Pergi Selamanya - KAMIKAZE ~lirik~

preview_player
Показать описание


Em D
Malam kian melangkah pergi
C B7
Masih aku sendiri termanggu dalam sepi
Em D
Dalam kelam hadir bayangmu
Am
Bagai mengundang mimpi
B7
Saat kau dan aku
C B7 Em
Sayangnya kau tiada disisiku

Em D
Masih terbayang segalanya
C B7
Bagaikan semuanya mimpi belaka
Em D
Hilang tak mungkin kan kembali
Am B7
Merubah yang tersurat dalam hidupmu
C B7 Em
Kau pergi tak kembali selamanya

Em C
Walau berkali kutangisi
D G
Tak mungkin kau kan kembali
B7 Em C
Ku tak berdaya mengharungi sendiri
D G
Tanpamu hidupku tak bererti
Em Am
Hari berlalu kau kian jauh
C B7 Em
Di alam abadi dipusaramu oh....

Am D
Hanya doa yang kuiringkan
G C
Dalam hiba aku tangiskan
F
Hilang tiada pengganti
B7 Em
Permata yang berharga dalam hidupku
E
Oh.....

Am D
Segalanya datang dan pergi
G C
Kutahu sukar bagiku
F
Menelan kenyataan
B7 Em
Tapi telah tertulis untuk dirimu
B7
Oh....


Em D
Hari kian silih berganti
C B7
Masih aku sendiri termanggu dalam sepi
Em D
Dalam kepekatan malamku
C B7
Ku lihat lambaianmu dari syurgawi
Em
Memanggilku

#MrPerfectTerminator
#PergiSelamanya
#Kamikaze
#Lagusedih
#KenanganBersama

Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Betul orang cakap, hilang mak sama macam hilang semua. Dah takde tempat mengadu, tempat share masalah. Semoga mak tenang di sana. Alfatihah Hajah Maimon Omar 😢
9/5/2017

Madzalmir
Автор

lagu ni lagu favourite arwah tunang aku.. hari2 arwah dgr lagu ni katanya mcm x lama je lagi.. aku pon gelak n layan jela kata2nya x sangka dia cakap betul.. rupanya dia ade kanser tahap 4 n sempat la aku tunaikan permintaan dia. aku kenal dia dri form 1 2006 n 2017 tunang pertengahan 2017 dia meninggal dunia.. bila aku dgr lagu ni balik aku menangis n masih teringatkan dia.. dia la insan yg paling special pernah aku jumpa n terima kasih hadir dlm hidup aku selama 11 tahun.. semoga arwah NUR AULIYA NATASHA tenang disana.. AL-FATIHAH

muhammadizzatmohamed
Автор

Telah setahun pemergian isteri tercinta, linangan air mataku berserta doa utkmu Azie, hhingga kini sepi hidup tanpamu.ank2 penawar hibaku semoga kita bertemu diAkhirat nanti

mohdrafaiebritish
Автор

Siapa masih dengar tahun 2020 like..ya Allah bila ku dengar berulang2 sendu rasa hati..kekasih ku pergi buat selama nya bila waktu brsandingan hampir 5 tahun hidup ku tak tentu arah akhir nya Aku coba buka hati buat sseorg dn dia lh jdi teman hdp ku sampai saat ini

pangrock
Автор

Arwah..adik 43thun 2021
Suami arwah 47thun 2023
Kakak ipar 2022 54th
Ibu 20 Jan 2024
Abah 2008..terima kasih Allah pinjam kan insan ini.... Innalillah..

msstele
Автор

Rindu arwah ayah.. Terima kasih kerana jasa mu membesarkan kami 6 beradik dengan titik peluh mu..

wansaufi
Автор

Lima bulan pemergian arwah isteri tersayang... pergi menghadap Yang Maha Esa pd 4 Mei 2016... semoga dicucuri rahmat Allah swt... Aamiin

ninnabari
Автор

Pergi selamanya ayahku tercinta pada 5 hari lepas 😢 23/1/2019.. Aku kehilangan tempat berpaut..
Semoga ayah tenang di sana, kami semua rindukan ayah😔 10/6/1950-23/1/2019
Alfatihah

