filmov
tv
Mokhtar Dahari Supermokh / Lagenda Bola Sepak Malaysia Sepanjang Zaman
Показать описание
Walaupun ramai generasi muda masa kini tidak begitu mengenali bintang negara itu, tapi hampir semua pasti pernah mendengar namanya - pemain dengan bakat semulajadi yang mengangkat imej Malaysia setaraf dengan jaguh bola sepak dunia. Paling ketara adalah dikancah Pestabola Merdeka yang menjadi gelanggang dia mempamer taring dan kehebatannya menembusi gawang lawan.
Allahyarham Dato' Mohamad Mokhtar Dahari ( 13 November 1953 - 11 Julai 1991) adalah legenda pemain bola sepak kebangsaan Malaysia dari Selangor. Beliau telah diberi gelaran SuperMokh kerana kecemerlanganya menjaringkan banyak gol dan kelicahannya sepanjang kariernya. Dia mewakili Malaysia dari tahun 1972 hinggalah 1987
Kelebihan dimiliki ‘Supermokh’ banyak dengan sepakan deras bak peluru menjadi elemen penting hinggakan tiga jari mendiang R.Arumugam, bekas penjaga gol negara pernah patah ketika cuba menampannya. Itu belum dikira bijaknya penyerang ternama negara itu membaca gerakan lawan dan meloloskan diri.
Bersama skuad utama Selangor, Mokhtar Dahari merupakan pemenang kejuaraan Piala Malaysia sebanyak 10 kali- terbanyak pernah dimenangi oleh seorang pemain dalam sejarah pertandingan tersebut.
Diantara pencapaian :
1974: Mencipta gol terbanyak dalam satu perlawanan antarabangsa apabila menjaringkan lima gol ketika menentang Filipina di Sukan Asia Teheran.
1975: Mewakili negara menentang Arsenal. Malaysia menewaskan Arsenal 2-0. Mokhtar menjaringkan kedua-dua gol itu.Gandingan Mokhtar Dahari bersama Isa Bakar mengejutkan gergasi Inggeris itu dalam perlawanan yang diadakan di hadapan 30,000 penonton di Stadium Merdeka. Dua gol SuperMokh menundukkan saingan Arsenal pada malam itu untuk memberi kemenangan 2-0 ke atas Malaysia.
Mokhtar Dahari dikhabarkan menerima lamaran untuk menyertai Real Madrid. Perkara ini dicatatkan di dalam buku berjudul ‘Giving The Game Away’ yang ditulis oleh Stephen Wagg.Namun beliau menolak tawaran tersebut demi pasukannya Selangor dan skuad kebangsaan.
Beliau dipetik sebagai berkata: “Hidup matiku hanya untuk Selangor.” Tidak menoleh ke belakang selepas itu, Mokhtar Dahari terus menjaringkan gol demi gol sehingga berjaya menghasilkan 89 gol dari 131 penampilan seperti yang diiktiraf oleh FIFA pada hari ini.
Pemain yang turut dikenali sebagai Supermokh di kalangan peminat bola sepak tempatan menjaringkan 89 gol untuk Malaysia, dan dibezakan 20 gol berbanding Cristiano Ronaldo dan Ali Daei.
Pada 11 Julai 1991 Mokhtar Dahari telah meninggal dunia akibat masalah kesihatan yang berpanjang diusia 37 Tahun..
Al Fatihah...
#supermokh #mokhtardahari #lagendabola
Permintaan tutorial, cerita atau bisnis ?
sila tinggalkan diruangan komen atau
Fb Page ;
Daftar Free untuk Jana income dengan prodak pilihan
=====================
Berminat untuk dapatkan barang yang saya gunakan..tekan link dibawah :
penyejuk ladtop...

Комментарии