M Nasir - Hijab Kekasih

preview_player
Показать описание

Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Mungkin juga kisah sahabat Nabi Muhammad S.A.W iaitu Julaibib R.A..😭

muhamadaliff
Автор

Lagu yg penuh maksudnya....begitu hebat liriknya....cinta diluar pemikiran ...cinta sama pencipta.... Allahuakbar

zamchannel
Автор

Dengar lagu irama malayu.muzik die tu dah menujukan yg orang melayu ni.bangse yg penuh dengan adap dan sopan.

cikabiru
Автор

Malai rinduku merintih kecintaan
Duduk termenung hanya bingung kerinduan
Walaupun jauh dari nyata
Kasih dan sayang telah lama kusatukan
Semua kasihku dalam gemala
Ke laut jawi 'kan kukirimkan sana

Duhai kasih hijabmu di sini
Masyur rupamu di mata kalbu ini
Berbaringan diusik rindu azali
Di manakah kekasih yang jauh dariku
Memakan debu... rindumu
Segenap nafasku melihat renunganmu
Wangi dan harum kau kekasih
Antara lamunan segala kalimahku ini
Siapa yang mengerti

Menghilang tahun kutahan dahaga
Setelah habis madah untuk sang puteri
Pautan kasih kukenal sendiri
Teringin ku melihat sebalik hijabmu
Wajah yang kupuja
Kekasih... lama sudah aku merindu
Larut nan denai larat nan damai
Haram kelamin untuk kita bercerai
Rasa kasih dan sayang dalam keredaanmu

yyahlepp
Автор

Lagu yg penuh maksudnya.Lirik makan modal.Cinta diluar pemikiran, cinta sang PENCIPTA YA RABB.

jaycarlosbazzini
Автор

Ni baru betul lagu Melayu klasik modern..bukan lagu merepek²..

KamarudinMohamad-mz
Автор

Dgr lagu ni seolah sedang mengayuh di laut jawi yang nostalgik utk berkelana ke pulau-pulau nusantara.walaupun lebih 20 tahun aku ulang dgr, masih tetap "hidup"

fakirperahu
Автор

Ko dok sorg2 je boleh feel lagu ni ttg apa.. silap2 boleh menitik air mata.. rasa kita x ada nk kongsi2, masing2..

RealmeCop-jowg
Автор

Zaman THR gegar... Bila nak subuh atau selepas subuh DJ Isma Halil suka putarkan lagu ni...

Dua drama di TV3 ada lagu ni Slot Samarinda - Villa Cinta Daddy & Slot Cerekarama - Cik Siti

mohdnazreen
Автор

Masa mix lagu ni bro zairi cakap m.nasir datang studio dan mintak pada bro zairi untuk dia dengar.sekali mata m.nasir berkaca la.bergitu tinggi penghayatan beliau pada lagu ni.hanya yg memahami saja dapat memahami erti lagu ni.sungguh deep

ainimdnor
Автор

Mei 2024....masih tak jemu ulang dengar, sentiasa segar iramanya

md.fahmin
Автор

1 Muharram 1446...masih dgr lagu kongsep ketuhanan ni...

jriisram
Автор

Dari hari pertama beli kaset album ni.. aku sudah tertawan dgn lagu Hijab Kekasih ni berbanding lagu lain

burnismail
Автор

Cinta terpaut dgn keindahan serta kasih sayang meliputi diri ini dgn alam semesta kejadian azali dari Sang Pencipta yg Maha Suci dari diri yg tersembunyi seribu rahsia dari Sang Pencipta menyimpan cinta sejati lagi suci dari Yang Maha Esa...lagu ini mengingatkan cinta sejati yg Maha Suci itu dia...

amirzakimatsawari
Автор

Aku suka sangat lagu ni ada kesedihan bila aku dengar ada cerita disebalek lagu . Terbaiklah ❤

ARIESAPRILARIE
Автор

m. nasir bergenang air mata masa proses mixing lagu ni..

LUKE-txhb
Автор

Kesini selepas Konsert Cipta 45 thn M. Nasi #mn451rcipta.
Hijab Kekasih dengan gabungan Tok Ram...membawa ku ke dimensi lain larut mencari Kekasih yg berHijab yg terlalu dirindui...sgt larat dan berat dada ini mencari pencarian yg berhijab utk suatu keRedhaan-NYA...

AfidahbintiMastor
Автор

Sangat mendalam maksud lagu ini. Kasih pada yang Esa

InderaSy
Автор

Antara lagu2 yg soothing masuk telinga dari M Nasir dan menenangkan fikiran, mcm dengar Mark Knopler punya rift. Terbaek la sifu !

nadzrimoin
Автор

Yang tersurat, lagu jiwang
Yang tersirat, lagu hamba

daljidaus