Asal-usul lagu Jejak Rasul ADA 2 VERSI? 😱

preview_player
Показать описание
#faktaw
#shorts
#malaysia
#puasa
#sahur
#ramadhancore
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

✨❤️‍🔥🔥 Giveaway Sempena Raya! 🔥❤️‍🔥✨

Cara-cara untuk sertai 👇🏻

Komen pengalaman paling lawak masa puasa atau raya korang 🌙 dan jangan lupa gunakan hashtag #FaktawRaya2025 untuk video shorts sepanjang bulan puasa ini. 🎬📲

• 5 pemenang akan dipilih secara random. 🎲
• 5 lagi pemenang akan dipilih berdasarkan komen yang paling lawak atau menarik! 😍

10 orang pemenang ini berpeluang memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM1, 000! ✨🎁

Good Luck korang dan selamat menonton 📺💪🏻🔥

FaktawShorts
Автор

Mesti ramai pilih versi pertama, popular bila ada dengan si kucing tu 😂

Btw, momen lawak & kenangan saya bila kami tonton video Lawak Faktaw waktu raya kedua kat rumah saudara

Nenek pun layan sekali tau, & kitaorang sangat terhibur 😍👍🏻

Dan paling tk bole dilupakan !, katak masuk rumah buat tambah kacau bilau pula 😂
katak pun nak beraya, heh
#FaktawRaya2025

kuchengchendol
Автор

Pengalaman bulan puasa yang paling aku tak boleh lupakan ialah waktu petang kat masjid ada sorang pakcik tu bagi dulang penuh gelas air kosong untuk berbuka, aku pun ambil lah satu letak depan aku, siap tenung sebab haus gila masa tu... Berapa lama macam tu azan pun dah berkumandang, apa lagi aku terus teguk separuh gelas.tapi tiba tiba aku rasa pelik sebab air tu ada rasa lemak, dalam kepala aku “sejak bila air kosong ada perisa“..nak dipendekkan cerita aku pun pandang lah dalam gelas rupanya ada benda putih terapung dalam gelas rupanya air basuh santan🤣🤣🤣😭😭satu saff terus gelakkan aku sebab main minum je tak tengok tengok yang lebih lawak nya lagi pakcik yang bagi aku air tu pun blur dia kata“eh siapa yang letak ni dalam dulang"waktu tu aku punya malu haih 🤣🤣
#FaktawRaya2025

ApissSultansabah
Автор

hadir faktaw 😆 versi pertama tu legend

afiqrisk
Автор

Kenangan raya paling lawak bagi saya ialah semasa kecil, ketika balik kampung, 🤭
selipar & kaki saya terkena lumpur semasa abah membawa kami adik beradik berjalan-jalan 🎆

Saya terpaksa pulang untuk cuci. Bila datang balik, mereka dah tiada, jadi saya pulang dan tunggu mereka balik. 😅

Bila mereka balik, adik saya cakap
"seronok dapat makan biskut, rugi kau tak ikut".

Saya fikir biskut raya tapi rupanya cuma biskut kering, Adik saya punyalah gembira, siap tunjuk biskut kering tu kat saya 🤣

Kenangan itu buat saya tak boleh lupa dan masih teringat sampai sekarang ‼️

#FaktawRaya2025

runningman
Автор

Salam Ramadhan Faktaw 😊
Versi pertama tu legend dah.
Versi kedua tu lebih soulful

haerafh
Автор

Sejujurnya sy lebih sukakan versi yg pertama kerana sy membesar dgn siri jejak rasul yg pertama lg dan sejak kecil sy antara peminat setia siri ini pada setiap petang di bulan Ramadan. Dan lagu versi yg pertama amat² nostalgia bg sy dan mengamit kenangan silam.

BraderRiyoe
Автор

Ciptaan gubahan lagu dari mendiang Peter Lim lagi sedap. Evergreen.

Dusun-lbky
Автор

Versi 1996 ❤❤❤ Den form 4 time tu.. nostalgia 🥰🥰🥰

DapurNadiahaizie
Автор

Pengalaman paling lawak masa puasa atau raya ialah pada tahun 2022 sebab raya mengejut. Masa tu agak ramai dah orang kampung bagitahu esok raya tapi masih lagi nak cuba tunggu pengumuman juga untuk kepastian. Bila pengumuman dah diberitahu ramai terkejut dan kelam kabut nak buat persiapan untuk raya. Boleh dikatakan satu kampung ramai orang tak tidur masa tu. Bila dah pagi ramai orang rasa penat dan mengantuk sebab berjaga sepanjang malam termasuk saya. 😂😂#FaktawRaya2025

Adam-vim
Автор

Comel kucing tu ye❤

Momen paling lawak waktu terbuka puasa

Waktu tu tengah seronok sembang pastu rasa lapar dan dahaga pulak. Pastu saya pergilah ke dapur untuk makan dan minum. Saya ambil 2 bungkus Maggie dan 1 cawan air. Lepas habis makan tu je baru kawan bagitahu "wey puasa la awat hang pi makan tadi" baru perasan puasa😅 nasib baik tak batal piasa sebab lupa. Tapi tak expect dah habis makan baru kawan nak ingatkan.

