Black & Malique - Teman Pengganti (OFFICIAL VIDEO)

preview_player
Показать описание
Black & Malique - Teman Pengganti [OFFICIAL VIDEO]

Untuk Muat Turun Ringback Tones:
Maxis Caller Ringtones: Dial *131*274118# dan tekan call/send
Celcom Call Me Tones: Dial *888*165751# dan tekan call/send
DiGi Caller Tunes: Taip CT 0168387 dan hantar ke 2000
U Mobile Colour Tones: Dial *118*5*2*390742# dan tekan call/send

Ikuti Warner Music Malaysia:

#Black #Malique #TemanPengganti

-Lirik Teman Pengganti-
Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

lagu ni ibrat dtujukan kpda joe flizzow. then, joe flizzow plak tuju lgu apa khabar kat malique.. friendship nver ends.

faizdanial
Автор

sepupu sy pergi untuk selamanya pada 1/10/2012
2 minggu sblm die pergi.. die selalu nyanyikan lagu ni dekat sy.. bile die da pergi. sy dgr lagu ni betul2.. n sy dpt msg yg die akan pergi utk selamanya..

"aku kan pergi.. pergi ku x akan kembali.. tiba masanya.. kau cari teman pengganti"

bile dgr lagu ni belinangan air mata rindu buat beliau..

Al-fatihah utk arwah Muhamad Fakhri Razi.. semoga kau aman di sana..
kau sahabat.. kau teman sejati.. tiada penggantimu di dunia ini..

mohammadsyazwan
Автор

Pantang ar dgr lirik:

Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

sarahtmeh
Автор

Ada tiga benda aku bangga dengan Malique

1) LIRIK GENIUS
2) MUSIC SEDAP ORANG DENGAR
3) LAGEND DAN IDOLA RAPPER MALAYSIA, INDONESIA, SINGAPORE

ARekamikaze
Автор

Terima Kasih semua penyokong lagu ni, kita dah melebihi 3 Juta views GUY are TRULY AWESOME!!! Warner Music Malaysia cinta pada mu =)

WarnerMusicMalaysia
Автор

ni baru rap/hip hop yang betul2 ada kualiti. melodi sedap n senang kita nak nyanyi balik. lirik pun deep.

muhammadanwar
Автор

Sesuatu itu bukan nya mudah...tetapi setiap sesuatu pasti ada ALLAH..percaya dan yakin lah....!!ALLAH MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG...hanya tabah dan bersabar lah....!!

bangauify
Автор

malique tiada
malique lagenda sebenar...

mohdzainal
Автор

'Kau teristimewa tapi dia yang sempurna'..
ayat ni paling indah.. =)

faezmalik
Автор

Lepas dengar 2 kali lagu ini baru aku mengerti betapa dalam hidup kita perlu menerima hakikat dan mempercayai kasih saynag dan cinta akhir yang abadi hanya untuk Ilahi. Tahinah lagu begitu indah melodi dan iramanya,

enaieap
Автор

malique dan Joe Flizzow = Too Phat ... cuba dengar lagu2 mereka, saling berbalas maksud ... sejak mereka berpecah sbb krisis ...

MalayhotBulletin
Автор

I'm not from Malaysia, but i love this song very much, it would be great to me if has english lyrics!!!

goldeneagle
Автор

j0m buat 5 juta TEMAN PENGGANTI mencecah 5 juta views akan menjadi lagu pertama yang mencecah 5 juta views di upload dripda

pakmat
Автор

Bagi semua peminat Malique and Black, kita dah hampir 3MILLION...teruslah sokongan anda dengan "view" more music video ni, cheers, YOU GUY ARE AWESOME :)

WarnerMusicMalaysia
Автор

seriously sepanjang aku mengikut perkembangan lagu2 kt Malaysia ni, this is the first time aku rasa sangat bangga dengan lagu yg dicipta oleh anak melayu .Lirik yang sangat bermakna dan menginsafkan . The awesomeness of this song cannot be describe by words . Suka gila laa ! Kolaborasi Black ngn malique mmg tbaek . Luv both of u . <3
And btw, suka gila konsep mv ni . Kreatif . :)

yuszrastuck
Автор

Harap - harap malique akan datang balik :.)

cirilla
Автор

Lagu ni sgt bermakna...air mata boleh mengalir kalau betol2 berlaku kat kita..

kokocola
Автор

tak lama lagi. 4 juta pula. keep it up malaysian!! yahoo! industri muzik kita sudah maju dan sekarang semakin maju ke beberapa langkah lagi ke depan. wait for the future. muzik malaysia keep better and better and improve.

bagabang
Автор

malique~ as usual..lagu² yg dia tulis semua deep je meaning, , , sgt suka lagu² dia tulis dr dulu, , till now!

nufiezcx
Автор

tiap hari ak dgr.. baru ak sedar....Allah kekasih abadiku

EezDeer