May - Hiasan Kalbu

preview_player
Показать описание
Kumpulan May ialah sebuah kumpulan rock yang aktif di Malaysia semenjak pertengahan dekad 1980-an. Kumpulan ini membawakan lagu-lagu berbahasa Melayu.
Kumpulan MAY ditubuhkan pada 1986 oleh 4 orang anak muda daripada kampung Manjoi, Ipoh, Perak yang mengikuti langkah SYJ dengan menubuhkan sebuah kumpulan muzik aliran keras. Nama MAY diambil sempena pangkal huruf nama timang-timangan keempat-empat mereka iaitu 'M' bagi nama Mus (Mustaffa Din) dan Man (Sharip), 'A' bagi Abu (Nasir) dan 'Y' bagi Yus (Mohktar).
Kumpulan May telah menyertai pertandingan Battle Of The Band pada tahun 1987 dan mendapat tempat ketiga, malah Mus berjaya meraih hadiah Vokal Terbaik pada pertandingan itu. Kejayaan tersebut menarik perhatian syarikat rakaman Warnada Records untuk menawarkan kontrak rakaman kepada kumpulan ini. Album pertama May diterbitkan sendiri mereka pada tahun 1988 berjudul 'Dilema'. Sebelum 'Dilema', May ada merakamkan sebuah album mini 'Juara Juara Rock' yang mengabdikan enam lagu. Lagu popular bagi album tersebut ialah 'Derita Bangsa', 'Bayangan Hidup' dan Sketsa Sebuah Cinta'. Bagi album 'Dilema', lagu hits adalah 'Ku Dalam Dilema', 'Sketsa Sebuah Cinta' (lagu yang diambil dari Juara Juara Rock) dan 'Keadilan'.
Album kedua May yang berjudul 'Hakikat' adalah album yang menaikkan nama May. Album ini berjaya dijual sebanyak 200,000 unit. Lagu-lagu seperti 'Sendiri', Cintamu Mekar Dihati', 'Dari Kacamata' dan 'Hakikat Perjuangan' menjadi siulan anak-anak muda ketika itu. Lagu 'Sendiri' juga telah berjaya memasuki pertandingan akhir Juara Lagu 1989.
Berbeza dengan kebanyakan kumpulan rock tempatan yang lain, May hanya mengalami pertukaran vokalis sebanyak dua kali sepanjang karier muzik mereka manakala keanggotaan pemuzik dalam kumpulan ini tidak pernah berubah.

Tiga vokalis May, Yantzen, Mus dan Oney
Anggota asal
1. Mus (Mustaffa Din, lahir 10 Mei 1968) - Vokal (1986 - 1991), (2002 - sekarang)
2. Man (Mohamad Saarip bin Yaakob, lahir 1965) - Drum
3. Abu (Mohd Nassier bin Yusof, lahir 12 Januari 1967) - Gitar
4. Yus (Mohd Mohtar bin Mohd Madin, lahir 1965) - Bass
Bekas vokalis
1. Yantzen (Yantzen Juniwan, lahir 2 Disember 1958) bekas vokalis Rusty Blade (1992 - 1996)
2. Oney (Mohd Redzuan Aziz, lahir 4 November 1972) bekas vokalis Lipan Bara (1997 - 2002)
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Bila dengar lagu ni terus teringat kenangan masa umur belasan tahun 😢dulu suka lepak bersama kawan² sekampung xkira siang malam lepak...sekarang kwn² pon dah sibuk dengan kehidupan masing-masing...ad yg bertahun² xjumpa..aq rindu pada zaman masa umur aq belasan tahun🥺sekarang sedar xsedar dah masuk 34 umur aq😢

khairulmukmin
Автор

Dengar lagu ni rindu kenangan zaman bujang... Masa yg takkan berulang kembali...😢😢😢

azizi
Автор

Siapa dengar lagu ini 2023 kita geng
Skrg mau SDH 2024🎉❤

armanabdulgani
Автор

Hiasan Kalbu - Mengimbau memori indah waktu sekolahku. Terima kasih (abg mus & may)

manabdrahman
Автор

Sebab bangau patah kaki tu lh keluar dekat fyp aku terus search lagu ni😂😂😂😂😂

tongsnroses
Автор

Lirik lagu era 90an mmng Evergreen.. mantappp

KarRim-tu
Автор

Mmg best lagu ni...masa skolah dulu...slalu dgr lagu ni...

muhdfikrifikri
Автор

Era 2021, masih ada lg ke org yg dgar lagu may...hiasan kalbu..yg penuh makna mdalam...hbat lagu 90an dulu.

faizalabdullah
Автор

tak tau nak layan lagu apa dah dr may...layan lagu ni lagi...🤣🤣🤣

wanxlsscandals
Автор

lagu ini mungkin yang dengar hanya kelahiran 90 an apaka yang lahir di zaman sekarang masi suka dengan lagu ini menurut saya tidak tapi yang lahir diera 90 an pasti suka dengan lagu lama seperti my hiasan kalbu

DeniFachri-zkrq
Автор

masih ada yang dengar lagu ni di
2025

RosleeLee-kqmr
Автор

Saya minat kumpulan ne, lagu² semuanya best² tk jemu² mendengarnya

amoisompong
Автор

Ya setiap malam saya dengar
laguni Rindu orang jauh

TaliPong-be
Автор

Teringat zaman bujang duluu 😢😢

Membesar dgn lagu may

mr_jeechanel
Автор

nanti g karaoke, nk nyanyi lagu ni la..☺️

cilukmarsio