filmov
tv
Kad Prihatin Penjaja & Peniaga Malaysia
Показать описание
KUALA LUMPUR, 27 November 2021: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dengan kerjasama IN2NIAGA dan AEON Credit Service (M) Berhad akan melancarkan Kad Prabayar Prihatin Penjaja dan Peniaga Malaysia serta aplikasi IN2NIAGA untuk penjaja dan peniaga kecil di seluruh Malaysia bertempat di AEON Mall AU2 Setiawangsa hari ini. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Noh bin Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Kad Prihatin ini membolehkan penjaja dan peniaga kecil berurus niaga tanpa tunai melalui transaksi yang lebih selamat dan efisyen. Penjaja dan peniaga yang berdaftar akan dibekalkan dengan kod QR unik kepada perniagaan masing-masing. Kod QR ini akan dipamerkan di premis perniagaan untuk transaksi pembayaran tanpa tunai. Aplikasi ini turut mengintegrasikan pelbagai mod pembayaran antaranya ialah GrabPay, Boost, TnG e-Wallet, Maybank QR, ShopeePay, Lazada Wallet, kad kredit, debit dan juga perbankan atas talian (FPX).
Pemegang Kad Prihatin juga berpeluang untuk menikmati pelbagai manfaat di bawah rangkaian AEON seperti pengumpulan mata ganjaran AEON apabila berbelanja di rangkaian pasaraya AEON seperti AEON Maxvalu Prime, AEON Big dan AEON Wellness. Selain itu, pengumpulan mata ganjaran boleh dilakukan apabila pemegang kad berbelanja di luar rangkaian AEON seperti pasar raya, stesen minyak dan platform e-dagang terpilih. Pemegang kad juga mendapat fleksibilit untuk membuat pembayaran barangan dan perkhidmatan di lebih daripada 120,000 pedagang Visa di Malaysia dan lebih daripada 70 juta lokasi pedagang Visa di seluruh dunia.
Kad Prihatin ini turut didatangkan bersama pakej perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri daripada PERKESO. Skim ini merupakan skim perlindungan kepada pemegang Kad Prihatin daripada kemalangan semasa menjalankan aktiviti perniagaan, rawatan hospital, faedah hilang upaya sementara dan kekal, pampasan bagi pasangan dan waris pencarum.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, “Kad Prihatin Penjaja dan Peniaga Malaysia beserta aplikasi IN2NIAGA membolehkan penjaja dan peniaga kecil berurus niaga tanpa tunai dengan pelbagai e-dompet di pasaran sedia ada selaras dengan trend urus niaga tanpa tunai yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia dan MEDAC mensasarkan seramai 1.8 juta penjaja dan peniaga kecil yang akan mendaftar Kad Prihatin ini. Dengan kemudahan seperti pelepasan wang segera dan e-penyata transaksi harian dalam aplikasi IN2NIAGA, ia dapat membantu penjaja dan peniaga kecil menguruskan urus niaga mereka dengan lebih efisyen dan teratur.”
Menurutnya, MEDAC berharap produk baharu ini juga dapat memberikan ketenangan fikiran kepada pemegang Kad Prihatin apabila mereka turut dilindungi dengan pakej perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri daripada PERKESO di mana sebelum ini sejumlah besar daripada penjaja dan peniaga kecil tidak mempunyai skim perlindungan insurans. Caruman boleh dibuat secara automatik hanya melalui aplikasi IN2NIAGA. Program ini akan dimulakan secara rintis ke atas penjaja dan peniaga kecil sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dan akan diperluaskan ke seluruh negara.
Sementara itu, Pengerusi AEON Credit Service (M) Berhad, Encik Ng Eng Kiat berkata, pihaknya sangat teruja dengan kerjasama antara MEDAC dan IN2NIAGA dalam projek transformatif ini.
"Kerjasama ini membolehkan AEON Credit membantu penjaja dan peniaga kecil dengan perkhidmatan tambah nilai melalui satu platform sebagai penyedia pembayaran perkhidmatan penuh dan penyimpanan wang di e-dompet. Sebagai sebuah institusi kewangan bukan perbankan, AEON Credit amat berbesar hati diberi peluang untuk bersama-sama membantu penjaja dan peniaga kecil di saat pasca pandemik COVID-19," katanya.
“Seperti yang kita ketahui, pendigitalan adalah kunci untuk ekonomi masa depan. Justeru, sangat penting bagi mempercepatkan pendigitalan dan meningkatan teknologi tempatan terutamanya di kalangan penjaja dan peniaga kecil di Malaysia. Melalui Kad Prihatin, ianya adalah salah satu akses kepada penjaja dan peniaga kecil mendapatkan perkhidmatan kewangan untuk menyumbang ke arah pertumbuhan yang saksama dan mampan”, tambah Ng Eng Kiat.
Kad Prihatin Penjaja dan Peniaga Malaysia ini turut mendapat kerjasama daripada Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia (G3PM) dan Datasonic Corporation Sdn. Bhd.
#In2Niaga #MEDACPrihatin #KWP #PenjajaKecil #AEON #DBKL #PERKESO #G3PM #Datasonic