Mekar Di Jiwa - X-Ray [Official Lyrics Video]

preview_player
Показать описание
Album:Sungguh Tak Ku Sangka
℗ & ©: Rock Records (M) Sdn.Bhd
Artist:X-Ray
Melody:Nur Ehsan
OP: Rock Records (M) Sdn.Bhd
Lyrics : Azam Dungun
Date of Release:23 May 1997

#MekarDiJiwa
#XRay

Mekar Di Jiwa - X-Ray [Official Lyrics Video]
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

► 【Cara Download Caller Ringtone】
# Celcom--------------Dail *323* 722509 # & Tekan CALL
# DiGi ---------------- Dail *233* 1330377 & Tekan CALL
# Maxis ------------- Dail *131*563241 #& Tekan CALL
# UMobile -------- SMS CRM (space) 6348287# & send to 28383

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

► 【Platform Digital 】

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
► 【Facebook】 Rock Records Malaysia Malay

► 【TikTok】 Rock Records Malaysia Malay
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lirik:
Sekilas di air yang tenang
Percikan kasihmu, salju ku terasa
Rindu yang melanda
Tak bisa kupadamkan lagi

Walaupun menikam jiwa
Kuturutkan semau hatiku ini
Betapa kucinta
Padamu yang kudambakan

Lama telah kuidamkan
Mentari cinta di gerhanaku
Pasti mampu menjulang kasih
Di terminal rindu

Tak pernah ku terkilan
Andai siapa milikmu sebelumku
Yang kupinta kejujuranmu
Untuk ku berteduh

Oh, kasih, berikan sinar pada cinta kita
Semoga hilang kesangsian
Tak kupersendakan cinta yang dilafaz
Biarlah mekar subur di jiwa

Lama telah kuidamkan
Mentari cinta di gerhanaku
Pasti mampu menjulang kasih
Di terminal rindu

Tak pernah ku terkilan
Andai siapa milikmu sebelumku
Yang kupinta kejujuranmu
Untuk ku berteduh

Oh, kasih, berikan sinar pada cinta kita
Semoga hilang kesangsian
Tak kupersendakan cinta yang dilafaz
Biarlah mekar subur di jiwa

Sucikah cintamu seperti cintaku
Yang sanggup berkorban keranamu
Walaupun kusangsi, kutetap padamu
Kerana cintaku hanyalah satu

Sucikah cintamu seperti cintaku
Yang sanggup berkorban keranamu
Walaupun kusangsi, kutetap padamu
Kerana cintaku hanyalah satu

Kekasihku
Kekasihku
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Assalamualaikum lagu ni aku masih nk kenal isi hati masing-masing dan ku berdoa agar kekal😭😭😭🤲🤲🤲amin

puteriana
Автор

selepas 24 tahun baru lagu ni popular.. orang nya pon dah takde.. betullah org cakap, apa yang kita buat harini, hasilnya bkn harini, kdg2 esok, kdg2 lusa, kdg2 setelah kita tiada, selagi bernyawa berusaha sahaja, takdir tentukan.. Alfatihah pada arwah ujang..

farhanmaarob
Автор

Bagi mereka yang membaca komen ini, saya harap anda bertemu dengan seseorang yang anda cintai dan bahagia sepanjang hayat anda.💛💛

muzikterhebat
Автор

Sudah tertulis di luh mahfuz akan langkah perjalanan hidup kita
Dengan siapa kita kenal
Dengan siapa kita berkawan
Bila kita jumpa jodoh
Bila ajal akan tiba
Al-fatihah moga arwah ujang ditempatkan bersama-sama orang baik...aminn

nazarixpdc
Автор

Masyaa Allah suara Ujang samudera ni.. ternyata beliau dari kumpulan X-ray ya.. saya dari Riau, saya mencintai lagu Malaysia.. Krn kita serumpun.. d hp saya semua lagu Malaysia.. heheh

iiladha
Автор

Salam dari penilkmat lagu2 pop_Rock Malaysia From Indonesia 🇮🇩🇮🇩 #salam_Damai

ichwanachmad
Автор

tahun 1997 zaman saya umur 20 tahun…saya mmg mengikuti lagu2 jiwang slow rock masa tu…smpai sekarang saya hairan lagu ni saya tak pernah dgar ketika itu…nama kumpulan xray pun tak pernah dgar juga…padahal lagu ujang dari kump samudera mmg saya ikuti…seprti lagu salam sejahtera/sudah takdir begitu/titian hasrat/bila diburu kenangan dan byk lagi..tahun 2021 bila dah dgar ramai share saya jadi heran…baru meletop setelah 24 tahun berlalu…saya pun dah naik minat pulak lagu ni…dgar berulang2..zaman 1997 dulu faktor utama menyerlahnya lagu itu adalah dari radio…dan tv..zaman tu mana ada gadjet lagi..

