#DFKL2018 | Ernie Zakri - TOP 5 Ost Drama [MEDLEY]

preview_player
Показать описание
Menanti Janji | Permata Cinta | Dekat Tapi Jauh | Sumpah Cintaku | Tergantung Sepi

Tonton episod penuh di :

Drama Festival Kuala Lumpur 2018 (DFKL) telah memasuki tahun ke-5 penganjuran dan tema yang diangkat buat tahun ini ialah ‘Masa Untuk Drama’. Bahang kemeriahan anugerah sudah mula dirasai oleh peminat drama TV tempatan.

Undian bagi setiap kategori yang dipertandingkan telah dibuka sejak 1 Februari hingga 1 April 2018 menerusi website rasmi DFKL. Nak tahu siapa yang akan ‘sapu’ semua anugerah pada malam ini? Kena lah saksikan siaran langsung di TV3!

Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 merupakan malam kemuncak yang akan diadakan secara langsung dari Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Terdapat 11 kategori yang dipertandingkan dan 2 kategori hasil penilaian juri iaitu Anugerah Drama Pendek Pilihan dan Anugerah Drama Radio Pilihan.

DFKL 2018 kali ini menggabungkan 4 buah stesen dari rangkaian televisyen Media Prima Berhad iaitu TV 3, NTV 7, 8TV dan TV 9.

Korang juga boleh menyaksikan anugerah ini di TV 3 tepat jam 9.00 malam manakala acara karpet merah pada jam 8.30 malam di TV 9.

Jangan lupa saksikan DFKL 2018 tau dan jangan lepaskan peluang untuk lihat pelakon kesayangan korang membawa pulang trofi kemenangan pada malam berprestij ini !
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Datang sini lepas Aura release memang rasa meremang sangat doh ernie ni aduhhh

syahzul
Автор

Mmg terbaik Ah ernie nyanyi sp peminat ernie zakri cuba like sikit

muhammadarifirfanmuhammada
Автор

Erni ni penuh feel. Tengok mood dia berubah setiap kali tukar lagu

noor-mlgp
Автор

Terus terang aku ckp. Tiap hr aku dgr lagu/live dia kat utube😂. X kisah lagu dia sndri atau cover. Tgok teknik dia mmg xda org mc dia ni kat malaysia. Salute! Lain kli nk join n kak erni nyanyi. Hihi. Ape minat sgt.. Like. Kita geng!

petruskim
Автор

Janganlah bgi ernie nyanyi lagu orang. Nnti penyanyi asal kemurungan sbb sedap sgt 👍👍👍

hafizulrazak
Автор

Moral of story : JANGAN PERNAH PUTUS ASA

start 2009, 2018 baru orang nampak ERNIE ZAKRI. tahniah sis 💚💚

azasuran
Автор

Bila korg sume dok kondem, dok kata ernie takda aura, takda xfactor ke ape ke, lantak lahh..nak sama kan dgn artis senior bagai..sudah2lah nak banding membandingkan.. Bagi aku ernie is something.. Yg kata takde aura bagai tu, mungkin takde prasaan kot.. Dia nyanyi msa AJL satu dewan bergema dgn suara ernie.. Tpi tulah, org melayu, bukan nak support, kdg2 lebih kpd menjatuhkan.. Suara sndiri tak sesedap dan se aura mana ponnn..haha

ruddinsalleh
Автор

meremang bulu kaki aku weyh.. like sikit sapa setuju, vocal dia superb

nizwannasir
Автор

Dah banyak kali tengok video ni.baru sekarang komen.she is a living diva.♥️

skyearld
Автор

Bestnya...sbb ernie boleh olah semula lagu penyanyi lain ikut alunan vokal dia...

danialhakimi
Автор

Lina tabik spring dengan ernie zakri sbb dapat bawa 5 lagu dlm satu masa.bukan senang wei...apapun vokal ernie zakri memang mantap.tahniah sbb sampaikan lagu dlm versi sendiri.

linalan
Автор

abis lagu org dh jadi lagu die...awat le sedap sgt..mkn ape ni kak boleh suara sedap mcm ni huhu

fauzipojie
Автор

Bila tgk ernie nampak bayangan ziana zain😀, ziana penyanyi kesayanganku..otomatik minatku bersambung ke ernie😄, mereka ada iras, bhg mulut.. Ernie juga ada terikut ikut gaya makcik nii...

lina-wigd
Автор

No doubt, i pernah watched her live! Memang sedap sangat, so clean and merdu🥺

zianarahmat
Автор

Ada juga yg dislike ?? Aku nak tanya yg dislike ni mesti jealous sebab suara Ernie padu ??? Ke sebab org dislike ni suara dia tak sedap 😂😂

mohdhafizuddin
Автор

Sedap sangat ernie bawa kesemua lagu2 tu

peminatsetia
Автор

Vokal mmg betul betul bagus.
Bangga sbb kita mmg ketandusan bakat pelapis.
Jadi Ernie ni antara penyanyi solo wanita muda yg boleh menyanyi dengan baik

syahnazmi
Автор

suare ernie sedap sy dgr..lontaran suare yg baik..harap dpt lagu yg bgs utk ernie..

pejullfaizul
Автор

Ernie bawakan lagu ni in her own enjoy her medley and hasilnya memang superb...takyah semak kepala nak banding dgn penyanyi asal atau penyanyi lain...yg penting kita

NurhidayahMD
Автор

Aku berharap utk AIM dgn APM nanti dia plak bakal pengganti dato siti nurhaliza utk vokal terbaik wanita..biar org luar tgk vokal terbaik dr Ernie zakri..

amyrulchannel
visit shbcf.ru