romanreignscelop
Автор

2019 sapa dengar lagi lagu ni ? . Kitaa geng

rynmuz
Автор

bila dengar lagu ni aku teringat dekat seorang sahabat baik aku arwah ijat onex….ijat aku nak minta maaf hari terakhir kau dekat dunia aku tak dapat datang🙏…masa itu aku dekat laut jat time tu aku nak balik tapi waktu tak mengizinkan.. time tu aku dah menangis sebab sahabat baik aku time aku kecik pergi buat selamanya time hari kau pergi aku tak kuat nak kerja…smpai kawan aku yang duduk sekapal aku cuba beri semangat dekat aku diorang cuba kuatkan diri..aku hilang arah jat…aku pernah berjanji dengan kau impian aku nak keluarkan moto rxz cuma kau seorang je yang yakinkan aku mampu gapai impian aku…sekarang aku dah ada rxz tapi aku tak dapat tunjuk kat kau ijat….kau pergi terlalu cepat..aku minta maaf jat sekarang bila rindu datang aku hanya mampu sedekah kan alfatihah dekat kau…kalau kau nak tahu lagu ini yang buatkan aku kuat balik…terima kasih telah memberikan semangat semasa kau hidup….sekarang cuma kenangan kita saja yang tinggal🥹

mohdhaziq
Автор

Rindu arwah suami 25/4/2024 baru sebulan 😢 takdak sakit apa takdak dalam tidur 😭 berat untuk terima semua ni anak bru 1thun6bulan al-Fatihah untuk suamiku 😢

aishahacik
Автор

sedihlah tgk komen2 korg. semoga tabah pd korg semua. i can feel it. 😢

kualihangus
Автор

Al-Fatihah Yussry Bin Edoo. Hanya doa dapat saya berikan. Semoga Pak yus tenang dan roh dirahmati Allah (swt). Aamiin. Masih merindui Pak Yus. Rindu lawak dan suara nyanyian Pak Yus. Rindu dengar Pak Yus main seruling. Pelawak versatile yg susah nak cari pengganti. :')

rosmary
Автор

'Walau berkali ku tangisi, tak mungkin kau kan kembali....'
Rindu arwah abah. Meninggal 22.10.19 secara tiba-tiba sbb serangan jantung. 😭😭😭 terima kasih abah membesarkan kami 9 beradik dgn keringatmu. 😢😢

ainailyn
Автор

tt bwa sy ke sini, part chorus buat sy menangis..2018 sy kehilangn abg sulung yg paling sy sayang, sbgai ibu tunggal..arwah along byk membntu, bg semangat ketika sy dlm kemurungn..kehilangn arwah buat sy lebih sakit lagi&kemurungn makin teruk, awal pemergian along, sy tk dpt terima&sy mnyalahkn DIA kerana ambik along sy..setiap kli tersedar pukul 3 pagi, sy akn menangis sbb rindukn arwah along sy..trbyg dimana tmpt arwah selalu solat tahajud..sampai ke hari ni sy rindukn arwah along cuma bezanya sy dh redha, cuma kemurungn blm btl pulih sepenuhnya..Al fatihah buat alongku tersayang

chintaqaseh
Автор

aku x pernah kehilangan insan2 yg ku sygi .. cuba utk menyelami kesedihan yg u all rasakan .. mgkin bila tiba masa nya nnti .. aku tidak kuat melaluinya seperti u all .. terbaikk lagu ni ..

azrinj
Автор

Rindu arwah abah. Waktu aku masih budak dulu selalu nyanyikan lagu Robbie William - Betterman depan aku, dengan petikan gitarnya. Banyak gambar beliau dalam album dulu, satu hari selepas dia pergi menghadap Ilahi, rumah naik air banjir yg sgt deras, semua album2 gambar dia hanyut 😭 Rindunya kt dia sampai sekarang tak terkata 😢. Ya Allah, Engkau tempatkanlah kedua orang tua kami di tempat orang2 yang beriman. Aaminnn

ashhcobain
Автор

Pemergian nyaa arwah mak 2/3/2021 terima kasih menjadi ibu yang terbaik untuk 5 adik beradik al fatihah buat mak hanya doa yang kuiringkan😌😔

mohdhamizan
Автор

Pintu taubat sentiasa terbuka kepada mereka yang ingin berubah...agar tidak kau tangisi apabila berada di alam lain kelak...
Moga2 kita diberi hidayah dan petunjuk sebelum ajal menjemput kita..

harisazrin
Автор

Kini aku menyadari bahwa rindu yang paling menyakitkan itu adalah rindu kepada orang yang telah tiada 😢😢

septianhariadhie_