Wings - Di Ambang Wati (Official Lyric Video)

preview_player
Показать описание
#GetaranNostalgia #Wings #LyricVideo

Wings merupakan sebuah kumpulan muzik rock Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1984 di Kuala Lumpur, Malaysia. Semasa penubuhannya, kumpulan ini dianggotai oleh enam anggota asal yang terdiri dari Awie (Penyanyi), Syam (Gitar Utama), Baharom (Gitar Kedua), Eddie (Keyboard), Zul (Bass) dan Jojet (Dram). Namun jumlah anggota Wings telah berubah dengan menjadikan empat orang anggota sahaja. Awie, Joe, Eddie dan Black adalah anggota yang telah mengambil jangka masa yang lama untuk menganggotai kumpulan ini.

Kini anggota Wings hanya menjadi tiga orang iaitu Awie, Eddie dan Black selepas pemain gitar utamanya, Joe meninggalkan kumpulan ini pada penghujung tahun 2016 berikutan masalah dalaman yang dihadapinya setelah 28 tahun beliau mengharungi sukaduka bersama Wings. Pada tahun 2018 Syam dan Edrie sah menyertai Wings setelah Awie, Eddie dan Black bersetuju untuk membentuk 5 orang anggota kumpulan ini.

Hampir kesemua album Wings berjaya mencapai jualan ketahap Anugerah Platinum, Anugerah Double Platinum, Anugerah Tripple Platinum dan sehingga ke Anugerah Quadraple Platinum. Album studio Wings ke-11, Menakluk Kosmos (2014) telah terjual sebanyak 10,000 unit.

Jangan lupa untuk LIKE, SHARE & SUBSCRIBE!

Follow Getaran Nostalgia!

Lyrics:

Yang putih bersih
Dalam gita kama
Si ratu yang di rindu
Persis citra sakti mimpi
Insan
Di ambang wati
Di dasar hati
Dan diri yang menyeru sumpahan
Sehangat nyawa bergelora
Terbuka hendaknya pintu segala azam
Malam antara malam sepasang rembulan
Kembali terpatri panji sejahtera
Mengotakan janji silam
Asmara kejar mengejar
Mendungnya sepanjang hari beredar
Asmara kejar mengejar
Mendungnya sepanjang hari
Terbuka hendaknya pintu segala azam
Malam antara malam sepasang rembulan
Kembali terpatri panji sejahtera
Mengotakan janji silam
ohh
Asmara kejar mengejar
Mendungnya sepanjang hari beredar
Menunggu bayangan berahi
Menghitung detik perpisahan
Mendamba ke pangkuan kekasih
Menangis dalam kesyahduan
Mendamba ke pangkuan kekasih
Menangis dalam kesyahduan
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Tajuk: Di Ambang Wati
Penyanyi: Wings (kumpulan muzik)
Tahun: 1993

zaqwanhamdan
Автор

Terbaik Bro... Wings terbaek sepanjang masa

muhamadzulkiflimdzain
join shbcf.ru