eCert Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

preview_player
Показать описание
NOTIS PEMAKLUMAN PENGANUGERAHAN SIJIL ELEKTRONIK (eCERTIFICATE) SEPENUHNYA KEPADA CALON YANG LAYAK DIPERSIJILKAN DI BAWAH SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA (SPKM)

Adalah dimaklumkan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan melaksanakan penganugerahan Sijil Elektronik (eCertificate) sepenuhnya kepada calon yang disahkan kelayakan persijilan SPKM bermula 1 Januari 2024. Dengan pelaksanaan Sijil Elektronik ini, maka tiada lagi penganugerahan sijil fizikal oleh JPK. Sijil Elektronik ini meliputi Penyata Pencapaian (PC), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) yang diperolehi melalui tiga (3) kaedah pelaksanaan iaitu Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB), Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) dan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).

Рекомендации по теме