Rezeki allah swt❤ semoga faktaw murah rezeki

#FaktawRaya2025

mohdfirdausabuhasan
Автор

Pengalaman sy yg sy rasa lawak adalah time kat kampung.Wkt tu sy nak hntr minuman kat tetamu, trus ada bdk² yg main lari² and then terlanggar sy, Dhlh gls yg nak pakaikan tetamu tu gelas kaca, kalaulah pecah habis lah sy, cra sy nak selamatkan tu gls sy ikut je arah tu gls nk jatuh, Dhlh buat malu je, nnk pun smpt lgi kata dgn mak sy "nh menari sdh akau kamu tu"🤣🤣.
Semoga ada rezeki.#FaktawRaya2025

YanaYana-yy
Автор

Suka dua-dua lah 🗿👍 yang versi pertama tu memang legend lah dan nostalgia bagi yang membesar dengan siri Jejak Rasul, kalau kedua tu macam nasyid sikit sebab dia ada tambah vokal tapi dua-dua pun best

KhalifahAswan
Автор

1996 punya sentiasa terngiang ngiang kat dalam kepala aku🤣🤣🤣🤣🤣🤣😌

dinberamboi
Автор

Assalamualaikum Faktaw! 👋🏻

Pengalaman paling lawak masa puasa

Masa tu nak ambil bantuan raya asnaf di Kompleks Penyayang Bakti, saya nak pergi ambil wuduk. Tapi malangnya, dekat sana tak ada lampu, jadi dalam gelap saya tak nampak jalan. Dengan penuh keyakinan, saya jalan terus… rupanya saya dah sesat! Yang paling tak boleh tahan, ada orang kat belakang ikut saya sekali, ingat saya tahu jalan. Akhirnya, kami semua sesat beramai-ramai! Bila sedar salah jalan, saya pura-pura tenang sambil cari arah balik… dalam hati? Ya Allah, MALUNYA! 😂😅

#FaktawRaya2025

foxlaxy
Автор

Nostalgia nya, dulu masa kecik² rajin tgok sebelum berbuka, kalau lah boleh putar kembali, teringgin nk rasa balik masa tuh.. skrang bertambah stress ada lah..

REDSNOW-
Автор

⚠️ WARNING! JANGAN BACA KALAU TAKNAK TERGELAK SAMPAI MAGHRIB! 🤣⚠️

📌 BASED ON TRUE STORY, NO LIE LIE! BECAUSE I NOT LIE IN RAMADAN! 😭


---

Puasa tahun tu saya berazam nak jadi paling kuat, paling tabah, dan paling hebat dalam menahan lapar dan dahaga. Saya bangun sahur awal, makan nasi berlauk dengan penuh semangat, minum air sampai perut rasa macam saya simpan air untuk tiga hari, dan bersedia untuk menghadapi hari penuh dugaan.

Tapi saya lupa satu perkara… saya ni magnet kejadian pelik!

Malam tu saya tidur awal, kononnya nak bangun sahur dengan bertenaga. Tengah saya lena, saya terdengar azan. Dalam keadaan mamai, saya terus bangun, capai pinggan, dan makan nasi dengan lahap (macam kena kurung 2 tahun dalam bilik kebal pastu baru dapat makan 😔🍛).

Telur dadar habis. Ayam goreng habis. Sambal belacan pun saya licinkan. Tiba-tiba… saya rasa ada benda tak kena. Rumah sunyi semacam. Saya tengok jam…

⏰ "3:15 PAGI?!" ⏰

YA ALLAH! Saya TERBANGUN AWAL! Saya sahur awal 2 jam! Maknanya nanti kena sahur kali kedua?! Saya termenung lama depan pinggan kosong, fikir kehidupan 😭.

