RETROSPEKTIF : BENCHANA BANJIR (Bahagian 1) (1971)

preview_player
Показать описание
#LensaFINAS
#RetrospektifSinema

FINAS mempersembahkan program 'Retrospektif' dengan tayangan eksklusif dokumentari 'Bencana Banjir (Bahagian 1) (1971)' terbitan Filem Negara Malaysia (kini FINAS) yang merakamkan peristiwa banjir yang melanda Malaysia pada bulan Januari 1971, bencana ini telah mengakibatkan beribu-ribu orang kehilangan tempat tinggal dan harta bernilai lebih seratus juta ringgit turut musnah. Dokumentari ini juga menunjukkan usaha bantuan yang dijalankan oleh pihak berkuasa awam, tentera, polis, badan bukan kerajaan dan persatuan sukarela terhadap mangsa-mangsa banjir.

#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua
#KeluargaMalaysia
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Kami orang muda seronok melihat ini, dapat tengok semula peristiwa2 zaman dulu, masyarakat dulu2 😍

muhammadzaheir
Автор

Saya adalah seorang mangsa bah 71 baru berumur 4tahun masa tu...dapat naik helikopter nuri...

shahrumalong
Автор

Ingat lagi ketika ini saya berumur 5 tahun. Abah anggota Kor JLJ bercuti di rumah Mak Lang di sungai Way, PJ. Terima telegram suruh report duti kembali ke Kem Batu 10 Kuantan, Pahang kerana banjir besar. Kami kembali menaiki bas, setiba di temerloh jambatan runtuh, kena naik sampan seberang sungai, lepas tu sambung naik bas. Kiri kanan rumah dibanjiri air. Masa di Kem, makanan terutama ikan dan ayam sukar di perolehi, itulah first time Abah bawa balik burung puyuh untuk di makan. Pengalaman yg sentiasa di kenang.

zeedin
Автор

Bangsa yg unggul adalah bangsa yg memelihara sejarahnya…ini adalah sebahagaian sejarah Malaysia yg didokumentasikan secara teliti..Semoga Malaysia Terus Gemilang!!

mohdfaridmdyusof
Автор

Terima kasih Finas telah mengimbau peristiwa besar yang tak dapat saya lupakan semasa saya bersekolah didarjah 6, berumur 12 tahun...

BlackWarrior_
Автор

Selalu orang tua cerita. Alhamdulillah sekarang dah dapat gambaran sebenar. Yang penting, CARA SINEMATOGRAFI NI, mantap. Dia roll kamera, narator cakap jom tanya si fulan, kamera terus pelan2 menghadap si fulan. Zaman sekarang terus jump vt lain 😂

MHaffiezMNazri
Автор

Syabas FINAS! Harap lebih byk sejarah lama negara dapat di kongsi bersama generasi baru

ahmadazrul
Автор

Besar sungguh Jasa anggota keselamatan yg bertugas ketika ini.. semoga mereka dikurniakan pahala yang setimpalnya oleh Allah s.w.t...semuanya dh bersara..ada yg dh

halimhassanhalim
Автор

bapak aku ada cerita kt aku pasal banjir tahun 70an ni.. masa dia citer aku cuma bayangkan jer.. tq FINAS dgn dokumentasi ni..

baniabbasiyah
Автор

Teringat baanjir sekarang 2021

Jauh 50 thn

hattamimie
Автор

semangat muhibbah antara kaum dan bangsa yg membuat saya cukup terharu dan cukup merasa gembira... zaman zaman yang indah

tajfirdaus
Автор

4hb January 2024❤
Masih lagi nonton ❤
Terima kasih FINAS ❤
TERBAIK untuk semua ❤

suarimi
Автор

Banjir ni lah mak ambe selalu cerita sebelum masuk FELDA... Dari Terengganu nak ke Pahang... Terpaksa tunda tarikh sebab diuji banjir besar masa tu... Allah Maha Adil... Alhamdulillah rezeki hingga hari ini... Terima kasih anggota2 berwajib dan sukarelawan membantu mereka yang memerlukan dan terima kasih juga Finas adakan video ni😊🖒... Semoga Allah sentiasa merahmati Malaysia in shaa Allah...

nasrulhadi
Автор

filem mcm ni kami org muda nak tgk. dapat gambaran zaman2 mak ayah atok nenek kami dulu. syabas finas

fuzztunr
Автор

beribu ribu kehilangan rumah tangga😂..kata2 yg rare dan legend

jdd-d
Автор

I'm highly respect with Finas for restoring this documentary for general audience. It's really pleasant to watch and see the environment, situation and how we gathered as a team. It is kinda surprising for me as a younger generation.

sftu___
Автор

Waktu ini saya berumur 11 tahun.Sessi persekolahan ditangguhkan.

junaidahaliasidah
Автор

Nostalgia banjir besar rumah saya atas bukit jadi penempatan banjir untuk orang kampong sekitar tentera masak untuk penduduk kampong

yusofkamarudin
Автор

Tengok ni masa Banjir Besar Lembah Klang, Disember 2021.

amirulazri
Автор

Penyampai rncngan very classic suaranya hrap msih sihat lg. Teringat msa thn 1977, umur sy 7 thn ada dgr jiran2 bcrita kat mak ayh msa Bnjir Besar 1971 umurku setahun sngt dasyat kata mreka air first time naik paras bumbung tp x rmai yg mati sbb pnduduk x seramai sekarang. Kata mreka Bah boleh dtg lg sprti itu dlm tempoh 50 thn jika kita x susun prancngan bndar. Kini umurku 54 thn, syukur stkt ni tiada lg Bah yg mlanda slps 50 thn brlalu... smoga Allah mlindungi kita smua, aamiin

azidinzidin
join shbcf.ru