filmov
tv
laksa penang resepi sedap original utara.

Показать описание
laksa penang resepi sedap taktau nak habaq. resepi laksa penang original dari utara mai. Sebut sahaja laksa penang memang terbayang kuah laksa harum dan pekat dengan isi ikan yang banyak. Makan pula bersama denga hirisan timun, bawang besar dan telur rebus memang semangkuk besar baru puas. Laksa penangni memang antara menu popular di Malaysia kan , lihat sahaja di tempat tinggal kita memang ramai yang menjualnya. Tiada musim rasanya sepanjang tahun ada. Tetapi jika buat sendiri dapatlah kita adjust sesuai dengan selera kita. Lagi berbaloi sebab dapat makan lebih daripada satu mangkuk. Hehe .ok lah selamat mencuba ya!
Bahan-bahan laksa penang:
1 1/2 kg ikan sardin
20 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
2 ibu jari belacan
5-6 keping asam keping
Gula
Garam
Daun kesum
Bunga kantan
Bahan-bahan lain :
Laksa
Timun
Bawang besar
Telur
Cara-cara:
1. Siang dan cuci bersih ikan sardin. Kemudian rebus bersama dengan 2 jug air. Masukan juga 4 keping asam keping dan rebus sehingga ikan lembut dan masak. Biarkan sejuk apabila sudah masak. Air rebusan ikan mestilah disimpan.
2. Sementara itu rebus cili kering sehingga lembut, dah siap toskan dan tuang ke dalam pengisar. Di dalam pengisar masukan juga bawang besar dan belacan. Kemudian tuang sedikit air rebusan ikan dan kisar sehingga halus dan lumat.
3. Perisi ikan sardin rebus dengan mengasingkan bahagian isi dan tulang. Apabila selesai, kisar bahagian isi dengan sedikit air rebusan ikan. Ketepikan dan kemudian kisar pula bahagian tulang ikan.
4. Untuk mula memasak kuah laksa, di dalam periuk masukan cili kering yang dikisar, kemudian masukan pula lebihan air rebusan ikan yang berbaki. Setelah itu masukan bahagian tulang yang telah dikisar pastikan ditapis. Selesai ,kemudian angkat penapis dan tuang masuk bahagian isi ikan yang juga telah dikisar. Masukan juga daun kesum dan juga bunga kantan.
5. Jika kuah laksa agak pekat boleh tambah air sedikit lagi mengikut kepekatan kuah yang kita mahu. Akhir sekali setelah kuah laksa masak dan mendidih perasakan dengan gula dan garam.
6. Sediakan laksa di dalam mangkuk dan semasa kuah laksa masih panas berasap tuang ke dalam mangkuk berisi laksa tersebut. Jangan lupa hirisan timun,bawang besar dan juga telur rebus. Selamat menjamu selera.
Mohon Follower MALAY kitchen SUBSCRIBE Youtube kami :
Laman web rasmi MALAY kitchen :
Telegram MALAY kitchen :
Track: Ikson - Coral [Official]
Music provided by Ikson®
#malaykitchen #laksapenang #laksautara

Комментарии