Tengah hari datang dengan dugaan paling besar. Matahari terpacak atas kepala, tekak saya rasa macam padang pasir 🏜️. Saya masuk bilik air nak basuh pinggan bekas sahur tadi. Tapi entah macam mana, masa saya buka paip, air tu memancut keluar macam batu!
Saya cuba larikan tangan, tapi terlambat—setitik air termasuk kena bibir saya. 😌

Saya terus berdiri kaku, mata terbeliak, otak loading 10 saat. "YA ALLAH, BATAL KE TIDAK NI?!" (Actually saya kata dlm hati kenapalah saya tak terlupa je yg harini puasa boleh la saya makan tanpa batal)Saya cepat-cepat lap mulut, kumur-kumur dengan air liur sendiri, dan istighfar banyak kali. Dalam hati dah buat drama:

"Ya Allah, adakah ini kifarah sebab saya selalu gelakkan orang lain?!" 😭

Masa berbuka, saya dah tak sabar. Gelas air sirap saya genggam erat macam emas . Lauk semua depan mata. Dalam hati saya kira, "Lagi 10 saat, 9… 8… 7…"

Tiba-tiba, TINGGG! 💡⚡ LAMPU RUMAH TERPADAM.

BLACKOUT!

Saya panik, tangan saya yang pegang air tadi terkejut, dan air sirap terus tertumpah atas nasi! 😭🍷 Ayam masak merah saya dah bercampur sirap, sambal belacan jadi manis, dan saya terdiam tengok lauk saya bertukar warna 🫠.

Mahu tak mahu, saya berbuka dalam gelap, makan nasi sirap dengan penuh keinsafan. Dalam hati saya cuma mampu cakap:

"Ya Allah, apakah ini ujian dari-Mu?" 😔

Sejak hari tu, saya sedar satu benda. Bukan saya yang pilih puasa, tapi puasa yang pilih saya. 😭💔(Untung minyak je tak tertukar jadi kordial)

Selamat menunaikan ibadah puasa! 🌙 Jangan ponteng-ponteng, nanti malaikat catat dalam buku rekod! 📜✍️ Kalau nak duit raya banyak, puasa kena full okay! 💸🤣

nekmahsyam
Автор

Assalammualaikum faktaw...pengalaman paling lawak time saya first puasa...saya puasa sampai tengah hari...lepastu mintak izin dekat arwah emak nak buka puasa sebab tak tahan...dia marah dan x mau cakap dengan saya kalau saya buka puasa tengah hari....nak tak nak saya puasa jugak sampai dekat nk berbuka...saya dah lembik nak pengsan semua ada...lepas berbuka arwah mak kata...takda lagi orang mati sebab berpuasa😂saya pon buat taktahu je...sebab tengah sedap makan😂
#FaktawRaya2025

tarmizirazli
Автор

Pengalaman paling lawak masa bulan puasa yang aku tk bole lupa smpai sekarang.... Time tu form 2 aku ade kawan nama dia syamil dia ni mmng pelawak la aku selalu lepak dgn dia sumpah best sebab ade je benda unik dan gila dia akan buat. Ade satu haritu cikgu kitorang suruh kemaskan surau so aku, syamil dan lagi 2 org kawan aku bwk beg kitorang pergi kemas. Kitorang pon tgh kemas la mcm biasa lepastu yg syamil ni bagi satu idea dia bagitau "wei nk tak aku azan" kitorang ingatkan dia ni gurau ke ape lepastu dia bagi plan dia kata " mic pon on lagi pukul 5:30 pagar pon dh start buka, bila pagar dh buka aku cepat2 azan lepastu lari balik terus lagipon esok dh start cuti raya kan" kitorang pon setuju la sebab best pulak plan ni kan. Kitorang dh habis kemas masa pon dh dekat sebelum dia nak azan kitorang standby siap2 beg kitorang utk lari terus. Lepastu dh start loceng pagar pon dh bukak ape lagi azan ah syamil ni lak azan2 tu dia tmbh2 ayat "woi esok jangan lupa bangun sahur" kitorang time tu sumpah tak tahan gelak nak lari pon susah dan masa tgh lari tu bole pulak syamil ni terjatuh❤❤❤❤❤ aduhh mmng pecah la perut time tu dh tak bole kawal gelak mat karma hit terus. Lepas kluar pagar tu aku perasan ade dua cikgu cek2 surau masa

Tu mmng best moment la bagi aku zaman sekolah kan Rindu zaman tu

#FaktawRaya2025

zabidizulkarnain
Автор

Versi nombor 1.. dulu memang tak sabar nak tengok jejak rasul, kisah2 nabi, .set masa sokmo nok tengok jejak rasul.

nurulasma
visit shbcf.ru