Inteam • Wanita (Official Music Video)

preview_player
Показать описание

Wanita by Inteam
Composer: Hisyam Ahmad
Writer: Hisyam Ahmad

#Wanita #Inteam

Follow Inteam on

More about Inteam Digital

Production Label: Inteam Records
Produced By: Wan Saleh
Backing Vocal: Frizdan
Guitar: Amy
Studio: Inteam Studio
Mixing: Wan Saleh
Mastering: Wan Saleh
Digital Distribution: Inteam Records
Artwork Design: Frizdan
Photographer: Huzaifi
Photoshoot Location: Tamarind Square

PRODUCTION MUSIC VIDEO
Production: Inteam Film
Director : Huzaifi
Asst. Director / Director of Photography: Rasyid Amir
Cinematographer & Editor : Rasyid Amir
Crew / Propsmaster: Iqbal, Alif, Hakim & Kimi
Talent: Aisyah Hijanah & Alief Iqbal

Wardrobe:
Hijanah Haul

LOCATION:
Tamarind Square, Cyberjaya

© 2020 | INTEAM RECORDS | All Right Reserved.
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Dengarkan lagu Wanita secara streaming di platform muzik digital berikut:




InteamDigital
Автор

Aku sedang berusaha untuk berubah menutup aurat dengan lebih sempurna. Lately aku rasa malu sangat dengan cara pakaian aku. Semoga aku sentiasa istiqamah dengan niat aku.

ahrapptown
Автор

Kita keep on salahkan perempuan.
Tapi kita lupa yang kadang punca datang dari kita.

Kita as lelaki yg salah didik masyarakat. Kita patutnya lindung mereka, didik mereka. Hasil wanita sekarang adalah hasil daripada penerimaan kita. Kita yg menerima budaya puji memuji, melihatkan susuk tubuh mereka, terima yang mereka patut dijadikan penyedap mata. Disebabkan penerimaan kita lah mereka menjadi seperti ini.

Majalah cover perempuan,
Papan iklan cover perempuan,
Iklan tv model perempuan
Model produk model perempuan,
Semua menggunakan perempuan untuk menarik mata pengguna lelaki. Kerana itu yang masyarakat lelaki terima.

Penerimaan kita lah yg menghasilkan suasana yang sekarang. Salah kita kerana terlepas pandang perkara ini. Kita khalifah, kita yang patut baiki. Haih

Moga Allah Redha 🌸✨

adibaimanazmi
Автор

Apa momen yang paling best bila korang dengar lagu Wanita??? Kasi trending gais ❤️❤️❤️

InteamDigital
Автор

AllahuAkbar Aisyah wanita kuat dan hebat..semoga kita semua wanita sentiasa dibawah lindungan-Nya

Nonchalant.
Автор

Diambil dari kisah benar.

Tentang seorang wanita yang sangat memelihara dirinya dan mengamalkan Ayatul Kursi sebagai pelindung diri.

Hingga pada suatu malam, dia melalui satu lorong seorang diri, yang pada ketika itu telah ada seorang lelaki berniat jahat menunggu masa untuk melakukan perkara yang tidak baik.

Namun akhirnya, perempuan tadi melalui jalan itu dengan selamat tanpa dikacau sehinggalah dia membaca berita pada keesokan harinya berkaitan seorang perempuan yang dirogol di jalan yang sama dilalui olehnya (barangkali perempuan itu lalu selepas dia).. Dan lelaki tersebut sudah pun ditangkap.
.
Maka berjumpalah dia dengan lelaki tersebut bertanyakan perihal itu kerana dia juga berseorangan ketika itu, lalu dijawab oleh lelaki itu.
.
"Tidak.. Engkau tidak berseorangan, aku melihat ada 3 lelaki bersama mu"
.
Subhanallah.. Begitulah Allah SWT akan memelihara hamba-Nya yang sentiasa ingat kepada-Nya.. Insha Allah 🤲🏻

annisahdulamit
Автор

Teringat cerita pasal seorang perogol yang selalu attack perempuan kat lorong. Satu hari sorang perempuan muslim lalu and dia tak attack. Bila ditanya kenapa, dia kata perempuan tu bukan sorang2. Ada satu (atau dua, tak ingat) susuk tubuh berwarna putih kat belakang perempuan tu. Bila tanya perempuan tu, dia kata dia baca Ayatul Kursi. Ini version yang diceritakan masa saya kecil. Ingat2 lupa. ^^ suka cerita ni

SpadeSolitaire
Автор

Daripada scene kak Aisyah tunaikan solat, Naz teringat satu pesanan...

