BUDAK BARU - FILEM PENDEK SABAH SCREEN FEST 2019 KATEGORI SEKOLAH RENDAH

preview_player
Показать описание
#HGJPNSabah2021 #PPDTuaranIkonCKSR

Bertepatan dengan Tema Hari Guru 2021 iaitu Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu. Sebuah tema yang mempunyai makna yang begitu mendalam agar sebagai seorang pendidik haruslah dapat memahami bahawa dalam dunia perguruan, guru akan sentiasa dalam proses mendalami
ilmu. Ilmu bukan semata-mata berkaitan akademik malahan secara keseluruhan bagi memastikan proses kemenjadian murid sebagai pelapis generasi baharu yang mampu menghadapi pebagai cabaran pada masa akan datang.

Chekgu LK seringkali melibatkan murid-murid dalam pembikinan filem pendek ataupun video pendek untuk memberikan pengalaman luar bilik darjah kepada murid yang terlibat di samping mencungkil bakat terpendam murid-murid. Nilai-nilai dan pengajaran berdasarkan cerita dapat disampaikan melalui cerita pendek yang menjadi keminatan murid-murid. Secara tidak langsung, isi utama yang ingin disampaikan dapat disebarluaskan bukan sahaja murid sendiri malah murid di luar negara yang menonton video ini.

Semangat dalam jiwa guru dalam membina generasi baharu tidak akan pernah luntur!
Terima kasih, cikgu!

Nama Guru : Cikgu Nurlisa binti Kamba @Chekgu LK
Nama Channel : Chekgu LK
Sekolah : SK Padang Berampah, Sipitang Sabah

Sinopsis : Mengisahkan tentang seorang murid baru yang bernama Nabilah berkonflik dengan Claryssa yang menganggapnya sebagai musuh.
Filem pendek ini adalah sebagai penyertaan dalam Sabah Screen Fest 2019 bertemakan Unity.

Рекомендации по теме
join shbcf.ru