pendapat saya mgkin kumpulan X-RAY tak dpt perhatian dari pihak penyiaran ketika tu…apa2 terbaik arwah ujang..saya mmg minat suara dia dari dulu lagi..

safiandzat
Автор

Arwah asal dari indonesia, di bawa bapa angkatnya pindah ke johor waktu dia umur 11 tahun, maka dia menetap di malaysia terus, arwah ujang tak pernah berkahwin, anak angkat pun takda, keluarga angkat dan kawan² dia saja tempat dia menumpang kasih, di hujung hayat dia hidup sebatang kara hanya bertemankan kawan² dia saja.. sebak bila teringat semula arwah meninggal takda sapa pun tau sampai seminggu mayat terbiar dirumah 😢 Al-Fatihah buat arwah

MuhammadMuaz
Автор

Lahir di Indonesia, besar dan wafatnya di Malaysia. Almarhum Sarpin bin Husein atau Ujang adalah kebanggaan dua negara serumpun, Indonesia dan Malaysia .salam damai dan sejahtera dari tanah Melayu Jambi, Indonesia untuk Malaysia.

BangFikri-cp
Автор

Kenangan menusuk dijiwa...alfatihah arwah ujang...kenangan yg x mungkin dilupakn ketika sama2 berkerja dikilang sawit felda palong timur...ketika tu arwah sentiasa menghiburkn...semoga arwah ditempat kn dikalangan orang2 yg beriman aamiin aamiin aamiin

lizanordin
Автор

Thanks suria cinta sebab selalu putarkan lagu ni jadi aku terus suka lagu ni..Al-Fatihah arwah Ujang..

helmeymanan
Автор

Tak byk penyanyi suara rintihan mcm ni.. arwah ujang.. arwah mael xpdc.. arwah saleem, arwah p ramlee, arwah sudirman.. mereka semua nyanyi dgn iklas, , hasil nya sampai bila2 lagu mereka tak penah padam.. terima ksh buat mereka.. semoga arwah tenang disana bersama2 orng yg beriman

dokiiikoko
Автор

Arwah ujang... Orang Palong timur... Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman... Sama2 kita hadiahkan alfatihah untuk arwah.

SyafiqAtv-kexp
Автор

TERIMA KASIH ABG AZAM DUGUN PENCIPTA LIRIKK 🌟🌟🌟🌟🌟 Al- fatihah abg ujang

zackcrue
Автор

Btul la org ckp.. Sewaktu ade org xbrape pandang, bile dh xde br kite sedari yg hilang 2 la permata yg xdberi perhatian dulu.. Arwah berada dlm kelas tsndiri.. Suara dia unik.. Walaupun lagu nie dh lama tp aura dia ttp bbisa.. Alfatihah utk arwah ujang..

nizam
Автор

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan t
Nama, dah berpuluh tahun dh tp arwah tetap famous, tiktok pnya penangan

ajimjiwang
Автор

Ujang adalh teman kerjaku di pelda palung kalau aku dgar lagu lagu dia air mata ku bederai terus semoga arwah ujang di terima di sisi Allah

JherrySandiawan
Автор

Walaupun lagu ini meletop tahun 2021 dan arwah dah pun kembali ke sang pencipta, namun setiap lagu dan karya arwah akan dikenang selama-lamanya..Al Fatihah buat Sarfen Husin. Damailah dikau di sana wahai lagenda.

jay_jufrizan
Автор

al-fatihah buat arwah ujang, semoga ditempatkan dikalangan org org beriman, amin yra..umur saya skrg 45 thn.. kumpulan ni pernah berada dihatiku...era 90an..

Strongfccx
Автор

Suara dan lagu² dari arwah Ujang biarpun dari kumpulan mana yg beliau nyanyikan terus menusuk dan meruntum jiwa bila didengar..terutama di waktu tgh malam..syahduuu
Al fatihah buat arwah Abg Ujang..perginya tiada pengganti

abadeedean
welcome to shbcf.ru