Cikgu Salina pernah berpesan,

"Kalau kita nak melangkah keluar daripada rumah.. Pastikan pakaian yg kita kenakan itu boleh membuatkan kita menunaikan solat tanpa ragu²... Baik lelaki mahupun perempuan."

Maksudnya kat sini, make sure kita pakai pakaian yg betul² menutup aurat dengan sempurna sehingga kita boleh tunaikan solat tanpa rasa malu walau dimana kita berada sekalipun.... Untuk wanita pula, ibarat tanpa perlu bertelekung... Kalau harini kita keluar rumah dengan seluar ketat, adakah kita selesa untuk rukuk dihadapan wanita? Andai harini kita keluar dengan tudung yg singkat, adakah kita selesa untuk bersujud dihadapan lelaki?

For all muslimin n muslimah, Naz doakan kita semua dapat kenakan pakaian yang sopan dan bersesuaian... Kita hidup bukan untuk dinilai manusia, tapi untuk dinilai yang maha Esa....

Fight for Jannah... Avoid ourself from Nar...
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar...

nazrulehsan
Автор

Perempuan yang cantik wajahnya terlalu ramai. Maka jadilah perempuan yang cantik akhlak kerana ia makin berkurang saat ini🥺

Muna.
Автор

“Didiklah wanita dengan keimanan bukannya harta ataupun pujian kelak tidak derita ...” 😭😢 Tahniahh abang abang Inteam 👏🏽👏🏽👏🏽

mateenyaaqub
Автор

Suka tgk lagu nasyid trending, bukan senang nak bersaing dgn kpop dan sebagainya.. tahniah Inteam

azmanahmad
Автор

In Islam, the status of women is too special. This is what REAL ISLAM teach. Women should be protected, respected, loved and guided.

diamondamiera
Автор

Part kelibat empat lelaki ikut Aisyah ni sumpah tersentuh sangat. Betapa aku selalu lupa yang Allah dekat sangat untuk jaga setiap langkah ² dalam hidup, tapi still ragu² dalam diri akan kekuasaanNya. Allah tak pernah tidur dan tinggalkan kita ❤️

najwaroslan
Автор

Benarlah muslimah yang benar2 menjaga maruah dan meletakkan hatinya kpd Allah takkan allah biarkan begitu sahaja. berbahagialah dirimu wahai muslimah. Allah sayang :)

aqimzakaria
Автор

Alhamdulillah syukur. Thanks all for doa, support & share 👍🏻☺️💐

Sape leh bantu translate lirik lagu ni dalam English? 😍

syahinteam
Автор

Siapa yg bergelar wanita. Like satu kali

sharifahnursyahida
Автор

Doakan supaya isteri saya selamat melahirkan anak sulung kami 😃

mrpkuzachannel
Автор

I'm crying, this song was created as an appreciation to every women in this world 💛

sillycat
Автор

Zaman 10tahun lepas.. Nasyid antara pendidik akhlaq juga.. Skrg xde da nasyid yg mcm dulu.. Byk tiktok.. Hrp ada era nasyid kembali gemilang..

Aishiteruu
Автор

part lelaki baju hitam tu ikut aisyah kemudian ada 4 lagi lelaki sebelah aisyah pakai baju putih tu buat sy meremang bulu roma.. seolah² wanita yang menutup aurat dgn sempurna ni sebenarnya ada sesuatu yang sedang melindungi mereka.. 😭😭😭 Masha Allah..

KamaAkmaChannel