu filem Nasib Si Labu Labi.
Labu (Mohd. Zain) dan Labi (P. Ramlee) adalah orang gaji Haji Bakhil, seorang tua yang sangat kedekut dengan isterinya yang penyabar dan setida serta anak perempuan mereka yang cantik, Manisah (Mariani). Kedua-dua Labu dan Labi sering dimarahi, dimaki dan dipaksa melakukan hukuman kanak-kanak iaitu ketuk-ketampi oleh Haji tetapi tetap bertahan untuk bekerja dengannya kerana masing-masing dalam diam telah jatuh hati kepada Manisah.
Satu malam apabila mereka berdua hendak tidur di beranda rumah Haji Bakhil seperti biasa, mereka berdua memulakan cerita tentang angan-angan masing-masing.
Labi bercerita sekiranya mereka mewah dan mempunyai pekerja sendiri. Labi berangan yang dia adalah majistret yang ingin ke kelab malam untuk berjumpa dengan Labu, yang berangan juga menjadi seorang doktor. Dalam angan-angan ini, Haji Bakhil (yang dalam babak ini belum pergi haji) muncul sebagai pelayan untuk mengambil pesanan mereka (dan Labi membalas dendam dengan turut menengking kepadanya). Labu dan Labi kemudiannya menyaksikan persembahan Saloma dan kumpulan Kumpulan Panca Sitara yang turut disertai suaminya, P. Ramlee dengan nyanyian lagi "Bila Larut Malam". Kemudian, Aziz Sattar yang turut mengacarakan malam itu mempersembahkan peragaan fesyen dan salah satu modelnya ialah Sarimah.
Selepas persembahan, Labu menuju ke belakang pentas untuk menemui Sarimah di bilik persalinannya, tetapi ketika dia berbual dengan Sarimah, Labi muncul dengan tujuan yang sama. Labu dan Labi mula bertelagah, dan pertelagahan mereka terlalu kuat hingga mengejutkan Haji Bakhil yang menjerit menyuruh mereka kembali tidur.
Sementara itu, Labu berkata yang dia tidak mahu tinggal di bandar malah ingin tinggal di hutan (tetapi disindir Labi, "Nak jadi Sang Rajuna Tapa?"). Labu berkata dia ingin menjadi Tarzan yang boleh memerintah segenap haiwan di hutan (kecuali babi hutan). Dia berangan yang dia seorang Tarzan Melayu dengan memakai keris. Dalam babak ini, Haji Bakhil menjadi Chita, sepupu Haji Bakhil iaitu seekor monyet tak berekor. Ketika Labu menyediakan sambal belacan kerana bosan dengan buah, Labi muncul sebagai harimau yang juga tidak berekor. Labi ingin memakan Labu dan perlawanan bermula hingga kali ini, Haji Bakhil muncul dan memarahi mereka.
Setelah diam kembali, Labu bertanyakan Labi sama ada dia suka atau tidak tinggal di hutan. Labi mengatakan dia lebih suka menjadi koboi yang boleh tangkap penjahat dan banyak ganjaran. Dia berangan yang dia seorang sherif manakala Labi menjadi Jesse Labu, adik bongsu Jesse James. Haji Bakhil sekali lagi muncul dan kini dia menjadi cucu Haji Bakhil yang menjadi pelayan bar (dengan meminjam uniform dapur Labu). Labu dan Labi memulakan perlawanan tembakan dan bunyi pistol dari mulut mereka membangunkan sekali lagi bos mereka. Haji Bakhil mengarahkan mereka bagun awal dan bekerja awal-awal bagi sebagai denda . . .
DIBINTANGI:
P. Ramlee sebagai Labi Bin Kura Kura/sendiri
M. Zain sebagai Labu bin Kundur
Udo Omar sebagai Haji Bakhil bin Haji Kedekut
Mariani sebagai Manisah Haji Bakhil
Rahimah Alias sebagai isteri Haji Bakhil
Shariff Dol sebagai pembantu Labu
Nyong Ismail sebagai Bomoh
M. Babjan sebagai Pendeta
Saloma sebagai sendiri
Aziz Sattar sebagai sendiri
Sarimah sebagai sendiri
LAGU♫
Yang Mana Satu Idaman Kalbu - P. Ramlee & Saloma
Bila Larut Malam - Saloma & Pancha Sitara
Singapura Waktu Malam - Saloma

Комментарии