GAYONG | TRAILER Rasmi - Di Pawagam Mulai 8 Mei 2025 ⚔️

preview_player
Показать описание
GAYONG - Sebuah karya aksi, drama dan biografi yang mengangkat kisah Allahyarham Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman — pengasas Silat Seni Gayong dari Perak. Berlatarbelakangkan era penjajahan dan penaklukan Jepun, GAYONG memaparkan perjuangan seorang pendekar dari Tanah Melayu dalam mempertahankan warisan bangsa.

🎬 Arahan: Faisal Ishak
Lakonan hebat: Beto Kusyairy, Nabila Huda, Syafie Naswip, Yayan Ruhian, Chevanon Phukaokaew dan ramai lagi!

MEMBUJUR LALU, MELINTANG PATAH.
GAYONG Tayang di pawagam seluruh negara mulai 8 Mei 2025

📲 Ikuti perkembangan terkini GAYONG di: Instagram: @filemgayongrasmi
TikTok: @filemgayongrasmi
Facebook: Filem Gayong Rasmi

#FilemGayong #SilatGayong #GayongDiPawagam #WarisanMelayu #8Mei2025 #BetoKusyairy #DatoMeorAbdulRahman #FaisalIshak #gayong #GayongTheMovie
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

saya yg berbangsa india malaysia mmg tk sabo nk tgk cite ni... ip Man malaysia 👍 Harap2 dpt sambutan yg baik supaya lebih byk cite2 sejarah cmni dibuat

thuneshnair
Автор

Sebuah filem yang akan mencipta sejarah selepas filem mat kilau, semoga orang awam yang tidak pernah menyertai dalam persilatan gayong akan lebih mengenali arwah dato meor selepas menonton. 🤲🏼

amadman
Автор

elok kita ke arah filem macam ni. kembalikan semangat bangsa kita yg sering di pandang hina

nazmifuad
Автор

Malaysia kalau filem warisan memang padu 🔥 Ini DNA filem kita xpyh tiru mat salleh

WanIsyarq
Автор

Rindu nak tengok org Melayu ada 3 ciri2 yg melambangkan identiti org Melayu semula:
1. Silat
2.Agama
3.Adab & sopan santun

ryuukakhadijah
Автор

patut lama dah buat kisah silat ala2 Ipman ni.. Tapi masih belum terlambat. Tahniah!

sinista
Автор

yang best pasal cite ni tak ada pengkhianat dari bangsa Melayu, semua orang Melayu bersatu hati, itu yang membuatkan aku gembira sampai habis cerita ni

jawijawijawi
Автор

Menarik cerita ini... Filem wajib tonton di pawagam tahun 2025... Beto Kusyairy memang tak menghampakan peminat mahupun penonton setia filem²nya terdahulu....

Fdaus
Автор

please laaa....promote bagi gempak laaa....tak nampak pun promosi kat biografi sejarah mcm ni patutnya dihebah secara maksimal....perlukan medium yg boleh dptkan audience reach yg

OnusEyes
Автор

Mari semua anak2 gayong
Kita support filem ini .... Mana tahu dengan melihat filem ni, "Lidi yang terpisah dari ikatan, dapat di satu kan semula, di rapi dan di ikat kemas."

AlongRixx
Автор

elok cerita mcm ni. kebudayaan ada, semangat ada, xde guna kata2 kesat, xde nak naikkan budaya samseng. semua peringkat umur boleh terima.

bartart
Автор

Boleh tahan tahun ni movie silat pertama.

ismailshrin
Автор

Walaupun aku xtau pasal silat tp aku minat sgt filem atau drama2 yg mengangkat semangat org melayu.arwah dato meor mahaguru yg hebat dan di lakonkan pula oleh pelakon yg hebat mmg meremang tgk trailer gayong ni.jom ramai2 sapot filem yg mengangkat silat dan semangat melayu..jarang sgt penerbit dan pengarah nak buat filem2 mcm ni.rugi la kalau kita xsapot.smoga silat melayu kembali di minati oleh anak2 muda.

barri
Автор

Wow..Ada feel mcm ala-ala
filem Ipman dan Rorouni Kenshin.. InsyaAllah nak tengok.

azruln
Автор

Saya adalah salah seorang anak gayong dari selangor. Baju silat dan tshirt pssgm masih sy simpan hingga kini. Salam gayong . filem ni lebih cam filem ipman. Cina ada ipman. Kite mlayu ade dato meor b abdul rahman. Ade video kat utube dato abdul majid crite kisah camne dato meor dpat ilmu silat gayong, mmg best crite nye, klau orang lame2 crite sy mmg kagum dan suka. Sy belajar silat dari umo 19 taon. Tp sempat blaja teknik pukulan maut dari guru sy ( cikgu mirul ) . tp tak abis sbap fuktor keje. Inshaallah kalau ade rezeki sy nak sambong berguru smule . selamat hari raya pada semua muslimin muslimat .

aepul_rozan
Автор

Aku anak gayong dari indonesia - kampung asli silat gayong… Akan ku ingin menonton filem ini dan silat gayong dalam filem ni.. Banyak mata akan memandang

mrkikkoman
Автор

Sebagai anak silat dan pencinta budaya bangsa, aku meremang bulu roma tengok trailer GAYONG ni. Inilah filem yang kita tunggu selama ni — bukan sekadar aksi, tapi roh perjuangan, warisan dan maruah Melayu yang diangkat ke layar perak! Arwah Mahaguru Dato’ Meor bukan calang-calang insan, dan bila kisah beliau dibawakan oleh pelakon hebat macam Beto Kusyairy, memang rasa semangat tu meresap dlm jiwa. Terima kasih produksi GAYONG kerana bangkitkan semangat kami — ini bukan sekadar filem, ini *seruan jiwa!* 🙌🏼⚔🇲🇾 #AnakGayong #SilatWarisanBangsa #FilemWajibTonton

rafiziabrazak
Автор

Mengimbau kenangan mula2 belajar seni gayong pada 1987. Waktu tu latihan keras. Pabila disuruh backfall atas lantai konkrit pun kita lanyak aje. Tapi sayang sebab tak terus sambung dek kesibukan sekolah. Bila kuliah haha sempat pulak belajar Capoiera, senibeladiri dari Brazil. 🤟🫡

newmazz
Автор

Akhirnya ada juga filem melayu selain drama cinta bodoh, hantu lawak dgan cite gangster.

ginkox
Автор

Saingan Mat Kilau. Jom support studio ni. Harap diorang dapat pulangan yang setimpal dengan kualiti👏🏻

Itsme_
visit shbcf.ru