2 anggota polis cedera, MPV terbabas

preview_player
Показать описание
Dua anggota polis cedera apabila kereta peronda unit kereta peronda (MPV) dinaiki mereka terbabas ketika mengejar kenderaan suspek di Kilometer (KM) 215 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Taiping, Isnin lalu.

Dua anggota polis masing-masing berpangkat koperal dan lans koperal berusia 38 dan 29 tahun itu terbabit kemalangan apabila kereta peronda Honda Civic 1.8 dinaiki mereka melanggar objek besi yang dilempar daripada kenderaan Toyota Hilux dinaiki suspek.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 pagi itu, kereta peronda berkenaan menerima arahan daripada pusat kawalan daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping bagi memberi bantuan kepada lima lagi kereta peronda MPV polis dari IPD Ipoh dalam usaha menahan kenderaan suspek.

Difahamkan, kenderaan suspek dikejar kereta peronda polis sejauh lebih 50 kilometer (km) dari Plaza Tol Ipoh Utara melepasi ke Plaza Tol Changkat Jering di Taiping.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi pada 23 Februari mengesahkan mengenai kejadian itu.

Mohd Yusri berkata, suspek yang dikejar itu bagaimanapun lolos.

------------------------------------------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Semoga 2 anggota mpv cepat sembuh. Bagi suspek hukuman yg setimpal tak kira local atau warga asing.

midnighthuntermidnightchaser
Автор

Polis dah boleh pakai ford raptor or wildtrack 4x4 untuk kejar mengejar bagi keselamatan anggota yang bertugas...

Buah_Rambai
Автор

Ni kalau Proton dah kena kecam dah sampai tercabut engine. 🤣

mrhstlr
Автор

Kejar 50km?...risiko tu...sepanjang 50km itu jugalah nyawa pengguna awam lain terancam!..knp x letak sekatan kat semua exit dan arah helikopter pantau dari udara?...bukankah kaedah itu lebih selamat kpd org awam??..penjenayah terlepas lebih baik dari nyawa org awam tergadai

megmeg
Автор

HEBAT driver pick-up TU ...DIA. BOLEH tinggal kan PERONDA polis ..mpv polis BOLEH top speed 240 kmph .. polis HARUS ada skill pemanduan SEWAKTU MENGEJAR PENJENAYAH suspek .

noorzaidi
Автор

Moga suspek berjaya ditangkap. Terima kasih polis yang gadai nyawa demi memastikan Malaysia aman. Abaikan je komen2 puaka. Rohingya Bangladesh berleluasa mereka juga mengecam.

lba
Автор

pergghh. kejar sampai 50km. Kena up lg honda civic tu.

nth
Автор

🙄🙄🙄❤Masa Allah cepat sembuh abang polis dapat kita jumpa insya Allah amin amin

asiasaliarap
Автор

kat highway boleh lepas?? kenapa tak tunggu kat depan? no communication?

AmranSidek
Автор

INI Penjenayah pemandu F1 driver DARI Sepang Litar Lumba. Pakai kereta 4+4 Roda ada turbo engine

tanteckkhimhakimitan
Автор

Bnyakkan latihan...cekapkn diri lam segi teknik pemnduan utk kejar pnjenayah lam kdaan jln yg sesak skrang ni...

asruljanggut
Автор

Harap dpt ditangkap segera penjenayah itu

zamriMainm-cxit
Автор

zaman dah maju.. apa guna ada banyak Heli kalo tak guna Heli..

iixixiboy
Автор

Kereta MPV PDRM dh bleh mula psg bullbar dh rsenya. Klau tk tkde la jdi kes kemalangan mcm ni

scharolmierol
Автор

Patut contact nearest peronda utk 3 atau 5 exit kedepan buat sjr

nawawiasrash
Автор

SubhanAllah
Alhamdulillah
La ilaha ill Allah
Allahu Akbar

Zigen
Автор

Kene tkar kete da lpas nie pkai mercedes plak bru dpt kejar penjenayah klu lari

mohdkhaidir
Автор

Nie br tahap api 1...klu api 4...sangkut 4x4 tu...siap spike lg...

azhars
Автор

OHH.. dapat tangkap rupanya.. apa lagi... segera buat sekatan dan terjahan kawasan

fauzanriez
Автор

Betui ka kat taiping...kat susur jawi kot...

norizamatjani
visit shbcf.ru